Thursday, January 31, 2008

Emo

Bayangkan, jumpa orang yang betul2 di benci, lepas tu time tu pulak aku tengah pakai baju taekwando yang loose dan black belt. Pastu, orang tu sengih2 ja, lepas tuh aku angkat kaki kanan paras ngan belakang kepala dia, pastikan tapak kaki hinggap di tempurung kepala dia yang paling keras. Dengan segala tenaga yang ada, badan di hayunkan mengikut arah kaki kanan pusing menjejak tanah dengan keadaan dahi dia betul2 kena bucu atau batu yang tajam. Pastu pastikan kaki tidak berganjak sehingga betul2 puas hati dan kepalanya lenyek seperti memijak kepala nyamuk yang tidak berdaya.... Haha.. ganas ka? Sapa nak jadi korban? Kalau aku tengah marah ngan someone, aku tebayang aku buat camtu ngan dia. Tapi, bukan bermakna aku tengah marah sekarang ni, tapi emosi aku sentiasa berubah-rubah, monthly… Tiap kali emo marah datang, aku tebayang camtuh, kadang2 kepala sendiri pun jadik mangsa jugak.. hahaha... Mari emo lagi... yah!

Friday, January 25, 2008

emosi = tidur

Aku tengah beremosi sekarang ni... nak mogok tidur...
"Hei awak, mana ketenangan yang awak dah berikan? kenapa ditarik balik anugerah itu?'
Aku mau tidur lagi.. dan tidur.. agak-agak semua dalam fikiran aku akan hilang ke tak eh?
Aku mau tidur lagi... selamat malam...

Wednesday, January 09, 2008

Forwarded Notes

I got this forwarded e-mail from frens's fren.
"DI SEBALIK KEINDAHAN PASANGAN KITA"
Ada kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung. Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros. Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah. Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis:
'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya.' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan. Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yangberkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah. Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya. Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita:
'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.'Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah:
'Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
'(An-Nisaa:19)
Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali. Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya. Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.
'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (SurahAn-Nahl: 125).
Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat. Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah. Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.

Niece+Nephew

Dah habis rupanya cuti ujung tahun 2007, haha… aku masih lagi di sini… Lari dari tanggungjawab? Hell no!.. Ada urusan yang perlu diselesaikan. Memang cepat betul masa berlalu, tak sangka yang sekarang ni dah masuk 2008, semua orang pun merasakan yang sekarang ni masa berlalu dengan pantas sekali, malam dan siang berlalu dengan sekelip mata saja, bukankah itu menunjukkan bahawa memang telah wujud tanda-tanda yang dunia ini akan berakhir? SubhanAllah… Aku sedar aku banyak buat dosa dan sebelum aku menemuiNya, aku harap aku dah bersedia.
Sejak akhir-akhir ni, kesensitifan aku makin bertambah, aku makin lembut. Yah! Anda-anda yang pernah mengenaliku jangan terkejut ya kalau Jamal ini bukan Jamal yang dulu. People changed, so do I. Naluri keibuan pun dah meresap dalam hati, mungkin dah sampai seru kot untuk mendapatkan sketul dua anak.. hehehe.. Tak kawin cemana nak dapat anak ek?. Sejak balik ke Sabah dan banyak habiskan masa di rumah bersama anak-anak sedara, aku rasa macam best ja kalau ada budak yang panggil aku selain Makcik atau Auntie. Anak-anak sdara aku semua panggil mak dorang dengan panggilan Umi, insyaAllah nanti kalau aku dah ada anak suruh diorang panggil ”Ina’” means ”ibu” dalam bahasa Bajau. Mengekalkan tradisi itu penting, sapa lagi yang akan menyambung adat kalau bukan anak-anak sendiri kan ;). Aku akan pastikan anak-anak aku nanti tahu berbahasa Bajau. Balik rumah nenek dorang, kena cakap Bajau ngan nenek and atuk. Huh! patriotik sungguh! Hehehe.. macam best ja perancangan aku kan? Kawin dulu lah weh! Apa-apa pun kita hanya boleh merancang tapi Dia Maha Mengetahui apa yang akan berlaku kelak.
Apa perancangan tahun 2008 pulak? Aku dah nak masuk 27 tahun!! Omigad! Apa aku dah buat selama 27 tahun aku hidup nih? Memang banyak sangat benda yang aku mau buat sebelum umur 30, nak buat itu dan ini dan begitu dan begini. Selama ini, aku suka sangat bertangguh dengan harapan aku akan melakukannya pada tahun seterusnya tapi hakikatnya aku makin tua dan ada kemungkinan aku tak sempat untuk melakukan segala benda-benda yang perlu diselesaikan. Mungkin aku perlu jadi seorang yang kuat semangat dan tabah untuk mendapatkan apa yang dihajati.

Dignity vs Wishes

Mengusahakan sesuatu adalah jauh lebih baik dari tidak melakukan apa-apa walaupun adakalanya yang diusahakan itu gagal. Adakalanya sesuatu yang kita rasa adalah terbaik buat kita tidak semestinya kita perolehi walaupun dah berusaha, berdoa dan bertawakkal. Kalau tidak dapat juga apa yang dihajati, harus buat apa lagi? Perlukah bertawakkal sehingga ke akhir hayat? Mengharapkan apa yang dihajati akan ditemui di akhirat kelak? Tapi, selagi mampu untuk mendapatkannya di dunia, kenapa tidak gandakan lagi usaha? Adakalanya, usaha manusia boleh membawa kepada sesuatu yang lagi teruk, menjatuhkan maruah sendiri… Tapi, sekiranya usaha itu dilakukan semata-mata untuk mendapatkan kebaikan untuk diri sendiri, perlukah dilakukan sehingga boleh digelar tidak tahu malu?!..

Ada cerita seorang Hamba Allah, seorang perempuan mengaku yang dia sayangkan lelaki itu setelah dia perasan yang lelaki tersebut mempunyai perasaan jugak ngan dia.Tetapi kerana keegoan seorang lelaki, lelaki ini dengan terang-terangan mengakui yang dia tak mungkin menerima perempuan tersebut? Namun perempuan itu tetap berusaha kerana sebenarnya dia telah menemui sesuatu dalam diri lelaki tersebut yang dia rasa mampu membawa kebahagiaan kepadanya. Hanya Allah saja yang tahu... Patutkah perempuan tersebut menghentikan usahanya dan bertawakal sehingga ke akhir hayatnya dengan mengharapkan yang lelaki pilihannya itu akan menjadi suami kekalnya di akhirat kelak? Patutkah dia membuang rasa malunya dan berusaha untuk mendapatkan lelaki yang dia rasa mampu memberikannya kebahagiaan di dunia dan akhirat? Patutkah lelaki itu membiarkan saja perempuan yang dah hilang malunya itu, walhal dia pun rasa apa yang perempuan itu rasa? Patutkah lelaki itu mempertahankan keegoannya atau pecahkan saja untuk kebahagiaannya dan orang lain? Apa lagi yang menghalang manusia dari melakukan kebaikan di dunia ini? Hanya Allah saja yang tahu di mana akhirnya cerita ini...

Be careful of what you wish for coz u might gonna get it…