Wow! baru jek post pasal hari raya tadi tapi rasa cam nak tulis lagi. Sekarang jam menunjukkan pukul 1.57 am dan aku masih lagi terpacak di depan skrin laptop ni. Ntah apa-apa jek yang aku godek dari internet dari tadi ni. Sebelum ni paling lama aku bertahan adalah sampai jam 3.00am itupun terpaksa menghadapi serangan konco-konco nyamuk yang berusaha untuk menambah darah dalam badan derang yang keding. Sebelum turun tadi ni, dah siap ngan Ridsect red coil, walaupun hidung agak sengal ngan asap yang tipis itu tapi waaayy better dari terkena gigitan nyamuk yang comel. Kang kena denggi.. Aku jugak yang susah.
Sebenarnya aku kesian ngan encik Suami. Chat takleh lelama ngan dia coz sekarang dia menjadi En.Super-Duper-Busy... Dua tangan dan 10 jemariku tidak mampu membantu semasa dia tidak berkecukupan dengan dengan jemari-tangannya... Rasa helpless sangat bila berada jauh dan terasa perlu untuk berada di sisinya. Just mampu chat dan menyampaikan kata-kata chaiyok! Harap semua itu dapat melegakan kekusutan yang bersarang.
Aku masih lagi cuba untuk menjadi isteri yang memahaminya. Noted. C.U.B.A. Iya, aku tau banyak perkara yang menunjukkan aku masih lagi tidak memahaminya. Seperti marah2 apabila dia tak antar emel dan cuba ungkit kisah silam yang tak sepatutnya dibincangkan lagi. Kadang-kadang aku tau dia sembunyikan sesuatu supaya tidak mengeruhkan suasana tapi selalunya aku akan selfish. Memperbesarkan sesuatu yang sekecil2 perkara. Huh! Setan dalam kepala aku selalu memainkan peranan dan selalunya Setan akan bersorak-sorai setiap kali gunung berapi aku meletus. MasyaAllah...
Setiap kali chat, sms atau jumpa ngan kawan or family, mesti soalan yang akan ditanya adalah, "bila nak transfer?" Sehinggakan aku boleh sediakan script yang aku taip jek dalam Words pastu, kalau ada org tya, aku just copy paste jek.
Hati ini sebesar-besarnya ingin berada dengan dia... Buka mata dipagi hari dengan senyumannya... Akupun tak tau dari mana datangnya kekuatan berada jauh dari dia selama 4 tahun ini... Selalu mendodoikan diri sendiri dengan kata-kata "kau akan bersama dia nanti.. sabar"... Tapi hati perempuan aku ni selalu jugak pecah dengan airmata dan sering terpaksa untuk memujuk hati untuk kuat..kuat.. dan kuat!
Jadi kepada anda-anda yang akan berjauhan dengan pasangan anda... Cuba la untuk bersama, cari ruang dan peluang... Sakit!

No comments:
Post a Comment