Saturday, January 23, 2016

Aaira @Tadika Ho - Registration

Wah! Anak aku dah boleh masuk tadika!.. 

Walaupun Aaira tak berapa nak pandai bercakap lagi (boleh cakap tapi masih sangat pelat), kami (aku n arip) nak jugak dia masuk tadika dah.Nak bagi dia bermain dan jumpa kawan2.. Kadang kesian jugak dengan dia, asyik duk umah je. Memang Aaira boleh main sorang2 tapi lagi best kalau dia bergaul dengan kawan2 dah. Dari dulu lagi kami memang dah rancang nak masukkan Aaira ke Tadika Ho. Tadika ni dekat je ngan umah. Kalau ikutkan, ada lagi tadika Little Caliph yang selang beberapa umah je dr rumah ni, tapi kalau boleh kami nak jugak dia ada pendedahan Mandarin. Bukan tak percaya dengan bahasa sendiri yee.. Tapi bukankah lebih baik kalau kita or anak2 menguasai lebih banyak bahasa kannn... Hopefully Aaira boleh belajar dan bertutur dengan baik.

Alkisahnya bermula pada ujung November, tak ingat sangat tarikhnya. Aku call Tadika Ho lpas tengok number fon di internet wlupn dorang ada je dorang pasang banner and letak number fon jugak, tapi selalu tak dan nak ambik sebab Tadika tu memang betul2 tepi jalan. Nak stop di bahu jalan mcm tak best walaupun ramai jee orang buat mcm tu.

Bila call je, sekali dering dah bersambut and Chinese men yang berckp. So lepas bagitau yang aku nak masukkan anak 4 tahun, dia ckp boleh je datang anytime. Dia suh bawak duit RM 250. Pendaftaran RM 50 dan RM 200 utk advance payment january. Petang tu jugak aku pegi sana. Rupanya Chinese men yang sambut call aku tadi, dia pya guru besar.. Hebat betul guru besar ni jadi kerani. Heheheh

Dia suruh bagi detail Aaira, detail parent and dia bagitau dalam awal disember diorang call lagi. 

Bulan Disember dia call lagi, bagitau yang aku boleh datang ke Tadika tu untuk test uniform and benda2 lain la. Dia pesan jugak jangan lupa bawak duit utk bayaran. Bila aku tya berapa.. Dia berkira2 dalam RM 700++.. Terkedu sebentar jugak la.. Sebenarnya, tak sangka bayarannya pada aku agak mahal, tapi nak wat cemana kan.. Gagahkan jugak keluarkan note purple yang masih keras2 lagi haaa.. :p Mungkin bayaran tadika lain macam ni jugak kottt... Dia bagi list utk bayaran tu.. So, memang ok laa... 

Balik umah, tengok buku.. Maknya yang excited! ahahahhaaha