Wednesday, November 17, 2010

jamal kecil - part 2


Dalam family aku ada seramai 8 orang, sorang lelaki dan 7 orang perempuan... Paling bawah sekali, aku laa.. anak bongsu ni.. tapi bukan anak manja aaa... kami semua dilayan dengan sama rata oleh kedua ibu dan ayah yang sudah tua.. hehe.. mari aku senaraikan nama-nama kami sekeluarga.. unik tau!.. Bermula dari kakak sulung sehingga la last.. : Intan Baiduri (kak Intan), Mohd. Jat(Oto), Fatimah@ Norsidah(Kak Sidang), Noorazizah(Kak Ijang), Bunga Mayang(Kak May), Sabtiah(Kak Tie), Indah Rebiah(Kak Apek) dan Jamaliah(Amang,Jompo,Tomang,Adik). Banyaknya panggilan aku eh? hehehe.. mungkin sebab anak last kot, semua2 yg derang nak panggil ngan adik seterusnya melekat ngan aku jak.


Belakang umah kami ada banyak tumbuh2an yang bapa aku tanam. Ada rambutan, mangga, langsat, jambu air, jambu batu, manggis pun ada tapi kami tak penah makan sebab tak penah bebuah. Paling banyak adalah pokok kelapa, koko dan kelapa sawit.


Sebenarnya aku mau cerita pasal aku, kak apek dan kak tie yang cuba untuk mengait kelapa muda semasa kecik. Waktu kecik dulu, aku selalu kena buli oleh kakak2 aku. Mungkin sebab aku paling kecik dan comel.. ehem..ehemm... oleh sebab 3 orang paling bawah dalam adik beradik perempuan, jadi kami selalu buat benda sama2.. tapi ketua kami adalah kakak aku yang kami panggil Kak Ongkong (sekarang dah tukar nama jadi Kak Tie) sebab nama Ongkong itu rasa terlalu extrimist kot.. hehehe.. Kak Tie akan mengarahkan kami membawa galah yang panjang itu ke pokok kelapa.. bayangkan betapa panjangnya galah itu dan di hujungnya pula ada sabit yang tajam.. ditambah pula kami masa tu sangat kecik.. Mungkin dalam usia 5 - 7 tahun laa..

Bila sampai di pokok tu, kak Tie akan arahkan kami untuk tahan hujung galah dan dia pulak yang akan tolak galah tu sampai sabitnya naik ke atas. Tingat dulu, kalau kami terlepas jek galah tu, kena pelepuk kepala aku ngan kak apek. Dengan galah yang berat dan susah nak kawal sebab galah yang panjang. Memang kegiatan itu adalah yang paling extrimist bagi aku pada waktu itu.

Pastu, kami bertiga akan sama2 kawal galah itu dan mencari tandan kelapa yang kira2 sedang2 untuk dimakan isinya.. Adakalanya berjaya mendapat satu dan adakalanya sampai setandan kami turunkan... Kalau kelapa tu muda sangat dan tak sesuai untuk di makan, kami akan sembunyikan supaya bapa aku tak jumpa. Nanti kena marah.

Tapi selalunya misi kami akan berjaya dan kami sama menikmati hasil titik peluh dan ketukan kepala yang perit.

Aku balik baru-baru ni masa Deepavali dan masa tu bapa aku mula menjual pokok kelapa itu ngan orang. Orang tu nak buat kayu untuk perabot ke apa, tak tau la. Diorang nak ambik satu batang kelapa RM 10. So, berakhirlah riwayat pokok2 kelapa yang telah banyak memberikan kami kenangan manis....


SELAMAT HARI TAYA AIDIL ADHA!...
Bapa aku suda korbankan kelapanya... anda?

Monday, November 01, 2010

011110 - Happy Birthday Sayang!

1 November 2010

Hari jadi encik suami yang tercinta dan juga peperiksaan akhir bagi murid-murid. Pagi ni aku jaga 1 kelas jek, BM kertas 2 tahun 6. Selama 1 jam 15 minit... Tapi sebenarnya kepala aku tidak berada di sini kerana aku ingin sangat berada bersama encik comelku yang menyambut hari jadi ke 28 tahun! Jadinya, selama sejam lebih tu jugak la aku menghabiskan masa menconteng2... ini adalah contengan pertamaku yang aku anggap menjadi walaupun tetap buruk dan tak seperti contengan encik birthday boy yang selalu buat aku nak cium2 jak lukisan dia.. hehehe...

Sebelum ni, kalau aku menconteng, hasilnya adalah katun2 berbadan kurus. Murid-murid aku pun selalu jek ketawakan lukisan aku yang kurus tapi still derang tetap faham apa yang aku lukis.. i am not that bad after all!.. hahahaha

Ok la, kepada encik kekasihku, Muhammad Arief bin Suparjo Noordin, semoga tahun 2010 dan tahun2 yang akan mendatang, kau akan sentiasa berada dalam lindungan Allah dan sentiasa diberkati, diampunkan dosa, dipermudahkan urusan, diberikan kesihatan, kejayaan, keselamatan, kebahagiaan, ketenangan jiwa, rezeki yang halal, anak yang soleh dan solehah serta isteri mithali yang sentiasa berada di sisi kau di dalam susah dan senang.. Aminnn...

Wednesday, October 27, 2010

hati wanita = balang

Hati wanita itu umpama balang...

Kalau faham hatinya, nampak jelas semuanya... sejernih balang kaca...

Kalau balang itu terhempas ke lantai dan pecah... akan hancurlah semua...

Kalau boleh dicantumkan pun, retaknya tetap ada...

Retaknya tetap selamanya ada...

Monday, October 25, 2010

Hanyut..

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Suara Faizal Tahir itu sedap ok..

Monday, October 18, 2010

64th moons

64 bulan sudah berlalu..
Masih kau ingat rasa malam itu?
64 months
Under starry sky

18 equal 64 equal 5

Friday, October 15, 2010

rungut

Aku berjalan sambil merungut bahawa aku tidak memakai kasut....
Sehinggalah aku berjumpa seseorang yang tidak mempunyai kaki...

Manusia...

Tidak pernah syukur dengan apa yang ada....
Kalau la aku ketahui nikmat kejadian...
Sudah pasti aku akan sentiasa mengalirkan airmata syukur...

Namun...
Aku hanya manusia...
Hatiku belum lagi dicuci dengan air zamzam...
Masih banyak tompok hitam...

Manusia...
Selalu merasa akulah yang paling derita...
Terkadang menyalahkan kejadian yang telah berlaku..
Bertanya2 kenapa harus diuji...

Namun...
Masih belum sedar yang itu ketentuan Tuhan...
Untuk menjadikan aku lebih tabah dan bersyukur

Untuk diriku dan dirimu...

Tetap la genggam apa yang ada di tangan
Kerana kita takkan tahu..
bila ia akan terlepaskan...

Tuesday, October 12, 2010

Hormati isteri

Buat si suami, anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.

Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.

01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.


Dipetik dari:

http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/953-wahai-lelaki-hormatilah-isteri-awak.html

Monday, October 11, 2010

belahan jiwa

Kerana ciptaan Tuhan itu indah,
kita terbit daripada rusuk lelaki,

bukan dekat kepala untuk dijunjungi,
bukan dekat bahu untuk membebani,
bukan dekat lengan untuk dijulangi,
bukan dekat jari untuk disakiti,
bukan dekat pinggul untuk dihenyaki,
bukan dekat lutut untuk ditindihi,
bukan dekat kaki untuk ditunggangi,

tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Wednesday, October 06, 2010

serabut. mcm sabut

Baru je browse back entry2 yang dulu2.. aku tak tau laa.. mungkin sebab bosan disebabkan rakan setia chatting sedang dalam busy mode atau aku sengaja ingin mengimbas apa2 jek la aku tulis sejak dulu2 ni.. (atau memikirkan yang lepas ni connection makin b*huduh dan aku masih lagi mau menghidupkan miszjamal.blogspot.com)

Baca balik apa yg aku penah tulis, aku akan memikirkan apa yang aku fikir masa aku tulis.. Sebenarnya aku selalu beremosi tapi aku selalu malas nak tulis di blog, sebab aku tak tau sapa2 jek yang baca blog aku ni..

Risau nanti aku tujukan dengan seseorang, tapi seseorang yang lain plak terasa. Aku tak mau gaduh dan aku tak mau orang anggap yang tak best.. Aku nak cerita jek apa yang aku selalu rasa tapi aku takut ia akan jadi memburukkan keadaan...

Kadang-kadang aku cemburu dengan dia, dia dan dia.. kalau aku ada banyak masa browse, merata2 blog org dan kisah2 org aku baca.. selalu jadi silence reader jek.. Ada cerita sedih, gembira, bahagia dan ada jugak yang masalah hampir serupa.. Kalau aku jumpa blog org yang aku kenal dan mengalami masalah yang sama, aku akan keep peeking blog dia walaupun aku tak tinggalkan komen... Tengok progress dia and kadang-kadang dengan hanya menceritakan apa yang dia buat setiap hari untuk menangani masalah dia boleh menjadikan aku termotivasi atau sebaliknya...

Sebab tu pompuan suka tgk drama.. (tapi x semua pompuan kot)... Pompuan suka bermain dengan emosi.. bukankah airmata itu adalah kekuatan pompuan.. Kalau tak caya, cuba tanya kawan lelaki sorang tu.. Pompuan nangis depan pagar umah terus cair.. hehehe.... siap ckp "i love u" lagi untuk meredakan tangisannya.. tabik springgg ngan pompuan tu.. badan keding jek.. tapi hebat tol! adohai laa pompuan... sekeras2 lelaki mana pun kalau dah stat kuar mutiara bercahaya tu, siap la lelaki....

apasal lak entry ni agak serabut..?

adehlaa.. entah la napa tetiba aku jadi rajin sgt arini.. mungkin berbalik kepada ayat pertama di atas, takoot internet jadi b*huduh... dan rakan chatting masih lagi dalam busy mode...

Aku ingat nak bukak satu lagi blog aa.. nak luah apa jek dekat situ... tunggu a kalau rajin... tapi aku ni.. bukan rajin sangat pun... adehlaaa.. sudah la jamal.. dah lewat ni.. pi balik.. syuh!

Halloo?.. Tuut...tuttt!

Sudah beberapa hari ni connection internet di sekolah tak berapa ok. One of d teacher bagitau, penah jugak terjadi macam ni dulu.. kejap ok.. pastu dah bingung.. pastu ok.. lelama dia off terus... huhuhuhu.. tak sanggup menerima kenyataan kalau connection internet dah takda.. takkan la aku nak sambung broadband..

nama broadband itu bole la diertisamakan dengan impossible...

BROADBAND in Terusan = Impossible...

Pulak tu sejak 2 menjak ni, public phone selalu jek ada noise masa beckp. seperti ada berjuta-juta burung saling sampuk-menyampuk masa aku tengah berkasih-kasihan di phone booth di bawah panahan cahaya mentari itu.. Haiyaa...

Takkan la nak pusing keliling padang atau bertenggek tepi jambatan untuk cari line.

Sbnrnya di Terusan Sugut ni, ada la part2 tempat tu yg bole dapat line.. Tapi mengikut eksperimentasi dan pengalaman kawan2 lain yang dah try, hanya certain jenama fon jek,

contohnya, Sony Ericsson bole dapat di hujung jambatan itupun jenis W## kalau K##i macam fon aku ni tak dapat la... Sebab tu aku tak penah try kot (atau sebenarnya malas) ... pastu dia pya provider pun tak semua bole dapat.. Kebanyakan yang dapatpun Celcom (tetapi mungkin kerana kebanyakan orang di sini pakai Celcom)....

Berbalik kepada aku.. secara tanpa beralasannya, aku MALAS nak cari line.. Tapi nafkah zahir perlu dipenuhi dan mungkin upacara mencari line perlu dijadikan last resort apabila internet skolah dan public fon sudah tidak beroperasi... Bedoa saja aku tidak jauh ketinggalan dari dunia luar walaupun aku berada nuun di sini yang jauuhh...

Saturday, October 02, 2010

Its October already?

here come October...

bulan tragedi I might say... or specifically, 12th of October
Owh.. please, let me talk about it.. please..pleasee... at least in here...

in this Secret that has to be Silence but not really Sweet tho..

Sudah genap setahun rupanya dan tidak ada dalam seharipun aku tidak merasa gigitan tragedi itu.. menggigit dan melekat...

mari menyanyi lagu tragedi sambil gigit bucu bantal...


Awie

Tragedi Oktober

Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku

Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

( korus )
Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...

Hanya satu ku pinta
Kejujuran darimu
Berilah peluang hidupmu

Aku rela bersama
Meranjau onak duka
Agar berkekalan hendaknya

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

( korus )
Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...

trying to be in his shoe

Wow! baru jek post pasal hari raya tadi tapi rasa cam nak tulis lagi. Sekarang jam menunjukkan pukul 1.57 am dan aku masih lagi terpacak di depan skrin laptop ni. Ntah apa-apa jek yang aku godek dari internet dari tadi ni. Sebelum ni paling lama aku bertahan adalah sampai jam 3.00am itupun terpaksa menghadapi serangan konco-konco nyamuk yang berusaha untuk menambah darah dalam badan derang yang keding. Sebelum turun tadi ni, dah siap ngan Ridsect red coil, walaupun hidung agak sengal ngan asap yang tipis itu tapi waaayy better dari terkena gigitan nyamuk yang comel. Kang kena denggi.. Aku jugak yang susah.

Sebenarnya aku kesian ngan encik Suami. Chat takleh lelama ngan dia coz sekarang dia menjadi En.Super-Duper-Busy... Dua tangan dan 10 jemariku tidak mampu membantu semasa dia tidak berkecukupan dengan dengan jemari-tangannya... Rasa helpless sangat bila berada jauh dan terasa perlu untuk berada di sisinya. Just mampu chat dan menyampaikan kata-kata chaiyok! Harap semua itu dapat melegakan kekusutan yang bersarang.

Aku masih lagi cuba untuk menjadi isteri yang memahaminya. Noted. C.U.B.A. Iya, aku tau banyak perkara yang menunjukkan aku masih lagi tidak memahaminya. Seperti marah2 apabila dia tak antar emel dan cuba ungkit kisah silam yang tak sepatutnya dibincangkan lagi. Kadang-kadang aku tau dia sembunyikan sesuatu supaya tidak mengeruhkan suasana tapi selalunya aku akan selfish. Memperbesarkan sesuatu yang sekecil2 perkara. Huh! Setan dalam kepala aku selalu memainkan peranan dan selalunya Setan akan bersorak-sorai setiap kali gunung berapi aku meletus. MasyaAllah...

Setiap kali chat, sms atau jumpa ngan kawan or family, mesti soalan yang akan ditanya adalah, "bila nak transfer?" Sehinggakan aku boleh sediakan script yang aku taip jek dalam Words pastu, kalau ada org tya, aku just copy paste jek.

Hati ini sebesar-besarnya ingin berada dengan dia... Buka mata dipagi hari dengan senyumannya... Akupun tak tau dari mana datangnya kekuatan berada jauh dari dia selama 4 tahun ini... Selalu mendodoikan diri sendiri dengan kata-kata "kau akan bersama dia nanti.. sabar"... Tapi hati perempuan aku ni selalu jugak pecah dengan airmata dan sering terpaksa untuk memujuk hati untuk kuat..kuat.. dan kuat!

Jadi kepada anda-anda yang akan berjauhan dengan pasangan anda... Cuba la untuk bersama, cari ruang dan peluang... Sakit!

Friday, October 01, 2010

pictorial of my 2010 raya

Oleh kerana En. Suami tak bercuti pada hari sebelum raya, maka sesudah subuh baru bertolak dari Serdang ke Sg. Air Tawar.
Percubaan Encik Suami untuk mengambil gmbr aku semasa tdo dlm keta, tidak berjaya.... Bahaya betul En. Suami ni, adaka tgh drive pun sempat lagi snap org... Adeh.. bahaya...bahaya..Tahun ni tiada gambar bercium2 tgn dan duduk di sofa sambil acting bermaaf2an, thn ni mood outing... SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA ANDA SEMUA!
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tuesday, August 31, 2010

generous yet?

Terima kasih kepada kerajaan kerana membekalkan laptop dan broadband kepada SEMUA pelajar di Malaysia... Wow! sungguh bertuah pelajar sekarang... dulu, aku dapat pen, buku latihan, baju, kasut and susu percuma jek.. Sekarang.. laptop percumaa.. hebat2... diperhebatkan lagi ngan broadband setiap satu... hebatt2...

Even budak2 yang jauh di pedalaman seperti Terusan Sugut pun dapat kemudahan ini.. Esok mereka akan menerima sebuah laptop siap ngan broadband... Tahniah.. Aku ulang lagi... BROADBAND ok... nak tegelak pun ada... Broadband di Terusan Sugut? Yuhuuu?

yang mengharukan lagi, lepas ni derang kena bayar RM 11.00 setiap bulan untuk broadband itu.. what? memang aa RM 11.00 itu sgt murah... Tapi budak2 ni nak dapat dari mana duit tu? tangkap ikan sambil baca buku? Even nak makan nasi pun payah, apatah lagi nak bayar broadband yang sah2 takda faedah.

Jangan kan broadband, 3G, signal fon, evem public fon pun ada masa dia akan off...

Aku pun tak pasti sapa la yang sangat pandai... agaknya derang tak siasat dulu keadaan tempat sebelum membuta-tuli bagi benda tu.. Part laptop tu aku setuju sgt laa... memang berbaloi.. part broadband tu, kena difikirkan semula laa datok.. jangan sampai menyusahkan anak2 kampung yang jauh nun di pedalaman ni...


Apa2 hal pun.. Selamat Hari Merdeka!!!...

Wednesday, August 25, 2010

Cash

Subhanaallah... Maha Suci Allah..
Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah...

Mari berdoa di bulan penuh berkat... tapi
Doa mesti ikhlas..
Kalau doa cemana pun, kalau tidak datang dr hati.. biar berbelas2 kali sembahyg hajat pun, kalau bukan datang dari hati... Maybe susah nak dimakbulkan...

Hari ni dah 15 hari dalam bulan Ramadhan, moga bulan penuh berkat ini membawa seribu keberkatan.. berubah dari buruk ke baik.. baik ke keadaan yg lebih baik...

Harap semua akan berubah kepada yang lebih baik... ;D

Friday, August 20, 2010

tergamak


Hukuman bunuh untuk yang membuang bayi.. Namun sejak diwar2kan hukuman itu, nampaknya makin menjadi2 pulak. Setiap hari ada ja berita tentang baby yang dibuang.. MasyaAllah.. tidak ka jatuh cinta mereka kepada wajah tulus bayi yang baru sahaja mengenal dunia... yang pasti kiamat semakin menghampiri.. adakah kita ini tergolong golongan yang terselamat atau mati katak dalam tiupan sangkakala...

Nilai diri dan cuba untuk hiasi peribadi...

Tuesday, August 17, 2010

mixed up mind

Hari ni aku sampai ke kemuncak keganasan self-destruktif. Cam bole kena heart attack anytime.. Nasib baik ada public fon yang berjaya menghubungkan aku dengan si dia yang setia mendengar. Meskipun aku tak harapkan dia untuk menyelesaikan apa juga ketensenan yang melanda di hati.. at least aku bole berkongsi air mata dengan seseorang... Sian dia, dia pun ada problem dia sendiri.. ampun ya sayang...

Sebenarnya banyak benda yang boleh menyebabkan aku semakin murung. yeah.. u heard it right... I am M.U.R.U.N.G... terima kasih... kalau anda2 sekalian mendengar aku kena penyakit serangan jantung aka hypertension aka mati mengejut aka almarhumah, so anda telah faham di sini...

Segalanya seperti bercampur baur... Melihat sumber keself-destruktifan dari semua arah.... dan aku rasa aku sangat terbeban dengan pemikiran aku sendiri yang tidak ada jawapan untuk penyelesaian semua sumber. Aku hanya mampu menangis.. yeah.. menangis babe... Jamal menangis.. terima kasih...

Aku harap Allah beri aku kekuatan untuk hadapi semua ini... minta dia permudahkan segala urusan dan di berikan aku jalan-jalan untuk menyelesaikan...

Monday, August 02, 2010

Konvo IPGM 2010

27 Julai 2010
Dewan Rafflesia
Institut Perguruan Kampus TawauThanks kepada encik suami dan puan ibu kerana sudi bertepuk tangan sama2 duduk di dewan bagi menyaksikan aku konvo.. walaupun diploma jek (diploma setelah mendapat ijazah?).. hehe terbalik daaa...

Tuesday, July 13, 2010

Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun..

Dia adalah ayah, mentor, guru dan kaunselor...
Perginya dia menemui Ilahi sangat memberi kesan...

Terasa baru semalam kami menyambut hari persaraan arwah pada 12 mac 2010.
Hari ini kami dikejutkan denga berita yang sungguh tidak dijangka..
Kini, arwah berehat dari segala keperitan dunia...
Semoga Allah merahmati roh arwah... Al-fatihah..
:(
Tuan Haji Muhd. Julkifli bin Mustapah
15 Mac 1954 - 12 Julai 2010

Saturday, July 10, 2010

Wednesday, July 07, 2010

Interview


Akan menghadiri temuduga SPP (Suruhan Jaya perkhidmatan Pelajaran) pada 20hb Julai 2010.. Perlu mencari maklumat berkaitan kemungkinan2 soalan yang akan diajukan....

Give me your super power Mr. Det...

Sunday, July 04, 2010

Jamal Kecil - Part 1

Rentetan Jamal Kecil adalah cerita-cerita biasa yang berlaku kepada budak-budak seusia aku dulu masa kecil. Mungkin kisah ini sudah biasa anda dengar atau baca. Tapi ini adalah kenangan-kenangan masa kecil yang mampu aku recall balik. Mungkin khas untuk Encik Muhammad Arief, tetapi kalau ada pembaca lain yang sudi, silakan saja baca sampai abis. Sebelum family aku menjadikan cerita masa kecil aku suatu hiburan untuk menghiburkan Arief semasa balik raya nanti, aku nak bagi dia brief cerita dulu. At least dia dah tau dah, taklah aku malu nanti.


Kenangan pertama yang aku bole recall adalah usia aku dalam 1 stengah tahun atau dua tahun camtu la (sebenarnya aku tak pasti, aku main anggar ja ;P) tapi masa tu aku masih menyusu lagi.

Aku adalah anak yang paling last. Tetapi di usia begitu, aku tetiba teringin sangat nak ada adik. Aku tak ingat la cemana ayat aku masa aku minta adik tu. Tapi jawapan ina' ja yang masih melekat di kepala aku sehingga kini.

Everytime aku nak menyusu, ina' akan cakap:

"Kalau kau menyusu lagi, nanti kau akan terminum adik kau, habis semua kaki, tangan, kepala... Semua kau dah terminum", (dalam bahasa Bajau)

Aku pun yang masa tu nak sangat ada adik. Terus berenti awal dari menyusu. Setelah aku membesar baru aku tau yang jawapan ina' itu adalah satu alasan saja. Akupun tak tau apa agenda ina' memberhentikan penyusuan aku. Mungkin aku ganas kot masa menyusu. entah laa... Sampai la sekarang aku tetap menjadi anak bongsu...

Tuesday, June 29, 2010

Belated BBQ Hari Guru

26 Mei 2010
BBQ untuk sambutan hari guru.
Dah lama berlalu, tapi nak cerita tentang kejadian pada malam itu.

Ok.. aku sedar yang talent menyanyi aku sangat la sucks... tapi pada malam itu, semua guru2 wajib men"sumbang"kan lagu. Walaupun aku selalu gak men'sumbang'kan lagu di 'bilik kecik' tapi aku takda kekuatan untuk memperdengarkan bagi halwa telinga org lain.

Semua guru kena cabut undi untuk giliran persembahan karaoke.. tetiba aku tercabut lak angka 1. Wohooo.. persembahan pembukaan... dahla aku darah gemuruh... Ayam2 yang dibakar pun aku dah tak lalu dah coz memikirkan lagu apa yang aku akan 'sumbang'kan nanti.

Pastu, time2 tu jugak baru pilih lagu... Dah puas browse, aku kenal lagu ni jak:
When You Said Nothing At All - Ronan Keating...
Aku pun dengan gaya yakin, siap pegang microphone ala2 Mas Idayu...

Tapi, seperti yang aku jangkakan... aku berjaya men'sumbang'kan dengan jayanya... bila aku selesai nyanyi, semua diam jak... hahahhaaa... mesti derang berfikir..

"nak tepuk ke, nak gelak?"

Tobat! Lepas ni aku nak beli set karaoke... praktis hari2... ambek kau!

Apapun.. kami happy malam tu, Thanks ngan Cikgu Adam yang bersungguh untuk menjayakan BBQ malam itu dan Tahniah kepada semua staff yang sporting!... Lets do this again...

Tuesday, June 22, 2010

5th Anniversary

18 June 2010
Its been 5 years since our memorable night..
Thanks coz since then, u always hold me tight...

We've thru bitter...
But I know things will be better...

Pudu Demolition

Kehadirannya dirasakan kehilangannya...
Kehilangannya dirasakan kehadirannya...

Download:
FLVMP43GP
Download:
FLVMP43GP

Masa Tembok penjara tu masih berdiri teguh, tak plak orang pandang... Mungkin ada yg melihat nilainya sebagai tinggalan sejarah... tapi ada juga yang melihatnya sebagai hanya satu dinding bermural...

Bila kerajaan mengumumkan demolition, baru orang sedar dan perasan bahawa kawasan itu adalah tapak yang tak sepatutnya dihilangkan dari peta dan tidak hanya dimuatkan di dalam buku sejarah...

Ada pro dan kontra.. Mungkin kita akan melihat hikmahnya pada masa akan datang...

I Love Malaysia...
Download:
FLVMP43GP

Monday, June 14, 2010

Broga Hill


12 June 2010, sabtu
Masih terkulat2 lepas subuh, kami breakfast dulu.. makan roti sardin di Serdang.
Jam 7.30am baru bertolak ke Broga.
Kira2 jam 8 stat mendaki... Memandangkan kami naik lambat, ramai lagi manusia2 lain yg dah turun... tapi view sangat cantik..

Monday, May 24, 2010

Sekitar Sukaneka Hari Ibu Kg Terusan Sugut

Team Bola sepak kumpulan 2 : winner of the day! (menang duit syiling jak.. ahahahaha)
Mengumpat dengan gembiranya... huhuhuhuu.. kakak di belakang tu bengkek jak..
Cik Rohaineh

Friday, May 21, 2010

Selangkah ke perpustakaan, sejuta pengetahuan...

Aku sudah lama menyimpan hasrat untuk meletakkan sesuatu wording di dinding kosong depan pusat Sumber. Semenjak aku memegang jawatan sebagai guru pusat sumber. Namun atas masalah kesibukan (k_m_l_s_n : isi dengan huruf vokal)... aku selalu menangguhkan hasrat..

Pagi tadi, dengan tidak semena2, tetiba semangat suda mari... dan.. tadaaaa...
Thanks ngan encik suami kerana menyumbangkan design maskot Pusat Sumber yang sangat comel! thanks jugak kepada guru2 lain yang membantu!... Kalau siap kang, aku upload lagi.. :D

Monday, May 17, 2010

Freemason or Illuminati? or Vatican City?

We are what we read...

Aku suka membaca buku cerita thriller...
kerana aku merasakan yang buku Da Vinci Code itu sangat fenomena...
telah membaca kali yang keberpuluh kali, masih lagi excited..
Part tentang Vatican City, Holy Grail dan misteri2 di sebaliknya sangat mengujakan...
Ini adalah buku thriller...

Masih berkisar Dan Brown dengan bukunya Angel n Demon...
telah berulang kali, at least 3 times...
tentang freemason, illuminati dan kumpulan2 misteri zaman purba kala yang kononnya masih wujud.. sungguh exciting..
Ini adalah buku thriller...


Yang terbaru, Lost Symbol..
Tentang ahli2 Mason yang masih aktif dengan kaedah2 pemujaan segala bagai...
teruja.. Baru sahaja selesai membaca (wlupun hanya melalui ipod).. namun suda berkira2 mencari masa untuk membaca semula...
Ini adalah buku thriller...

Hanya ada 2 buku tulisan Dan Brown yang aku baca sekali :
Deception Point & Digital Fortress walaupun berkisar dengan crita2 misteri dan thriller..
Aku agak disebabkan kekurangan Mason dan Illuminati dalam buku itu yang menjadikan aku hanya membacanya sekali...

Agak2 aku ni addict ngan Illuminati kot

Saturday, May 15, 2010

Genap 3 Tahun - Cikgu Jamaliah

Bermula di sini: Menerima surat tawaran sebagai guru 16 Mei 2007

18hb Mei 2007 - Perjalanan menaiki bot selama 2 jam ke SK Terusan Sugut..

Hari pertama di sekolah: 19 Mei 2007 : Murid tahun 3, sekarang sudah tahun 6...



16hb Mei 2010: Genap 3 tahun aku bergelar Cikgu Jamal

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA YANG BERGELAR GURU/ TEACHER DI MUKA BUMI INI.. SEMOGA ALLAH JUA YANG MEMBALAS JASA ANDA SEMUA..

Wednesday, May 12, 2010

life is so hard when we live in the past

Its always hurt me when I tot of the good old days ... i wonder why... *sigh!

Its like... My heart is made of glass.
U've broke it once... and it broken into a million of thousand pieces..
Its hard for me to put the pieces together... Almost impossible I might say...

Even if I succeed, it won't be the same again...
disfigure... ugly... messy...

life is so hard when we still live in the past

dunno how to let it go... *sigh again

Saturday, May 08, 2010

step up

Step Up: Channing Tatum... owh soo.. gorgeous when he move his body. Drooling...

Step Up 2- The streets : Envy on Andie

Maybe aku takda talent menari.. Tapi aku sangat suka tengok org menari.. maybe.. one day.. i'll learn those moves.. some day...

Nantikan Step Up 3.. August 2010... 3D lagi.. :)



Thursday, May 06, 2010

broken hourglass

Ini adalah kenangan pagi indah yang masih hitam...

Please bagitau aku yang kenangan pagi dulu2 itu masih sama ngan kenangan pagi sekarang..

Please bagitau aku yang apa ja kenangan hitam yang berlaku selepas kenangan pagi indah itu adalah ujian,

Please bagitau aku yang semuanya akan ok... sebab aku belum ok... :(

Aku rindu kenangan pagi indah yang hitam ini...
Aku benci kenangan hitam yang hitam itu

Wednesday, May 05, 2010

hidupku di sini


Getar jantung ... ada di sana..

Monday, May 03, 2010

my 2 days around him


Hari Khamis adalah sukan sekolah dan kami telah direliefkan pada hari jumaat. Alhamdulillah.. terbayar la balik penat lelah masa persediaan sukan. Pasal sukan tu nanti la aku cerita lain hari. Sekarang aku nak cerita tentang hari cuti aku yang berlangsung dengan penuh padat: Jumaat, Sabtu and Ahad..
Mula hari khamis, sbnrnya aku tak beli lagi tiket balik KL. So beli on the spot jek.. and sungguh spoil. Harga asal paling tinggi pun RM 255.00 cecah sampai RM 527.00.. hhuhuhu.. kopak seh! tapi demi kebahagiaan dalaman.. aku pejamkan jua.. ahahahaha.... Thanks to Steve yang berkejaran dari Kg. Pantai Poring ke KK mengejar flight jam 9.20... I owe u fren!


Hari jumaat, menemankan Encik Suami berurusan ke Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya. Ada masalah dengan borang W. Menurut encik suami, lepas lahir di US, parent sepatutnya isi borang w di Kedutaan Malaysia di US bagi mengesahkan yang dia ni warganegara Malaysia. Since parent tak isi (or cicir kat mana2)... Derang tak dapat nak tau cemana Encik Suami dapat IC biru dia skg.. Kalau ikut prosedur, memang tak layak aa.. Hmm... entah cemana la nak settle masalah dia ni.. Agak2 nak kena duduk US kot. hihihi...Pastu, kami gi main bowling. Ni yang aku paling tak puas ati ni.. ehehehe.. Encik Suami mengalahkan aku.. ceh! Tak bole jadik ni...

Hari sabtu, aku dah janji ngan dia, taknak kacau sebab dia nak exam. So, hari sabtu aku penuh ngan pemujukan encik suami untuk menelaah. Tapi... huhuhu.. dia saja la yang tahu apa jadi...

Malam tu, Kadir ajak makan satay di kampung Pandan. Janji jam 8, alih2 sampai tempat tu dah jam 10.... tutup daa... Tapi at least merasa jugak makan satay di Satay Station.. beberapa meter dari tempat yg dimaksudkan. Korum pada malam itu adalah: Aku, encik Suami, Kadir, Nizo, Bini Nizo.. Alin tak dapat datang.... sesat.. hehehehe...
Selesai makan, aku n encik suami bergegas ke Time Square. Tengok Clash of The Titans versi 3D di Times Square. Setakat ni, aku dah tgk 3 movie 3D, 1st Avatar, Alice in Wonderland and yang terbaru Clash of the Titans. So far, Avatar still yang terbaik bagi aku.

Berbalik ke Clash of the Titans.. Sebenarnya, movie ni dah lama show, tapi tak berkesempatan. Tgk dari trailer, poster and tajuk.. bunyi cam gempak giler... tu yang teruja tu. Alih2 aku tertidur beberapa minit. Sungguh tidak munasabah... (mungkin sebab penat.. atau memang cerita dia terlalu biasa).. Even effect 3D sangat sedikit... just dlm 10% jek. huhuhu.. sesia jek bayar mahal.. Tgk Iron Man lagi best kot...

Malam tu balik lambat... esok pagi nak kena balik daaa...

Sekejap jek rasanya 2 hari.. cam seminit dua jek.. huhu...

Kepada encik Suami, aku mau minta maaf... Sebab aku datang situ menyebabkan kau tidak dapat study and tepaksa study last minute.. Ampun boss.. Good Luck exam.. Smoga dapat keputusan yang sungguh gemilang!!!

Sunday, April 18, 2010

Friday, April 16, 2010

home

"Home" - daughtry

I'm staring out into the night,
Trying to hide the pain.
I'm going to the place where love
And feeling good don't ever cost a thing.
And the pain you feel's a different kind of pain.

Well I'm going home,
Back to the place where I belong,
And where your love has always been enough for me.
I'm not running from.
No, I think you got me all wrong.
I don't regret this life I chose for me.
But these places and these faces are getting old,
So I'm going home.
Well I'm going home.

The miles are getting longer, it seems,
The closer I get to you.
I've not always been the best man or friend for you.
But your love remains true.
And I don't know why.
You always seem to give me another try.

So I'm going home,
Back to the place where I belong,
And where your love has always been enough for me.
I'm not running from.
No, I think you got me all wrong.
I don't regret this life I chose for me.
But these places and these faces are getting old,

Be careful what you wish for,
'Cause you just might get it all.
You just might get it all,
And then some you don't want.
Be careful what you wish for,
'Cause you just might get it all.
You just might get it all, yeah.

Oh, well I'm going home,
Back to the place where I belong,
And where your love has always been enough for me.
I'm not running from.
No, I think you got me all wrong.
I don't regret this life I chose for me.
But these places and these faces are getting old.
I said these places and these faces are getting old,
So I'm going home.
I'm going home.

My home is in your arms.. Can't wait to be hold by you..

Monday, April 12, 2010

mana hidup?



Makin lama aku makin melupakan page ini. Dulu aku tersangat la rajin sehinggakan aku post setiap hari. Aku rasa kegembiraan hidup aku perlu dikongsi dengan semua manusia yang dengan sengaja atau tidak sengaja lalu di sini. Bukan bermakna aku kurang post apa2, bermakna hidup aku tidak gembira... aku masih lagi di sini melayari hidup sebagai manusia yang cuba untuk mencari nilai diri sendiri... Yup!.. kadang2 memang aku rasa hidup dalam kesedihan sebab aku terpaksa jauh dari orang-orang yang aku sayang...

Esok masih ada, dan aku yakin lusa pun akan menjelang. Hari pertemuan dengan mereka akan tiba.. tapi yakin ka yang Dia tidak lagi memanggil kita ke sisinya malam ini? Bersyukur dengan kelipan mata setiap pagi... seandainya la aku ikhlas...

Monday, March 22, 2010

a week of everything

Entah kenapa aku semakin banyak tinggalkan blog ni. Banyak cerita, tapi kalau ckp takda masa sungguh tidak logik.

A Few event yang berlaku sepanjang Mac:
12 Mac 2010:
- Majlis Perpisahan Guru besar
- Flight jam 9.40pm KK - KL.. Jumpa encik cinta!

13 Mac 2010:
- Turn 29!
- Dapat pair of bags dari encik other half.. thanks! sangat cantik!
- Menonton Alice in Wonderland in 3D (tapi duduk rear seat, so 3D effect tak nampak sangat)

18 Mac 2010:
- Happy 57th Monthniversaries! ( so, u might know now how long aku n arip been together :)

20 Mac 2010:
- Try untuk menaikan diri di Hot Balloon tapi HAMPEH saja..

21 Mac 2010:
- Subuh naik KAPAL TERBANG...
- Zohor naik KERETA...
- Maghrib naik BOT..
- Semua jenis pengangkutan aku naik dalam tempoh masa sehari!

Sunday, February 28, 2010

Maulid Nabi

Selawat dan Salam buat junjungan Nabi Muhammad.
12 Rabiul Awwal 1431 H
26 Februari 2009 M
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Tuesday, February 23, 2010

luah

Aku selalu meluahkan apa2 yang aku rasa di blog aku ni. Walaupun aku tau sesiapa ja bole access masuk dalam ni tapi kekadang aku selalu lupa. Aku selalu meluahkan macam2 dengan harapan agar aku jak yang bole baca. At least, kalau aku ada masalah, aku tak perlu nak jumpa sesiapa untuk membuka pekung di dada. Aku just ingin luahkan di sini.
Yep ! aku ada masalah... :( mari dengar!

Sunday, January 31, 2010

I believe

I believe the sun should never set upon an argument
I believe we place our happiness in other people's hands
I believe that junk food tastes so good because it's bad for you
I believe your parents did the best job they knew how to do
I believe that beauty magazines promote low self esteem
I believe I'm loved when I'm completely by myself alone
I believe in Karma what you give is what you get returned
I believe you can't appreciate real love 'til you've been burned
I believe the grass is no more greener on the other side
I believe you don't know what you've got until you say goodbye
I believe you can't control or choose your sexuality
I believe that trust is more important than monogamy
I believe your most attractive features are your heart and soul
I believe that family is worth more than money or gold
I believe the struggle for financial freedom is unfair
I believe the only ones who disagree are millionaires
I believe in Karma what you give is what you get returned
I believe you can't appreciate real love 'til you've been burned
I believe the grass is no more greener on the other side
I believe you don't know what you've got until you say goodbye
I believe forgiveness is the key to your own happiness
I believe that wedded bliss negates the need to be undressed
I believe that God does not endorse tv evangelists
I believe in love surviving death into eternity
I believe in Karma what you give is what you get returned
I believe you can't appreciate real love 'til you've been burned
I believe the grass is no more greener on the other side
I believe you don't know what you've got until you say goodbye
Goodbye
(Savage Garden - Affirmation)
Setiap baris lirik lagu ini memberikan makna yang sangat bermanfaat dan benar. Thanks to Darren dan Danial coz melahirkan lirik yang sangat benar. Lagu ni dah lama sangat tapi setiap kali dengar, mesti jiwa rasa berkobar dan termotivated. Liriknya meliputi semua moral-moral kehidupan dan agama. Mungkin penulis liriknya bukan beragama Islam, namun dia juga tahu yang Tuhan itu hanya satu, sebab tu bila diciptakan matahari, hanya ada satu Tuhan yang berkuasa, Allah. Begitu juga dengan hukum Karma. Apa yang kita lakukan, InsyaAllah.. Allah akan membalasnya, jika baik yang dilakukan... baik la balasannya dan begitu jugak sebaliknya.

Friday, January 29, 2010

Woke up to this song

Woke up with yawn. It's dawning, im still alive.
Turned on my radio to start up new day
As goddanmed DJ's chattered how to survive
Amazing news got over on the air wave
Tonight,
Love is rationed
Tonight,
Across the nation
Tonight,
Love infects worldwide
Almost another day
woke up.. hear this song and look to your sleepy cute face!!.. Damn! I missed u!!

Thursday, January 28, 2010

chit chat


Sorry sayangku.. takleh tahan tengok kau tido tengah2 chat. ahahahaaa... comel!

Tuesday, January 26, 2010

Prawn Cabonara


Cuba untuk menghasilkan fetucinne cabonara menggunakan sos Prego Mushroom Cabonara dalam tin. Tapi hasil akhirnya menunjukkan yang resepi ini telah tersalah arah. Ini disebabkan udang-udang di Terusan Sugut yang gemuk-gemuk dan yang paling best ia adalah FREE.. Mini-Fridge aku masih lagi penuh ngan udang. Aku rasa memang aku sesuai tul duduk sini laa.. Aku adalah penggemar udang yang tegar. Tetapi imam aku, takleh makan udang aa.. nnti gatal.

Monday, January 25, 2010

darah merah..

Kumpulan Darah AB
Dingin dan terkawal. Teman-teman menjadikan anda sebagai tempat berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan untuk menghibur orang lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.


Kumpulan Darah B
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka berterus-terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan segala sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan fleksibel serta boleh beradaptasi dengan mudah terhadap situasi.


Kumpulan Darah A
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala.


Kumpulan Darah O
Kumpulan darah O ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, orang dengan kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.
Aku, jenis darah: B+..
Keras dan individualis. Patut la aku seorang yang mementingkan diri dan degil. Yes... sangat mementingkan diri.. aku tak kisah kalau orang lain sakit asalkan hati aku tidak sakit.
Suka berterus-terang.. definitely... kadang-kadang sifat tersangat berterus-terang aku ni menyebabkan hubungan aku dengan orang di sekeliling aku menjadi hambar atau terputus terus!
Well, about creative and flexible... tak nampak kot.. mungkin melekat di platlet darah aku, sebab tu tak nampak.

Monday, January 18, 2010

7+6 = 10?

Client: Sh. Zamani bin Sh. Masri
Kelas: Tahun 2
Aku ngaku, aku agak kelambatan untuk melakukan ujian Diagnostik kepada calon-calon murid pemulihan tahun ini.. Ini disebabkan oleh penjadualan semula yang berlaku hanya pada minggu kedua dan juga bla..bla.. and so on. So, pagi ni aku baru selesai ujian Diagnostik Matematik yang membolehkan aku menilai tahap kebolehan budak ni dalam Matematik dan membolehkan aku emphasize ngan topik yang dia lemah.
Masa ujian tu, aku duduk dengan mereka supaya kalau mereka ada persoalan, diorang boleh bertanya on the spot. Soalannya ada macam2.. dari yang membanding mana bilangan yang besar ke kecik, menulis ascending atau decending order sehingga lah soalan daily problem-solving.
Pasal banding banyak atau sikit tu, Zamani asyik cakap.."senang bah ni cikgu!" dengan bangga riak lagi dia tick gambar aiskrim yang lagi banyak.
Pastu, part menambah.
2 + 3 =... "senang bai ni cikgu!" sambail hayun2 jemari2nya... Comel..
Pastu part menambah lagi.
6 + 7 = 10
5 + 6 = 10
8 + 7 = 10
Masa tu jugak aku tya. "zamani, napa jawapan kamu semuanya 10?"
pastu dia jawab. "Tangan ndak cukup ba ni cikgu, sebelah ada lima, sebelah lagi lima, jadi sepuluh laa.. ndakkan mau pakai telinga... kekekeke...." pastu dia tegelak2 sambil tarik2 telinga dia.. Aku pun ikut ja gelak... Hai laa Zamani...

Saturday, January 16, 2010

Kekasihku.. Syurgaku..

Mungkin berlum terlambat untuk ucapkan :

Happy 1st Anniversary untuk suamiku sempena penyatuan kami pada 27 Disember 2008.


Okey.. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri... Thanks to P.Ramlee untuk lirik yang sangat laa benar.. Kita takkan tau kebenarannya sehingga kita sudah melaluinya. Mungkin kita dah melalui saat-saat yang sukar, berjauhan dan menempuh ujianNya.. Aku tau Dia uji kita supaya kita lebih teguh dan saling erat. Aku harap semua ini jadi pengajaran untuk hari-hari mendatang yang lagi mencabar. Aku sayangkan kamu suamiku...

Tuesday, January 05, 2010

Mood 2009

Tahun baru lagi .. yeah! Alhamdulillah aku masih lagi bernafas..
2020 ada tinggal 10 tahun lagi.. pasni Dr. Mahadir kena check balik dia punya carta Gantt perancangan sehingga 2020.. Mana2 yang belom terlaksana kena berusaha keras lagi.. larat ke Dr. M?
Masuk kelas, Papan putih: 05 Januari 2009... Isnin
Murid 1: Cikgu... sekarang suda 2010 laa cikgu
Murid 2: Cikgu.. hari ni hari selasa
Murid 3: Cikgu ni kelambatan laa..
Cikgu: Buat muka kerang busuk.. Masih mood tahun lalu rupanya..
Selamat Tahun Baru Semua...
Saya yang menurut perintah,
Jamaliah Maripat