Showing posts with label saja-saja. Show all posts
Showing posts with label saja-saja. Show all posts

Wednesday, October 06, 2010

Halloo?.. Tuut...tuttt!

Sudah beberapa hari ni connection internet di sekolah tak berapa ok. One of d teacher bagitau, penah jugak terjadi macam ni dulu.. kejap ok.. pastu dah bingung.. pastu ok.. lelama dia off terus... huhuhuhu.. tak sanggup menerima kenyataan kalau connection internet dah takda.. takkan la aku nak sambung broadband..

nama broadband itu bole la diertisamakan dengan impossible...

BROADBAND in Terusan = Impossible...

Pulak tu sejak 2 menjak ni, public phone selalu jek ada noise masa beckp. seperti ada berjuta-juta burung saling sampuk-menyampuk masa aku tengah berkasih-kasihan di phone booth di bawah panahan cahaya mentari itu.. Haiyaa...

Takkan la nak pusing keliling padang atau bertenggek tepi jambatan untuk cari line.

Sbnrnya di Terusan Sugut ni, ada la part2 tempat tu yg bole dapat line.. Tapi mengikut eksperimentasi dan pengalaman kawan2 lain yang dah try, hanya certain jenama fon jek,

contohnya, Sony Ericsson bole dapat di hujung jambatan itupun jenis W## kalau K##i macam fon aku ni tak dapat la... Sebab tu aku tak penah try kot (atau sebenarnya malas) ... pastu dia pya provider pun tak semua bole dapat.. Kebanyakan yang dapatpun Celcom (tetapi mungkin kerana kebanyakan orang di sini pakai Celcom)....

Berbalik kepada aku.. secara tanpa beralasannya, aku MALAS nak cari line.. Tapi nafkah zahir perlu dipenuhi dan mungkin upacara mencari line perlu dijadikan last resort apabila internet skolah dan public fon sudah tidak beroperasi... Bedoa saja aku tidak jauh ketinggalan dari dunia luar walaupun aku berada nuun di sini yang jauuhh...

Tuesday, June 22, 2010

Pudu Demolition

Kehadirannya dirasakan kehilangannya...
Kehilangannya dirasakan kehadirannya...

Download:
FLVMP43GP
Download:
FLVMP43GP

Masa Tembok penjara tu masih berdiri teguh, tak plak orang pandang... Mungkin ada yg melihat nilainya sebagai tinggalan sejarah... tapi ada juga yang melihatnya sebagai hanya satu dinding bermural...

Bila kerajaan mengumumkan demolition, baru orang sedar dan perasan bahawa kawasan itu adalah tapak yang tak sepatutnya dihilangkan dari peta dan tidak hanya dimuatkan di dalam buku sejarah...

Ada pro dan kontra.. Mungkin kita akan melihat hikmahnya pada masa akan datang...

I Love Malaysia...
Download:
FLVMP43GP

Tuesday, January 26, 2010

Prawn Cabonara


Cuba untuk menghasilkan fetucinne cabonara menggunakan sos Prego Mushroom Cabonara dalam tin. Tapi hasil akhirnya menunjukkan yang resepi ini telah tersalah arah. Ini disebabkan udang-udang di Terusan Sugut yang gemuk-gemuk dan yang paling best ia adalah FREE.. Mini-Fridge aku masih lagi penuh ngan udang. Aku rasa memang aku sesuai tul duduk sini laa.. Aku adalah penggemar udang yang tegar. Tetapi imam aku, takleh makan udang aa.. nnti gatal.

Friday, September 11, 2009

Kad raya?

Tingat lagi masa aku sekolah rendah dulu. Paling best masa bulan Ramadan selain berbuka puasa adalah,pada masa nak wish selamat berpuasa dan menyambut hari raya through kad. Macam-macam kad ada, kad katun, kad kecik, kad besar, kad bunyi2. Sehinggakan hari pertama Ramadan dah sediakan list nama kawan-kawan supaya tak tertinggal sorang pun. Kalau dapat balasan lagi best, leh simpan atau gantung. Kalau dapat balasan dari secret admire, kembang2 idung baca kad tu and ulang2 baca 2-3 ayat tu sampai tetido. Seronok :)
Lepas tu, kad raya makin dilupakan bila semua orang berjaya punya henset sendiri. Kalau takleh anta mms ngan gambar warna-warni, pakai monochrome yang kena taip2 sebijik2 tu and membentuk gambar tertentu. Nice dan berinovasi.
Kadang2, just anta through email. Kalau kreatif, buat sendiri, kalau tak ada jugak yang application yang bole create kad raya.
Sekarang ni, dah jadik trend anta kad raya through facebook. Thanks la ngan sapa2 yang create application ni. Berbaloi2.. Kad pun cantik2. Jadi sapa2 yang lum register facebook tu, leh la register and anta kad terus ke sejuta rakan-rakan anda. No sweat.

Sunday, July 19, 2009

Tuesday, May 12, 2009

Angel & Demon


Release : 15th May 2009

Can't wait to watch it on a big screen.
Sedang membaca semula novel tersebut: Angel & Demon by Dan Brown.

Tuesday, April 14, 2009

Papa!


Hai papa! How are u? r u alright? I want to talk to you like it use to be. What r u doing today? Are u happy? Are u sad? or missed someone?

Thursday, April 09, 2009

Kamu! Shut Up!

Banyak bicara mungkin kan berdusta…
Diam mungkin kan berdendam…
Satu yang kamu dan aku tahu, berkata hanya apabila perlu…
Pedas yang kamu rasa? Mungkin kamu makan lada..
Aku cadang kamu makan gula atau muntahkan saja..

Hei kamu..

ya kamu!

Sudah-sudahla tu..

Sunday, February 08, 2009

What am I good at?

I am not good at singing,

I am not good at dancing,

I am not good at writing,

I am not good at talking,

I am not good at painting,

I am not good at designing,

I am not good at cooking,
I am not good at a lot of other thing...

I am not trying to be good in everything but..

please Ya Allah, make me good at teaching…

Thursday, February 05, 2009

Attack!!!

SK Terusan sugut telah diserang!!!

Identiti penyerang:
1. Berbulu,
2. Bermata grey+hazel,
3. Fleksible,
4. Amat tangkas bergayut.

Masa Serangan:
bermula semasa cuti sekolah hujung tahun lalu dan cuti raya cina. Bermakna telah diserang sebanyak 2 kali. Hampeh!

Hasil/ Aktiviti Semasa Serangan:
1. Barang2 dapur rumah aku
2. Lencana Sekolah.
3. Stok susu sekolah.
4. Berbaring2 di karpet rumah aku
5. Melepaskan hajat di ruang tamu umah aku.
6. Kerosakan pada beberapa siling rumah-rumah guru.
7. Dan banyak lagi kerosakan-kerosakan yang lain.

Serangan Balas:
1. Senapang Angin
2. Buat bodo ja la, tak le buat apa lagi dah...



(Sorry Note: I got a picture of the attacker but our connection is too slow and uploading it took me forever..)

Wednesday, November 19, 2008

Tuesday, November 18, 2008

Kamu dan Cintaku

Aku yang lemah tanpamu. Aku yang rentan kerana cinta yang telah hilang darimu yang mampu menyanjungku. Selama mata terbuka, sampai jantung tak berdetak selama itu pun aku mampu untuk mengenangmu. Darimu, kutemukan hidupku. Bagiku, kau lah cinta sejati. Bila yang tertulis untukku. Adalah yang terbaik untukmu. Kan kujadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku. Namun takkan mudah bagiku meninggalkan jejak hidupku yang telah terukir abadi Sebagai kenangan yang terindah.
Yah aku adalah pencinta, aku sedang bercinta dan sedang mencintai seseorang. Aku tak kisah kalau kamu kata aku jiwang sebab aku adalah manusia dan aku punya anggota yang kita panggil hati. Hatiku adalah sesuatu yang agak sukar untuk aku kawal. Lalu aku biar ja hati aku melekat pada sesiapa yang ingin dipahatkannya. Kalau kamu cuba leraikan, maka rosaklah hati dan kamu kira masih adakah pengganti yang mampu memulihkan hati ini?

I am forever yours...

Well open up your mind and see like me/
Open up your plans and damn you're free/
Look into your heart and you'll find that the sky is yours/
Please don't, please don't, please don't/
There's no need to complicate/
Cause our time is short/
This oh this this is out fate, I'm yours!

I AM FOREVER YOURS...

Saturday, November 15, 2008

Comot&Comel


That boy with red arrow on his head is Mohd. DzulAzhar bin Nasran. But, well-known with his short but unrelated nickname: Arip (I wonder why...)

Sunday, October 26, 2008

Siapa Pencinta ku? Anda kah?

Doa Si Pencinta

Tuhanku…

Aku berdoa untuk seorang lelaki, yang akan menjadi sebahagian dari hidupku. Seorang yang sungguh-sungguh mencintaiku lebih dari segala sesuatu.
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi di hatinya. Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukku jua.

Wajah cantik dan daya tarik fizikal tidaklah penting, yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintaiku dan memerlukan kasih sayangku…

Dan dia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk siapa ia hidup supaya hidup tidaklah sia-sia. Seorang yang memiliki hati yang bijak bukan hanya otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku. Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku, tetapi juga boleh menasihatiku ketika aku berbuat kesalahan.

Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikkan tetapi kerana hatiku, Seorang lelaki yang boleh menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktudan situasi apapun.

Seorang lelaki yang dapat membuatku sebagai seorang wanita ketika aku berada di sisinya.
Seorang lelaki yang memerlukan aku sebagai penegurnya. Seorang lelaki yang sentiasa mendoakanku dalam hidupnya, seorang lelaki yang menginginkan diriku untuk membuatkan hidupnya menjadi sempurna.

Dan aku juga meminta padamu Tuhan…

Berikan aku sebuah hati yang sungguh-sungguh mencintaiku sehingga aku dapat mencintanunya dengan sepenuh hatiku pula, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku…berikanlah Rohmu yang lembut sehingga kecantikkanku datang dari mu bukan dari luar diriku…

Akhirnya kami bertemu dan aku berharap kami berdua dapat mengatakan “Betapa besarnya kasihMu kepada kami sehingga Engkau memberikan kesempatan buat kami berdua untuk bertemu”.

“Dan biarlah dia menjadi seorang lelaki yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”

Aku mengetahui bahwa Engaku Tuhan menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Engkau tentukan.
Dengan nama Allah Yang Maha Berkuasa. Amin.

Tuesday, September 23, 2008

cintaku di mana? :(

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"


Friday, September 19, 2008

Mana Satu Pilihan Hati
oleh: aisyahhumaira

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang..Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..”
Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
.............................
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
.................