Wednesday, November 17, 2010

jamal kecil - part 2


Dalam family aku ada seramai 8 orang, sorang lelaki dan 7 orang perempuan... Paling bawah sekali, aku laa.. anak bongsu ni.. tapi bukan anak manja aaa... kami semua dilayan dengan sama rata oleh kedua ibu dan ayah yang sudah tua.. hehe.. mari aku senaraikan nama-nama kami sekeluarga.. unik tau!.. Bermula dari kakak sulung sehingga la last.. : Intan Baiduri (kak Intan), Mohd. Jat(Oto), Fatimah@ Norsidah(Kak Sidang), Noorazizah(Kak Ijang), Bunga Mayang(Kak May), Sabtiah(Kak Tie), Indah Rebiah(Kak Apek) dan Jamaliah(Amang,Jompo,Tomang,Adik). Banyaknya panggilan aku eh? hehehe.. mungkin sebab anak last kot, semua2 yg derang nak panggil ngan adik seterusnya melekat ngan aku jak.


Belakang umah kami ada banyak tumbuh2an yang bapa aku tanam. Ada rambutan, mangga, langsat, jambu air, jambu batu, manggis pun ada tapi kami tak penah makan sebab tak penah bebuah. Paling banyak adalah pokok kelapa, koko dan kelapa sawit.


Sebenarnya aku mau cerita pasal aku, kak apek dan kak tie yang cuba untuk mengait kelapa muda semasa kecik. Waktu kecik dulu, aku selalu kena buli oleh kakak2 aku. Mungkin sebab aku paling kecik dan comel.. ehem..ehemm... oleh sebab 3 orang paling bawah dalam adik beradik perempuan, jadi kami selalu buat benda sama2.. tapi ketua kami adalah kakak aku yang kami panggil Kak Ongkong (sekarang dah tukar nama jadi Kak Tie) sebab nama Ongkong itu rasa terlalu extrimist kot.. hehehe.. Kak Tie akan mengarahkan kami membawa galah yang panjang itu ke pokok kelapa.. bayangkan betapa panjangnya galah itu dan di hujungnya pula ada sabit yang tajam.. ditambah pula kami masa tu sangat kecik.. Mungkin dalam usia 5 - 7 tahun laa..

Bila sampai di pokok tu, kak Tie akan arahkan kami untuk tahan hujung galah dan dia pulak yang akan tolak galah tu sampai sabitnya naik ke atas. Tingat dulu, kalau kami terlepas jek galah tu, kena pelepuk kepala aku ngan kak apek. Dengan galah yang berat dan susah nak kawal sebab galah yang panjang. Memang kegiatan itu adalah yang paling extrimist bagi aku pada waktu itu.

Pastu, kami bertiga akan sama2 kawal galah itu dan mencari tandan kelapa yang kira2 sedang2 untuk dimakan isinya.. Adakalanya berjaya mendapat satu dan adakalanya sampai setandan kami turunkan... Kalau kelapa tu muda sangat dan tak sesuai untuk di makan, kami akan sembunyikan supaya bapa aku tak jumpa. Nanti kena marah.

Tapi selalunya misi kami akan berjaya dan kami sama menikmati hasil titik peluh dan ketukan kepala yang perit.

Aku balik baru-baru ni masa Deepavali dan masa tu bapa aku mula menjual pokok kelapa itu ngan orang. Orang tu nak buat kayu untuk perabot ke apa, tak tau la. Diorang nak ambik satu batang kelapa RM 10. So, berakhirlah riwayat pokok2 kelapa yang telah banyak memberikan kami kenangan manis....


SELAMAT HARI TAYA AIDIL ADHA!...
Bapa aku suda korbankan kelapanya... anda?

No comments: