Monday, December 31, 2007

Its been a great year in 2007

Esok akan bermula tahun yang baru 2008, angka lapan memberikan sesuatu makna buat aku dan dia…
Secara jujurnya, tahun 2007 adalah tahun yang paling berlainan dari tahun-tahun yang sebelumnya bagi aku. Tahun 2007 aku genap 26 tahun, satu umur yang pada aku apabila melebihi 25 tahun maka kita melangkah keluar dari alam remaja dan menginjak ke alam dewasa.. Yes, aku dah dewasa... Banyak sangat perubahan yang dah berlaku pada aku tahun ini. Bermula dengan keazaman ingin menukar tempat kerja, yes... bagi aku, aku dah terlalu dewasa untuk jadi cheerleader atau Kak Jamal yang kaki sorak. Dah penat jadi Games Coordinator, Ice Breaker dan dah penat cuba untuk menyembunyikan kebosanan di dalam dewan masa kelas komputer berjalan, segala-galanya tidak lagi seperti masa aku mula-mula masuk di mana semua benda adalah menyeronokkan di Cyberkids Camp... Memang seronok bersama kawan-kawan tapi mungkin semakin lama umur dah jadi tak sesuai. Rindu jugak suasana itu tetapi dalam suasana di mana aku masih lagi excited dan bertenaga. But anyway thanx to Ms Vani n Dash for your trust, WGSB was an amazing stepping stone. 4 tahun bersama WGSB, banyak sangat pengalaman aku dapat, 1st job la katakan..

Mei 2007, aku dah bergelar seorang guru. Honestly, aku memang tidak berminat nak jadi cikgu. Atas dasar menjaga hati ibu yang inginkan anaknya kembali ke Sabah dan mendapat pekerjaan yang lebih stabil, aku terima jugak and cuba untuk menanamkan kecintaan pada kerjaya baru. Mengajar di SK Terusan Sugut buat aku lebih tabah. Mungkin perubahan terbesar adalah suasana sekeliling. Berubah dari suasana Kuala Lumpur yang tak pernah sunyi ke suasana yang hanya berteman bunyi katak dari belakang umah. Malah line telefon pun tiada.. memang bebeza sangat tapi aku dah sedia dengan keadaan itu dan redha dengannya... Sedar tak sedar, ia melatih aku banyak benda.. especially bersyukur dan bersabar dengan apa yang kita ada.. Duduk di kampung orang buat aku harus besosial dengan makcik2 dan cuba untuk menjaga hati penduduk kampung. Aku harus menjaga kelakuan coz dah jadi role model dengan pelajar-pelajar sekolah. Selama lebih kurang 7 bulan mengajar, semangat aku ada turun naiknya. Adakalanya aku begitu excited untuk memulakan pengajaran dan adakalanya begitu malas nak buat kelas.. Mungkin aku masih lagi perlu menambah kecintaan pada kerjaya ini.

Ogos 2007, 50th merdeka day. Dah 50 tahun merdeka rupanya tapi aku tak pasti adakah aku dah merdeka dari mereka-mereka yang telah menjajah. Yang pasti aku masih lagi menjadi peminat lagu-lagu bekas penjajah2 ni. Aku masih lagi minat tengok movie2 bekas penjajah ini dan aku masih lagi berkeinginan untuk menjelajah negara yang menjajah ini...InsyaAllah...
Oktober 2007, 1st Angkasawan Negara. Walaupun timbul pelbagai gosip tentang status beliau samada hanya pelancong atau angkasawan, tapi tidak boleh disangkal lagi yang Dr. Sheikh Muzafhar adalah Malaysian pertama yang melakukan sesuatu yang orang lain tak boleh buat.

November 2007, selain tidak dapat menyambut bersama-sama pada hari kelahiran dia, ada sesuatu yang bermula di bulan November 2007. Aku mendaftar di Institut Perguruan Tawau. Banyak sangat ilmu baru aku peroleh, tak sangka selama 7 bulan aku mengajar tidak sedar yang sebenarnya cara pengajaranku agak ketinggalan memandangkan aku hanya mengajar berdasarkan pengalaman melihat guru-guru semasa sekolah dulu.
Alhamdulillah, hari-hari terakhir di 2007 aku menemui sesuatu yang sudah lama hilang... dan aku bersyukur Allah memberikan hidayahNya dalam bentuk yang aku tidak sangka..

Friday, December 21, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Terkadang kita perlu mengorbankan sesuatu untuk kebahagiaan insan lain..
Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Dedication

I dedicate this post to one of my new friend.. You know who you are.

Knowing u is like looking to a new dawn..Thanks... ;)

Kami Guru Malaysia...

Assalamualaikum...
Dah lama sangat blog ni berkulat, nak cerita terbaru memang banyak cuma masa yang tidak mengizinkan. Paling latest saya diterima masuk ke IPTS, bukan instituti pengajian Tinggi Swasta yaa.. Tapi, Institut Perguruan Tawau, Sabah. Alhamdulillah, bila masuk sini maka peluang untuk mendapat jawatan guru sah dan terlatih akan cerah, insyallah... Tak lah menyandar-nyandar cam sekarang. Ni aku letak beberapa keping gambar masa MPPB (Minggu Pengurusan Pelajar Baru) mostly bukan saya yang ambik gambar ni, some of the AJK and friend. Masa MPPB, cam kembali ke CK camp semula, huh! Tingat balik pekerjaan yang dah sebati ngan darah aku selama 3 tahun di WGSB, mlm ice-breaking ja buat logo and all that kind of thing, AJK even ajar nari Chicken Dance.. Aku senyum jaa.. I've been doing these over and over... Rindu ngan CK Camp sangat2!

Ikrar Guru beb... Takleh main-main

Barisan Guru-guru Wanita KPLI-KDC Pemulihan Ambilan Nov 2007


Barisan teruna dan bukan teruna KDC Pemulihan yang makin pupus ;P

Barisan AJK MPPB tgh ngajar menari Chicken Dance