Monday, April 30, 2007

new

Yeyeye... beli kemra baru. Panasonic DMCFZ-7. Pusing-pusing kat low yat, and bejumpa ngan sales assistant yang cute dan baik hati. Sapa-sapa nak beli kemra atau aksesori yang berkaitan, sila la ke kedai Bintang Maju kat Ground Floor Low Yat and berjumpa ngan Mr. Nicky. Hehehe.. promosi untuk penjual yang baik hati...

Friday, April 27, 2007

in the name of love


Semalam menonton teater buat pertama kali seumur hidup di Pentas 2, KLPac. Teater bertajuk 'In The Name of Love', solo performance by Sabira Shaik, directed by Christopher and written by Ramli Abdullah, botak guy yang berlakon dalam Red Kebaya. Puan Sabira Shaik ( WGSB chairman's wife) melakonkan 3 watak dalam 3 scene berbeza. Aku tak tau nak elaborate coz aku tak berapa into teater but I enjoy the show. ;)

Tuesday, April 24, 2007

LIA?

Hari pertama masuk ofis sejak 2 minggu. Rasa pelik pun ada. Semalam tgk Jangan Pandang Belakang ngan Encik Arip. Lawak gak movie ni, sepatutnya seram tapi ada part hantu yang membuatkan satu bilik tu tegelak. Bengong punya hantu.


Camp Melaka 2 went well. Ending yang cukup best dan tidak memudaratkan. Satu ja yang aku takleh blah, nyesal coz introduce diri pakai nama Liah. Cibai betul! ingatkan nak ubah sikit untuk camp2 2007. Tapi memang takleh blah, hari first dah nyesal and tersasul-sasul lagi masa ngaja budak kat kelas. Faci2 lain panggil Jamal tapi budak2 panggil kak Liah. Budak aku pun heran and tersasul panggil aku kak Jamal instead of kak Liah. Apetah pakai nama tuh! haiya! nightmare tul! sendiri punya pasalla... Sapa suruh gedik tuka nickname. Haiya!

Friday, April 20, 2007

masa itu emas

Masa itu sangat berharga, dan untuk faci di kem masa yang terluang haruslah di isi dengan tido. Takleh nak tulis blog cam kalau kat ofis. So far camp Melaka 2 kali ni ok la. Participant memberikan sepenuh kerjasama. Even sekarang ni pun ada masa terluang sebab cikgu tgh practising dikir barat diorang. Lepas ni ada de-brief lak. Tapi aku suka being busy, terasa masa berlalu.. esok closing.. and balik the next day.

missed

Besok dah closing day. Tak sabar nak balik, jumpa someone. Hari tu jumpa dia kejap ja, fly back dari Sabah, singgah ofis pastu dia antar pi umah, malam tu dia singgah umah jap, pastu aku kena pi Melaka pulak. Hmm.. Aku balik 22hb, dia ada final exam 23hb.. nak kacau ke tak?? hmm... miss him... badly...

Monday, April 16, 2007

Budak2

Last week, sebelum sampai pi Semporna aku singgah kat Sandakan tido kat umah abang aku. Jumpa my only kak ipar sebab aku ada sorang abang ja. She said ina' slalu cakap ngan dia yang dia rindu ngan kami (menurutnya, Ina' memanggil kami '3 budak kat KL', me and my 2 sisters). Mungkin Ina' masih lagi merasakan yang kami ni budak2 and still memerlukan pemerhatiannya. Mungkin dia tidak sedar yang even anak bongsunya ni dah berumur 26 tahun! maybe sebab kami belum kawin kot so she tot that kami masih budak2. Ina' cakap lebih baik duk kat umah ja daripada jauh dari dia.. Pulak tu duduk kat KL, kalau kat KK, dia boleh terima lagi. Aku balik last week pun sebab sesuatu yang memungkinkan aku untuk balik and duduk di Sabah, mungkinkah doa Ina' akan termakbul?. Sekiranya semua apa yang diharapkan akan dikabulkan oleh-Nya, anda2 semua akan hanya melihat aku tru this blog. Aku takleh nak mengharap sangat, kalau dapat alhamdulillah and kalau tak pun alhamdulillah, aku tau aku still ada kawan2 yang still terima aku kat sini. wink*
Ps: Ina' = Emak (dalam bahasa Bajau)

Sunday, April 15, 2007

"Diam!" bak kata Shin Chan

2 minggu lebih aku tak post apa2. Bukan tiada cerita tapi aku begitu dibusykan dengan banyak hal. Last week balik kampung kat Semporna, actually balik Sandakan first baru balik semporna, ada hal personal yang perlu diselesaikan. Week before tu, busy gilak ngan preparation camp. And now, aku berada di Hotel Sri Warisan, Ayer Keroh Melaka. Insyallah... segala cerita-ceriti akan di upload bersama gambar, termasukla gambar-gambar anak sedara aku yang dah tak kenal aku.. huhuhu sian.. Buat masa sekarang aku mau pi makan dulu.. Hihoo...