Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Aidil Fitri 2011

Tahun ni giliran beraya di kampung aku di Kampung Tonggulangan, Semporna. Seawal 26hb Ogos, encik Arip suda fly ke Sandakan dan dari sana kami naik bas ke Semporna.

Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Namun hanya Allah yang menentukan. Menjelang malam takbir, kami di kejutkan dengan berita yang amat menyedihkan. Salah seorang makcik (isteri kepada adik bongsu mak aku) meninggal dunia. Oleh sebab itu, sebahagian besar ahli keluarga bergegas ke Sandakan. 

Tinggallah aku, kak tie, suami masing-masing dan anak-anak buah yang masih lagi tinggal di rumah pada pagi raya. Walaupun sedih, kami masih lagi berusaha untuk menyediakan juadah sekiranya ada tetamu yang hadir. 

Rancangnya tahun ni nak bergambar family (kami selalu terlepas bergambar family di hari raya) dan tahun ni pun macam tu jugak. InsyaAllah.. kalau lanjut usia, kita akan bertemu lagi di tahun akan datang. Jadinya, gambar pada tahun ini, aku dia dan kamu la. ehehehe... walaupun masih dalam keadaan sedih, tapi sempat la jugak melaram di pagi raya. :)



Wednesday, June 22, 2011

Kem Bina Insan SK Terusan Sugut 2011

Bermula pada Jumaat 17 Jun 2011, SK Terusan Sugut mengadakan Kem Bina Insan untuk pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6. Semuanya cuma seramai 31 orang. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik seperti yang dirancang... walaupun masa agak pack dan terkejar-kejar, tapi nampak semua pelajar telah menimba sesuatu dari kem ini. Alhamdulillah.

Jumaat:
Registration-Taklimat kem-Riadah-Makan-Solat-Ice Breaking-Kembara Malam

Sabtu:
Kuliah Subuh-Kawad-Mencari harta Karun-Ceramah-Ikatan-Penyelesaian Masalah-Latihan Persembahan-Riadah-Makan-Solat-Malam Kebudayaan-Malam Penghayatan
Ahad:
Kuliah Subuh-Kawad-Merentas Halangan-Majlis penutupan - Usai!





Aksi facis terlampau:


Kem ni bukan sahaja baik untuk murid-murid, malah mengeratkan kerjasama guru-guru semua... Sangat happy sebab kami semua macam satu family!.. u guys rocks!!

Tuesday, June 14, 2011

Showdown 2011

Showdown 2011 Top 8!

Ambik2 gmbr masa tgh line up nak tunggu turn masuk dalam hall... Walaupun encik suami nak bawa jenjalan sekitar i-city dulu. Tapi sebab aku risau kang tak dapat masuk.. ahahaha.. so naive laa Jamal.. banyak lagi space bole masuk.. ni excited punya pasal la nih..
8tv Quickie hosted by Zher and Prem.. nampak tak muka aku ngan arip? ahaaha.. kecik kat tepi.. kakak aku call and gitau derang ada nampak.. sipi-sipi jek.. heheeh...
Top 8 Crews:
StepholicHMC Phlow
Rokustep
Bounce Stepperz
Panic
Blazin Squad
Force 136
Elecoldxhot
Me after the show!.. puas!

Tuesday, May 17, 2011

Hari Guru 2011

Tanggal 16 hb Mei 2011. SK Terusan Sugut belum lagi buat apa2 majlis sempena Hari Guru memandangkan hari tersebut kena pada hari pertama peperiksaan pertengahan semester. So, majlis akan di pospone ke hari lain yang akan diberitahu kelak. Semasa rehat. Budak yg duduk di riba aku itu namanya Zulwah Zulaiqha. Salah seorang budak pemulihan aku jugak. Budak ni special sikit. Mungkin aku akan blog tentang dia.


Namun begitu, pada sebelah malamya, guru-guru telah mengadakan majlis tertutup barbecue di perkarangan rumah. Thanks to each and everyone yang hadir dan sama2 berasap bakar ayam dan ikan dan juga berjaya menghabiskan makanan-makanan... Buat camni tiap2 tahun best jugak nih!And here some pictures during our barbecue night:

Encik Bos yang sedang karaoke..
Konco-konco pembakar sayap, Cikgu Hazman dan Cikgu Jimran serta bunga-bunga Cik Rohaineh dan Puan Jamal.Berasap!
Wanita-wanita yang hadir: (siap ada buaian baby lagi.. ehehehh)

Wednesday, January 26, 2011

2nd Anniversary

27 Disember 2010

Suda sebulan berlalu, rasa macam semalam jak. 27hb, kami baru balik dari Pangkor, badan masih penat. Pepagi rancang nak pi Bukit Tinggi tapi sebab encik Somi masih lagi kurang tenaga, kami end up mencari tempat lunch sahaja dan memusing2 di sekitar Kuala Lumpur.. Begitu la cara kami menyambut ulang tahun kami yang kedua!.. moga selepas 2 tahun ini, cinta kami semakin mekar dan berkembang sehingga ke akhirat sana.. doakan yang terbaik untuk kami yaa..

Lokasi: La Bodega Deli, Bangsar.

Pembuka Selera: Croquetas De Cebolla Y Manchego Sobre Mojo Rojo. (mak aih, panjangnya nama menu ini.. nak sebutpun tebelit2 lidah).. Tapi just sebut Tapas. What is Tapas? click here

Menu Utama: Beef Lasagne. Memula Arip yang order Lasagne and aku order Spagetti de Mare. Tapi spageti tak sampai2. Rupanya adik tu lupa ambik oder kami tu.. adeh.. pastu, kami just cancel jak and puas hati ngan makan shared lasagne.

Pencuci Mulut: Ok, aku tak ingat apa nama kek yang kami makan ni.

Friday, January 07, 2011

Weekender @ School Holiday

1st Weekend:
Warisan Global Sdn. Bhd. Lebuh Ampang, Kuala Lumpur - Menemankan encik suami yang bekerja di hujung minggu...
2nd Weekend:
Bukit Tabur, Taman Melawati... Sangat best tapi agak dangerous dan menyebabkan aku hilang keyakinan sedikit.. Nasib baik ada encik kesayangan dan pacik cina yang baik hati... More info on arief

3rd Weekend:
MAHA 2010, MAEPS Serdang... Sesak.. tapi sangat informatif... Kami naik kuda!...Menonton Teater Natrah di Istana Budaya.. Baru 3 kali tgk teater... (Ini bukan weekand ar). 2 Teater yang aku tgk sebelum ini di KLPac dan PJLA.. di support oleh company, kira ni 1st time beli sendiri..
4th Weekend:
Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor... Besh.. Tapi hampir seminggu susah nak duduk tahayyat...
5th Weekend:
66th Monthniversary... Berjaya Time Square, Kuala Lumpur.. Sudah semestinya ingin menikmati Chocolate Indulgence di Secret Recipe... Sekali tiada daaa... New York Cheese pun sodap!
Menonton "Tron Legacy" di 3D IMAX... 1st time gak...
6th Weekend:
Pangkor Island.. KKS Family Trip.. (akan dihapdate tentang full report.. bergantung dgn kelajuan tenet)Stadium Nasional Bukit Jalil... Menonton Suzuki Cup 2010 - Harimau Malaya vs Garuda - Final Leg 1 dengan score 3-0!! Sangat berbaloi melupakan kepenatan balik dari Pangkor bila melihat Harimau mengaum di depan mata! Roaarrrrr!!!

Final week (weekdays is a weekend for Mr. Arip).. hahaha
2nd Anniversary -
Anniversary Day 1:
Lunch at La Bodega, Bangsar (Will write more bout it.. later)
Bercinta2 di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur
Anniversary Day 2:
Colmar TropicaleJapanese Tea House