Saturday, April 11, 2009

1 week more

Seminggu lagi selesai la praktikum, 17hb April adalah hari akhir. Alhamdulillah. Tinggal nak tunggu interaksi Jun, seat for exam, gi btn, KISSM. owh... belum selesai lagi rupanya. Banyak jugak nak settlekan sebelum bergelar Guru Sandaran Terlatih. Still Sandaran ok... Nak tunggu jadi Guru Terlatih kena tunggu beberapa tahun lagi. Perjalanan karier aku baru bermula sebenarnya.

Hari rabu hari tu Pensyarah Pembimbing aku selamat sampai di Terusan Sugut. Aku pun agak terkejut jugak sebab menurut perancangan asal, beliau hanya akan sampai minggu depan. Alih-alih, lepas rehat hari Rabu tu dia dah sampai. Nak kata ready, taklah 100%. Ada beberapa RPH yang aku tak transfer ke komputer. Aku just pakai tulis tangan ja. Hohoho.... ini semua gara-gara sikap bertangguh aku yang terkutuk itu!. Huh! Harus dihapuskan... Nasib baik Encik Hussein itu baik orangnya. Memahami dan masih kosong dua lagi. hehehehe.... Apa-apapun, bila dia dah sampai dan melawat, aku pun rasa lega.

2 comments:

~nasrah~ said...

aku masuk KRS! next week ada camping.

jamal said...

bestnya bole camping, aku pun mau tapi kami tak sempat. Join?