shout it out!

Last Friday aku kuar bandar jap, nak beli something and try nak catch bank. Tapi tak sempat L. Sampai bandar sandakan pun da jam 4.30pm. humm.. kena tunggu next outing baru leh buat urusan. masa di luar tu aku berborak2 ngan kakak ipar aku tentang abang aku. Abang aku ni, sorang ja lelaki dalam family so perangai dia memang agak lain ngan lelaki2 lain. Dia jenis yang tak kisah apa ja yang kau nak buat ngan dia. Dia lebih suka buat kerja dari menyibuk2 hal orang. Tapi dalam diam2, kalau ada benda yang buat dia tidak puas hati and dia tau dia betul, dia akan buat something yang tak terfikir dek kepala.

Berbalik ke cerita kakak ipar aku tentang abang aku. Dia kata, masa mula2 kawin ngan abang aku dulu and masa tu abang aku masih lagi ngajar di Tomanggong (salah satu kawasan pedalaman jugak), abang aku kuar nak buat kad bank. Kali pertama tu, bank cakap tak leh buat hari tu, nak kena datang next week. Maka abang aku pun masuk la balik Tomanggong tu, and then minggu seterusnya, dia datang lagi ke bank. Tapi, benda yang sama pun berulang juga and nasib baik dia masih sabar lagi. Kali ke tiga dia pegi, and bila cik kaunter tu cakap benda yang sama, abang aku pun sekadar angguk faham ja pastu tetiba dia dah berdiri di atas kaunter bank tu and jerit ngan semua pegawai bank.Kakak ipar aku pun yang ada masa tu buat2 tak kenal ja ngan abang aku. Tepaksa la manager bank tu sabarkan dia and proses pembuatan kad abang aku selesai masa tu jugak.

Mungkin kejadian tu taklah teruk sangat tapi itulah yang sekarang ini aku nak buat sangat. Aku nak gi astro customer service counter and naik ke kaunter tu and jerit macam yang abang aku buat. Masuk bulan ni dah 7 bulan Astro aku tak berfungsi. Dah try decoder and kad dua2 pun ok and even da beli pemancar baru. Kalau nak salahkan signal, takkan la pulak. Sebab dah masuk 5 tahun da disc tu dekat situ and selama tu ok jaa. Steve pun da surrender berlegar2 satu Terusan Sugut semata-mata cari signal. Aku pun da tak tau nak buat apa ngan benda ni. Dahla kena jugak bayar tiap2 bulan. Memanglah RM 60 tu tak banyak, tapi kalau aku buat belanja budak2 ni makan, duit tu lebih dari cukup. Dah adu ke astro and kata nak masuk, bila dapat tau kedudukan Terusan Sugut, terus angkat tangan surrender. Aku nak tutup akaun pun tak bole, sebab terikat ngan kontrak 2 tahun. So, kalau Astro aku tidak berjaya dipulihkan maknanya, free2 ja Astro dapat duit aku tanpa bagi apa2 service.
Melampau! Aku nak buat apa hah!?
Nak tido ar!

Wednesday, July 08, 2009

stars...

Kepala ku pusing... aku seperti terlihat banyak bintang-bintang yang berputar pada paksi tertentu.
sambil menyanyikan lagu yang sungguh enak untuk aku terbuai entah ke mana.

Aku pusing, pening, tunggu terhantuk...

apa hal ni?

entah laa... sori.. agak berterabur entri ini.. tak perlu baca.. tak perlu lama2 di page ni.. ni luahan rasa yang tak berapa nak luah.. haiyaaa... apa ni???

hahahaha... aku gila! yah! itu kenyataannya!

kamu bole pergi saja atau ketawa seperti orang gila macam aku.. apadaa...

STOP!!!!
entri tiada kaitan dengan gambar ini.. sila abaikan...

Monday, July 06, 2009

space shuttle

Tingat masa kecik2 dulu, rasanya peredaran waktu itu sangat lambat sekali. Berjalan kaki waktu pagi ke sekolah terasa sangat lama dan memenatkan. Nak tunggu bunyi loceng rehat berbunyi sangat menderakan dan perjalanan balik ke rumah rasa-rasanya sangat susah nak sampai. Laluan perjalanan aku ke sekolah masa sekolah rendah dulu agak jauh dan sekadar berjalan kaki sahaja. Masa itu memang waktu terasa sangat perlahan. Bila cuti hujung tahun berakhir, macam dah sejuta tahun tak gi sekolah.
Bila da besar ni, baru terasa yang tempoh sehari itu sangatlah singkat. Kejap ja masuk ngaja di kelas, loceng menandakan balik sekolah berbunyi. Aku even tak sedar yang aku dah dua tahun ngaja di sini. Betulla, tanda2 kiamat semakin hampir adalah apabila masa itu berlalu dengan sebegitu pantas. Tapi masih ramai lagi yang leka, aku tak terkecuali. Masih lagi berlumba-lumba melakukan dosa. Masih lagi tidak berusaha untuk menambahkan bekalan. Di usia 28 tahun ini, aku sedar yang aku dah banyak melakukan sesuatu yang boleh menjadikan aku salah seorang ahli neraka. MasyaAllah..

Thursday, July 02, 2009

in deep thought

to be or not to be?
to change or not to change?
change with what? hmmm...

Wednesday, July 01, 2009

2 weekend 2 stories

2 weekend, 2 stories, tapi bole kenalpasti apa yang sama? hehehhehe


Last weekend : Another pantai trip

Sedang struggle mengeluarkan ikan yang terperangkap di pukat.
Sedang membakar ikan fresh!


Just now: Trip pusing Kg. Terusan Sugut.


Peeeweeet!!, cewek!!Generator yang membekalkan kuasa elektrik ke seluruh Terusan Sugut.

Balik dah... Thanks kids!

Sunday, June 28, 2009

bye..bye.. MJ

We Love u. U'll never be forgotten and u'll always in our hearts. U're legend and ur songs are the soundtrack to our lives.

Friday, June 26, 2009

Musim Emo Datang Lagi...

Kamu...

Aku tahu aku lemah...

Aku tahu aku berdosa...

Aku tahu aku lupa padaNya...

Begini rupa titik akhirnya?..

Aku pun tak sangka.

Belumpun baca habis email kamu...

Lalu emo itu mulai berlagu...

Kamu...

Bahagia nanti ya...

Aku tahu kamu memang disayangi Dia...

Monday, June 22, 2009