Wednesday, September 26, 2012

Aaira Safiyyah : pre-natal

Assalamualaikum...
Dah hampir dua bulan tak update blog... Semua gara-gara terkial-kialnya aku dengan gelaran baru 'ina'. Officially bergelar ibu pada 24 Julai 2012 kepada anak perempuan yang kami beri nama:

Aaira Safiyyah : yang terpuji dan suci...

Semoga dia akan memiliki sifat- sifat terpuji dan memenuhi impian kami berdua. InsyaAllah...
Untuk post pembukaan ni, aku nak cerita pasal pre-natal. Hari-hari sebelum Aaira lahir kedunia.

6 Julai 2012
Atas nasihat jururawat desa di Terusan Sugut, aku kuar untuk buat pemeriksaan sebab baby masih melintang sedangkan kandungan dah masuk 37 minggu.

7 Julai 2012
Balik Semporna. Yeay! Jumpa mak aku.

8 Julai 2012
Petang itu, tetiba perut aku menegang. Mak aku dah stat gelabah coz, baby tgh melintang lagi masa tu. Makcik aku cadangkan jumpa satu org macik bidan yg boleh betulkan balik kedudukan baby. Lepas maghrib, kami pegi rumah makcik tu. Dia urut sikit, tapi dia ckp sebab dah malam, baby tak lembut nak diurut, so dia suruh kami datang awal pagi esok.

Lepas balik dari umah makcik tu, kami pi Giant. Sempat lagi membeli-belah dalam keadaan perut menegang. Usai membeli belah, kakak aku cadangkan ke hospital sebab perut menegang adalah salah satu tanda nak bersalin. 

Bila sampai di wad kecemasan, nurse tu check, kepala baby masih lagi di kanan perut aku. Sedangkan dah tightening dah. Lepas daftar semua, tetiba nurse bagi baju kaler pink suh tukar baju sebab aku perlu terus masuk wad. Derrr, dah nak bersalin ke?

Memandangkan hospital Semporna tiada kelengkapan untuk menangani kelahiran melalui pembedahan, nurse tu siapkan kereta ambulans dan malam tu jugak  aku dikejarkan ke hospital Tawau. First time naik ambulans :). Perjalanan ambik masa 1 jam jek walaupun jalan agak bumpy. Aku tak tau la sebab jalan yg teruk ke atau ambulans memang direka untuk berhentak2 mcm tu. bumpy semacam jek.

Sampai di hospital Tawau dalam jam 1 am. Lepas buat urine test n semua2, doktor periksa kedudukan baby. Subhanallah, dalam masa sejam jek kepala baby dah turun ke bawah. Cuma doktor kata baby still floating jadi ada kemungkinan baby akan melintang balik. Dia suh aku masuk wad and tunggu dua tiga hari untuk pastikan. 

9 Julai 2012
Lepas subuh baru aku tetido.. Itupun, jam 8 dah bangun balik sebab tak selesa dengan suasana wad. Lepas tu aku dah tak tau apa nak dibuat lagi dah. Sangat bohsan. Nasib baik dalam wad tu ramai lagi ibu-ibu lain. Boleh laa di ajak berborak. Sehingga ke malam, aku just mundar mandir buat bodo kat dalam wad.

10 Julai 2012
Bangun dengan harapan dapat keluar pada hari ini. Pagi2, lagi doktor bgtau klu takda apa-apa, dah bole kluar. Jam 8 am tetiba aku perasan kesan darah dekat kain aku. Alemak! Takkan dah nak beranak. Doktor periksa aku pya bukaan. Dahla doktor lelaki plak tu.. Segan I... Tapi dia ckp still close lagi so dia discharge jek. Jam 4 pm baru aku kuar dr wad and terus balik Semporna. Yeay!

Lepas tu, seminggu aku duduk lepak jek kat umah. Sehinggalah hari keluar darah dan hari bersejarah kami... Tunggu next post la br crita pasal itu... Daaaa