Friday, December 21, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Terkadang kita perlu mengorbankan sesuatu untuk kebahagiaan insan lain..
Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Dedication

I dedicate this post to one of my new friend.. You know who you are.

Knowing u is like looking to a new dawn..Thanks... ;)

Kami Guru Malaysia...

Assalamualaikum...
Dah lama sangat blog ni berkulat, nak cerita terbaru memang banyak cuma masa yang tidak mengizinkan. Paling latest saya diterima masuk ke IPTS, bukan instituti pengajian Tinggi Swasta yaa.. Tapi, Institut Perguruan Tawau, Sabah. Alhamdulillah, bila masuk sini maka peluang untuk mendapat jawatan guru sah dan terlatih akan cerah, insyallah... Tak lah menyandar-nyandar cam sekarang. Ni aku letak beberapa keping gambar masa MPPB (Minggu Pengurusan Pelajar Baru) mostly bukan saya yang ambik gambar ni, some of the AJK and friend. Masa MPPB, cam kembali ke CK camp semula, huh! Tingat balik pekerjaan yang dah sebati ngan darah aku selama 3 tahun di WGSB, mlm ice-breaking ja buat logo and all that kind of thing, AJK even ajar nari Chicken Dance.. Aku senyum jaa.. I've been doing these over and over... Rindu ngan CK Camp sangat2!

Ikrar Guru beb... Takleh main-main

Barisan Guru-guru Wanita KPLI-KDC Pemulihan Ambilan Nov 2007


Barisan teruna dan bukan teruna KDC Pemulihan yang makin pupus ;P

Barisan AJK MPPB tgh ngajar menari Chicken Dance

Friday, October 26, 2007

Masih Hari Raya kan?

Masih belum terlambat mengucapkan selamat hari raya kan?? Kepada kengkawan yang tak sempat di sms sempena hari raya hari tu, aku minta ampun maaf ya.. Mungkin korang punya perayaan bukan HAri Raya kot, nanti hari Krismas aku anta lagik. Aku dah masuk di Terusan Sugut ni sejak 21hb oct lagi... Masa di luar tak sempat pulak mau update blog. Penat melayan makanan di dapur.. hehehe.. Masa raya aku memang agak pelik kali ni, aku tak sempat pakai baju raya hari pertama sebab tuh la.. sibuk ngan makanan.. tak dapat nak sedondon ;)
Tak da update yang best, tak banyak benda nak diceritakan.. sama ja aktiviti aku sehari-hari... NAk jugak upload gambar anak-anak sedara aku main mercun... comel-comel belaka.. Nanti la, bila akuada kesempatan, connection pakai usp ni payah sikit. Yalah, pakai pc community, nak pakai lama-lama kena agak-agak la... Insyaallah.. Kalau menara itu sudah berfungsi dan encik Celcom itu melakukan tugas yang sepatutnya aku akan online setiap hari.. Mana la tau ada rezekia aku amik internet celcom.. Tapi tak tau la kalau remote area dia tak support. Apa-apahal, tunggu ja En. Menara itu siap. Kepada kengkwan yyang aku tak sempat jumpa masa lawatan sambil belajar aku ke KL hari, aku tidak bermaksud untuk tidak menghubungi kalian.. Tapi nak buat cemana... Sibuk menunggu... ;)

Monday, September 03, 2007

My 50th Merdeka Celebration

Aku suka fireworks, suka sangat and dah tentulah di Terusan Sugut takkan ada fireworks kecuali pemandangan taburan bintang-bintang yang memang sentiasa mengujakan aku setiap malam. Aku ada gak try amik gambar-gambar bintang waktu malam especially kat tengah padang sekolah tuh. Mungkin best kalau aku berbaring kat tengah-tengah padang tu sambil menikmati keindahan bintang. Amazing...
Malam di Ambang Merdeka pegi separuh ja, encik Arip kena buat keja and dia just sempat ambik aku jam 11.45pm. 15 minutes sebelum counting merdeka. Tapi oleh sebab di dataran merdeka fireworksnya lambat meletup, sempat la jugak tengok beberapa das.
Perarakan aku tengok kat TV ja sebab bangun lambat, sempat la tengok perarakan Maxis yang ada baju yang best tapi perbarisan yang hehe.. *sensored*... Sian ngan Arip lagi...
Semalam (2 Sept) malam final fireworks competition di PICC Putrajaya. Alhamdulillah, sempat gak tgk walaupun dari jauh. Thanks to my hubby... Aku tau kau akan melakukan apa saja untuk membahagiakan aku. Walaupun dia kena keja ujung minggu tapi sempat gak anta aku pi Putrajaya and tengok fireworks tuh. Tapi, yang sedihnya lagi,aku tak bawak kemra, bukan tinggal kat Sabah tapi kat umah kakak aku ja. Apa tah bengong!
Ya, aku bercuti kat KL sekarang. Berjumpa kawan-kawan ex-officemate. Seronok tengok tempat keja lama, banyak dah berubah tapi sekarang ramai takda kat ofis, kuar pi out-station kat sana sini. Hmm... rindu la pulak keja camni, keja jalan pi sana-sini, tido hotel free, mandi kolam...

Sunday, September 02, 2007

Life goes on..

Hai Guys!
Huh! Lamanya tak tulis cerita-cerita baru. Pada yang tau.. tau la.. pada yang tak tau... Ni aku nak bagitau.. Aku dah terperuk kat satu pulau yang dipanggil Terusan Sugut kat Beluran. Dah masuk 4 bulan aku di situ. Banyak sangat benda nak dikongsi tapi bila dah lama, tak tau nak mula dari mana. Hidup aku selama 4 bulan di situ, tenang dan aman damai ja. Tiada bunyi hon keta, takda enjin keta, takda bunyi enjin moto, even takda bunyi henset call in atau sms. Rasa macam kembali ke zaman 50-an. Alat perhubungan hanyalah bot dan public phone yang hanya ada sebijik, at least ada la jugak.. Alhamdulillah...

Sebagai guru pemulihan, memang banyak cabaran. Nak ngajar budak dari tahun 2 sampai tahun 6 yang masih tak boleh membaca atau bacaan tersekat-sekat. Memang banyak cabaran dan sentiasa memerlukan idea-idea yang boleh menjadikan diorang faham apa yang diajar. Adakalanya, bila benda yang aku dah ajar pada hari Rabu diulang semula pada hari Jumaat, still dorang tak dapat lagi. Adakalanya selama beberapa minggu ajar benda yang sama kepada budak yang sama, tapi kena la dengan cara yang berbeza. Kena banyak idea-idea yang mampu menarik minat diorang masuk ke kelas aku. Alhamdulillah, setakat ini budak-budak ni berminat nak masuk kelas pemulihan, adakalanya sampai datang sendiri ke kelas tu di luar jadual and minta aku tgk diorang membaca. Memang terharu ngan budak yang macam tu. Tapi bukan semua budak befikir benda yang sama, ada jugak yang kena ingatkan jadual and aku tepaksa pegi ke kelas diorang untuk masukkan ke kelas aku. Macam-macam ada...

Kelas Pemulihan meliputi Pemulihan 3M, Membaca, Menulis dan Mengira. Setakat ini aku just bukak kelas untuk membaca dan menulis ja, untuk kelas mengira tunggu lepas cuti kot baru aku nak arrangekan jadual baru. Banyak lagi aku tak tau pasal pemulihan ni, nak ajar suku kata orang dengar memang senang tapi bila dah yang diajar tu susah sangat nak menerima dan mengajar jugak kena ada skill, guru baru cam aku memang banyak yang kena belajar. Alhamdulillah, Insyaallah dalam bulan November nanti aku akan diberi kursus di Maktab, cuma tak tau lagi maktab mana satu.
Di Terusan Sugut ni ada dalam kira-kira 100 keluarga, dan setiap rumah itu saling berkait keluarga antara satu dengan yang lain, kira berbau-bau bacang la semuanya. Orang-orangnya pun peramah dan baik hati. Apa taknya, hujung minggu ja adalaa lauk-lauk yang dihantar. Kalau tak pun, diorang jemput datang pi umah diorang semata-mata untuk makan-makan ja. Sebagai guru baru yang berkemungkinan akan berada duduk lama di situ. aku memang kena berbaik-baik ngan semua orang. Pastikan setiap jemputan diorang tu dipenuhi dan setiap aktiviti kampung harus disertai. Setakat ini, aku join Kelab Wanita Sihat dan diorang dah menganjurkan Pertandingan Poco-poco, lupa plak sebenarnya diorang dah bertanding 31hb yang lalu. Aku sepatutnya join gak, dah turun latihan hampir setiap hari walaupun aku tau aku tiada di Terusan Sugut masa hari pertandingan, hehehe... yang penting aku dapat membuat aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh.

Termasuk aku, ada 13 orang Guru yang mengajar di SK Terusan Sugut, budak-budak just ada 1 kelas untuk setiap darjah. Tak ramai pun.. Sejak 4 bulan di Terusan Sugut, aku telibat dalam 2 aktiviti sekolah, Kejohanan Olahraga Tahunan dan Kem Jatidiri. Untuk sukan sekolah tu, aku dah meng'apply'kan Tarian Chicken Dance untuk persembahan. Sorry guys.. Can't resist this dance. BUdak-budak dan semua penduduk kampung suka ngan tarian tu, tiap kali muzik chicken dance dipasang, badan budak2 tu mula la begoyang-goyang. Best betul tgk diorang ;)

Ni ada beberapa gambar yang aku sempat ambil masa sukan tu, tak banyak yang aku ambik sebab hari tu aku jadi MC.

Chicken Dance
Lari 80M Kategori Pra-sekolah
Perbarisan Rumah Sukan, Aku punya budak umah Biru

Wednesday, June 27, 2007

Aku n terusan sugut

Seronok lak bila dah connected. minta2 berterusan la... Masuk minggu ni dah 3 minggu aku berada di Terusan Sugut ni. 2 3 hari yang lalu telefon rakyat depan klinik desa itu suda berfungsi. Bernafas sikit la aku. Can u imagine, klinik desa yang selalu menjadi bualan masa aku di opis WGSB dulu kini menjadi salah satu tempat yang aku selalu lepak coz depan dia ada telefon rakyat dan aku salah seorang pelanggannya.
Kehidupan aku di sini much better than exected. Walaupun setiap hari aku kena angkat air pakai baldi, but i accept it as an exercise. Lepas ni mesti lengan aku bermuscle. As for electric, selang sehari akan terpadam pada sebelah petang, kalau petang isnin padam, petang selasa kami akan berada dalam kepanasan yang membara. Tapi hidup aku gembira ja sini. Jumpa ramai orang kampung yang baik. Aku even join Kelwasih (Kelab Wanita Sihat) Terusan Sugut. Kami akan mengadakan tarian poco-poco every weekend, selasa dan khamis. Memang sihat la kalau tinggal lama di sini. Then, 31hb nanti ada pertandingan lagi, aku telah menjoinkan diri.
Next week ada temasya sukan, aku di assign ke rumah biru. Sejak last week dah berlatih kawad.

Get connected

Hari ni dengan gembiranya aku mengumumkan yang aku dah boleh connected dengan dunia luar.. hehehhe... best..best.. tapi tak leh lama2 coz slalu disconnect. Takpa la at least ada sikit crita2 yang boleh dikongsi..

Monday, May 28, 2007

something to share

15th May 2007 - Time to leave..
Flight jam 2pm dari LCCT-Sandakan.
16th May 2007 - Officially called 'Cikgu Jamaliah'

Selamat hari guru kepada guru2 di seluruh Malaysia. Hari ni hari 1st aku dipanggil cikgu, kami ada taklimat di bilik Seri Manis, Rumah Persekutuan Sandakan. The guy in the middle itu adalah En. Kasim Buntak, Penolong Pengarah Bahagian Sekolah Rendah aka the guy yang interview aku the other day.

21st May 2007 - SK Terusan Sugut.
Bertolak dari Sandakan ke Beluran jam 9am lebih and sampai dalam jam 11.30am. Ada sedikit salah faham ngan jeti kat situ coz ada 3 jeti, nasib baik orang kat jeti yang kami pegi tu bagitau yang bot dia tak sampai Terusan Sugut and dia cakap, kalau nak pi Terusan Sugut memang payah sikit, kena ada orang yang dah biasa pegi. Mak aku dah risau dah, dahla aku pompuan, naik bot lagi jauh2, pastu tak tau lagi tempat tu cemana, pastu comel lagi.. ekekekekee ;p. Jeti ke Terusan Sugut rupanya terletak bersebelahan ngan jeti tu and nasib baik kat situ ada pacik boatman yang dah biasa antar guru2 ke Terusan Sugut. Huh! Nasib baik tul, kalau tak, entah tersadai kat mana la aku ngan beg yang besar gedabak tu. . Thank god!

Ina' and Amma' risau nak lepaskan anak dara mereka ke Kawasan yang jauh...

Perjalanan menaiki bot ke Terusan Sugut (pst:Beg besar tu beg aku)

Hari pertama masuk ke kelas.. berdebar gak.. comel betul budak2 nih!

where I belong... SK Terusan Sugut..Tower of Hope...

Sunday, May 13, 2007

my letter


last good bye

First time aku tulis blog pakai PC cc, ingatkan nak anta resignation letter tapi pc ni tak detect usb lak. yes! resignation letter... Finally I have a gut to write it. I am going back to my homeland, thanks my dear frenz, u guys has been good to me. Aku tak tau bila aku ada masa lagi nak tulis blog. Kalau ada update, maknanya aku keuar dari Terusan Sugut tempat di mana aku akan berkhidmat nanti. Melalui little info yang aku dapat, it takes 4 hours by boat to reach that village. Hoohoo... I'll be silence for a long time. And for those yang selalu smsing, maybe there are no signal and please be informed that my number gonna be idle for a long time. I am grateful for what i have been thru here.. Good Bye my friends.... Miss u all already... :(


All my bags are packed, I'm ready to go
I'm standin' here outside your door
I hate to wake you up to say goodbye
But the dawn is breakin', it's early morn
The taxi's waitin', he's blowin' his horn
Already I'm so lonesome I could die

So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go'
Cause I'm leaving on a jet plane
I don't know when I'll be back again
Oh, babe, I hate to go

Tuesday, May 08, 2007

terusan sugut, any info?

BELURAN: Terusan Sugut is a pale shadow of the days when it was a vibrant trading post. There was a time when the island supplied venison, resin, beeswax, spices and even timber to others. But this ended when many families moved to the mainland. Today, there are only 100 fishing families on the island. Dandan Oyong said the only activity left for the local populace was fishing which provided an adequate living. "Everyone catches or sells fish for a living. "This is a far cry from the old days when we supplied a variety of forest products and seafood to others."
Beluran Member of Parliament Datuk Ronald Kiandee said the rapid development on the mainland would not affect the island. "Terusan Sugut will remain significant. Despite its laidback surroundings and lifestyle, the island is a vital link for many fishing villages in remote locations.
"The presence of two residents as fish wholesalers also helps keep the economy strong," Kiandee said. Seafood still fetches a reasonable price with garoupa, mangrove jacks, billet and prawns sold between RM3 and RM8 per kilogramme. However, the wholesalers are facing competition from those who buy in bulk at coastal villages.

Monday, May 07, 2007

perak 1


Hari ni dah masuk hari yang ke 5 berada di Hillcity Hotel & Condo Ipoh, Perak. 1st day dah catch flu, hidung berair and since semalam, I've lost my voice.. woohoo.... poor me. Takle nak communicate ngan baik bukan sekadar ngan participant, ngan kengkawan faci pun percakapan terbatas. Nasib baik tekak tak sakit, it just takle kuar suara. Dah buat macam2 untuk hilangkan penderitaan ini, strepsil dah berbiji-biji, vicks dah sapu seluruh badan.. eekkeke.. air dah berbotol-botol and suda pasti dah beratus-ratus kali masuk toilet. Menderita tul...

Monday, April 30, 2007

new

Yeyeye... beli kemra baru. Panasonic DMCFZ-7. Pusing-pusing kat low yat, and bejumpa ngan sales assistant yang cute dan baik hati. Sapa-sapa nak beli kemra atau aksesori yang berkaitan, sila la ke kedai Bintang Maju kat Ground Floor Low Yat and berjumpa ngan Mr. Nicky. Hehehe.. promosi untuk penjual yang baik hati...

Friday, April 27, 2007

in the name of love


Semalam menonton teater buat pertama kali seumur hidup di Pentas 2, KLPac. Teater bertajuk 'In The Name of Love', solo performance by Sabira Shaik, directed by Christopher and written by Ramli Abdullah, botak guy yang berlakon dalam Red Kebaya. Puan Sabira Shaik ( WGSB chairman's wife) melakonkan 3 watak dalam 3 scene berbeza. Aku tak tau nak elaborate coz aku tak berapa into teater but I enjoy the show. ;)

Tuesday, April 24, 2007

LIA?

Hari pertama masuk ofis sejak 2 minggu. Rasa pelik pun ada. Semalam tgk Jangan Pandang Belakang ngan Encik Arip. Lawak gak movie ni, sepatutnya seram tapi ada part hantu yang membuatkan satu bilik tu tegelak. Bengong punya hantu.


Camp Melaka 2 went well. Ending yang cukup best dan tidak memudaratkan. Satu ja yang aku takleh blah, nyesal coz introduce diri pakai nama Liah. Cibai betul! ingatkan nak ubah sikit untuk camp2 2007. Tapi memang takleh blah, hari first dah nyesal and tersasul-sasul lagi masa ngaja budak kat kelas. Faci2 lain panggil Jamal tapi budak2 panggil kak Liah. Budak aku pun heran and tersasul panggil aku kak Jamal instead of kak Liah. Apetah pakai nama tuh! haiya! nightmare tul! sendiri punya pasalla... Sapa suruh gedik tuka nickname. Haiya!

Friday, April 20, 2007

masa itu emas

Masa itu sangat berharga, dan untuk faci di kem masa yang terluang haruslah di isi dengan tido. Takleh nak tulis blog cam kalau kat ofis. So far camp Melaka 2 kali ni ok la. Participant memberikan sepenuh kerjasama. Even sekarang ni pun ada masa terluang sebab cikgu tgh practising dikir barat diorang. Lepas ni ada de-brief lak. Tapi aku suka being busy, terasa masa berlalu.. esok closing.. and balik the next day.

missed

Besok dah closing day. Tak sabar nak balik, jumpa someone. Hari tu jumpa dia kejap ja, fly back dari Sabah, singgah ofis pastu dia antar pi umah, malam tu dia singgah umah jap, pastu aku kena pi Melaka pulak. Hmm.. Aku balik 22hb, dia ada final exam 23hb.. nak kacau ke tak?? hmm... miss him... badly...

Monday, April 16, 2007

Budak2

Last week, sebelum sampai pi Semporna aku singgah kat Sandakan tido kat umah abang aku. Jumpa my only kak ipar sebab aku ada sorang abang ja. She said ina' slalu cakap ngan dia yang dia rindu ngan kami (menurutnya, Ina' memanggil kami '3 budak kat KL', me and my 2 sisters). Mungkin Ina' masih lagi merasakan yang kami ni budak2 and still memerlukan pemerhatiannya. Mungkin dia tidak sedar yang even anak bongsunya ni dah berumur 26 tahun! maybe sebab kami belum kawin kot so she tot that kami masih budak2. Ina' cakap lebih baik duk kat umah ja daripada jauh dari dia.. Pulak tu duduk kat KL, kalau kat KK, dia boleh terima lagi. Aku balik last week pun sebab sesuatu yang memungkinkan aku untuk balik and duduk di Sabah, mungkinkah doa Ina' akan termakbul?. Sekiranya semua apa yang diharapkan akan dikabulkan oleh-Nya, anda2 semua akan hanya melihat aku tru this blog. Aku takleh nak mengharap sangat, kalau dapat alhamdulillah and kalau tak pun alhamdulillah, aku tau aku still ada kawan2 yang still terima aku kat sini. wink*
Ps: Ina' = Emak (dalam bahasa Bajau)

Sunday, April 15, 2007

"Diam!" bak kata Shin Chan

2 minggu lebih aku tak post apa2. Bukan tiada cerita tapi aku begitu dibusykan dengan banyak hal. Last week balik kampung kat Semporna, actually balik Sandakan first baru balik semporna, ada hal personal yang perlu diselesaikan. Week before tu, busy gilak ngan preparation camp. And now, aku berada di Hotel Sri Warisan, Ayer Keroh Melaka. Insyallah... segala cerita-ceriti akan di upload bersama gambar, termasukla gambar-gambar anak sedara aku yang dah tak kenal aku.. huhuhu sian.. Buat masa sekarang aku mau pi makan dulu.. Hihoo...