Sunday, April 26, 2009

Venomous

Beberapa minggu lalu aku didatangi sekor sang tebuan punggung merah. Mula2 aku buat tak kisah ja. Konon nature lover. Pastu beberapa hari dia bawak geng. Jadi lah 4 ekor. Aku just berharap diorang jumpa tempat lepak yg lain. Tapi dah seminggu tak alih2 jugak so aku pun mula halau [taknak letak ‘bunuh’ coz agak kasar ;)]. Maka bermula la peperangan aku dengan kawanan tebuan. First attack aku ingat 4 ja, rupa-rupanya aku tak sedar yang aku dah bunuh sampai 20 lebih. Rupanya selama ini aku diperkotak-katikkan. Lepas tu aku lega…

Pagi besoknya, tetiba 2 ekor lagi lepak2 di bilik aku. Aik! Ada lagi? Akupun, takpa la biarkan ja dulu. Biar punya biar, da semakin ramai plak. Aku pun memulakan semula peperangan aku dibantu oleh hosmet. Kami tegelak ja masa acara bunuh2an itu. Kami just sempat bunuh dalam 7 ekor bila diorang balas balik serangan itu. Mungkin marah sangat ngan aku. Sekor dari diorang telepas pi kepala aku. Hoh! Bedenyut kepala aku serta merta. Seriyes! Macam mau pengsan ngan sengatan dia. Bisanya macam kena patuk ular [macam la aku penah kena patuk ular ;P]. Sepanjang hari tu kepala aku berdenyut2.

Pastu, esok nya, sengatan yang kena di kepala tu dah beralih ke dahi pulak. Hari Isnin hari tu, bengkak di dahi tak ketara sangat sebab tertutup dengan tudung. Hari Selasa, menular sampai ke mata. Huhuhu.. bengkak macam mata and dahi Hunchback of Notre Dame. Buruk tul muka aku. Setiap orang akan tanya apa jadi ngan muka aku. Then, one of guard sekolah tu offer nak halau tebuan2 tu. Dia alihkan almari, sembur lubang tikus dekat belakang almari aku then tutup lubang tu. Sampai sekarang lubang tu belum tebuka lagi and Alhamdulillah tiada lagi tebuan yang berterbangan sana sini di bilik aku. Tapi bisa sengatan beliau tetap dalam ingatan.
Sakit dooo

4 comments:

roznifa83 said...

bahaya doo..ni da pulih lum??

dust said...

woohh..get well soon bebeh

SrikanDiCinTa said...

jamal.... mau tengoklah mata mu tuee...

jamal said...

rosz: dah comel balik da.. ekekeke
nas: thanks
Srikandi: nanti aku kuar kita tengok2an ekeke