Monday, September 03, 2007

My 50th Merdeka Celebration

Aku suka fireworks, suka sangat and dah tentulah di Terusan Sugut takkan ada fireworks kecuali pemandangan taburan bintang-bintang yang memang sentiasa mengujakan aku setiap malam. Aku ada gak try amik gambar-gambar bintang waktu malam especially kat tengah padang sekolah tuh. Mungkin best kalau aku berbaring kat tengah-tengah padang tu sambil menikmati keindahan bintang. Amazing...
Malam di Ambang Merdeka pegi separuh ja, encik Arip kena buat keja and dia just sempat ambik aku jam 11.45pm. 15 minutes sebelum counting merdeka. Tapi oleh sebab di dataran merdeka fireworksnya lambat meletup, sempat la jugak tengok beberapa das.
Perarakan aku tengok kat TV ja sebab bangun lambat, sempat la tengok perarakan Maxis yang ada baju yang best tapi perbarisan yang hehe.. *sensored*... Sian ngan Arip lagi...
Semalam (2 Sept) malam final fireworks competition di PICC Putrajaya. Alhamdulillah, sempat gak tgk walaupun dari jauh. Thanks to my hubby... Aku tau kau akan melakukan apa saja untuk membahagiakan aku. Walaupun dia kena keja ujung minggu tapi sempat gak anta aku pi Putrajaya and tengok fireworks tuh. Tapi, yang sedihnya lagi,aku tak bawak kemra, bukan tinggal kat Sabah tapi kat umah kakak aku ja. Apa tah bengong!
Ya, aku bercuti kat KL sekarang. Berjumpa kawan-kawan ex-officemate. Seronok tengok tempat keja lama, banyak dah berubah tapi sekarang ramai takda kat ofis, kuar pi out-station kat sana sini. Hmm... rindu la pulak keja camni, keja jalan pi sana-sini, tido hotel free, mandi kolam...

Sunday, September 02, 2007

Life goes on..

Hai Guys!
Huh! Lamanya tak tulis cerita-cerita baru. Pada yang tau.. tau la.. pada yang tak tau... Ni aku nak bagitau.. Aku dah terperuk kat satu pulau yang dipanggil Terusan Sugut kat Beluran. Dah masuk 4 bulan aku di situ. Banyak sangat benda nak dikongsi tapi bila dah lama, tak tau nak mula dari mana. Hidup aku selama 4 bulan di situ, tenang dan aman damai ja. Tiada bunyi hon keta, takda enjin keta, takda bunyi enjin moto, even takda bunyi henset call in atau sms. Rasa macam kembali ke zaman 50-an. Alat perhubungan hanyalah bot dan public phone yang hanya ada sebijik, at least ada la jugak.. Alhamdulillah...

Sebagai guru pemulihan, memang banyak cabaran. Nak ngajar budak dari tahun 2 sampai tahun 6 yang masih tak boleh membaca atau bacaan tersekat-sekat. Memang banyak cabaran dan sentiasa memerlukan idea-idea yang boleh menjadikan diorang faham apa yang diajar. Adakalanya, bila benda yang aku dah ajar pada hari Rabu diulang semula pada hari Jumaat, still dorang tak dapat lagi. Adakalanya selama beberapa minggu ajar benda yang sama kepada budak yang sama, tapi kena la dengan cara yang berbeza. Kena banyak idea-idea yang mampu menarik minat diorang masuk ke kelas aku. Alhamdulillah, setakat ini budak-budak ni berminat nak masuk kelas pemulihan, adakalanya sampai datang sendiri ke kelas tu di luar jadual and minta aku tgk diorang membaca. Memang terharu ngan budak yang macam tu. Tapi bukan semua budak befikir benda yang sama, ada jugak yang kena ingatkan jadual and aku tepaksa pegi ke kelas diorang untuk masukkan ke kelas aku. Macam-macam ada...

Kelas Pemulihan meliputi Pemulihan 3M, Membaca, Menulis dan Mengira. Setakat ini aku just bukak kelas untuk membaca dan menulis ja, untuk kelas mengira tunggu lepas cuti kot baru aku nak arrangekan jadual baru. Banyak lagi aku tak tau pasal pemulihan ni, nak ajar suku kata orang dengar memang senang tapi bila dah yang diajar tu susah sangat nak menerima dan mengajar jugak kena ada skill, guru baru cam aku memang banyak yang kena belajar. Alhamdulillah, Insyaallah dalam bulan November nanti aku akan diberi kursus di Maktab, cuma tak tau lagi maktab mana satu.
Di Terusan Sugut ni ada dalam kira-kira 100 keluarga, dan setiap rumah itu saling berkait keluarga antara satu dengan yang lain, kira berbau-bau bacang la semuanya. Orang-orangnya pun peramah dan baik hati. Apa taknya, hujung minggu ja adalaa lauk-lauk yang dihantar. Kalau tak pun, diorang jemput datang pi umah diorang semata-mata untuk makan-makan ja. Sebagai guru baru yang berkemungkinan akan berada duduk lama di situ. aku memang kena berbaik-baik ngan semua orang. Pastikan setiap jemputan diorang tu dipenuhi dan setiap aktiviti kampung harus disertai. Setakat ini, aku join Kelab Wanita Sihat dan diorang dah menganjurkan Pertandingan Poco-poco, lupa plak sebenarnya diorang dah bertanding 31hb yang lalu. Aku sepatutnya join gak, dah turun latihan hampir setiap hari walaupun aku tau aku tiada di Terusan Sugut masa hari pertandingan, hehehe... yang penting aku dapat membuat aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh.

Termasuk aku, ada 13 orang Guru yang mengajar di SK Terusan Sugut, budak-budak just ada 1 kelas untuk setiap darjah. Tak ramai pun.. Sejak 4 bulan di Terusan Sugut, aku telibat dalam 2 aktiviti sekolah, Kejohanan Olahraga Tahunan dan Kem Jatidiri. Untuk sukan sekolah tu, aku dah meng'apply'kan Tarian Chicken Dance untuk persembahan. Sorry guys.. Can't resist this dance. BUdak-budak dan semua penduduk kampung suka ngan tarian tu, tiap kali muzik chicken dance dipasang, badan budak2 tu mula la begoyang-goyang. Best betul tgk diorang ;)

Ni ada beberapa gambar yang aku sempat ambil masa sukan tu, tak banyak yang aku ambik sebab hari tu aku jadi MC.

Chicken Dance
Lari 80M Kategori Pra-sekolah
Perbarisan Rumah Sukan, Aku punya budak umah Biru