Sunday, April 26, 2009

Venomous

Beberapa minggu lalu aku didatangi sekor sang tebuan punggung merah. Mula2 aku buat tak kisah ja. Konon nature lover. Pastu beberapa hari dia bawak geng. Jadi lah 4 ekor. Aku just berharap diorang jumpa tempat lepak yg lain. Tapi dah seminggu tak alih2 jugak so aku pun mula halau [taknak letak ‘bunuh’ coz agak kasar ;)]. Maka bermula la peperangan aku dengan kawanan tebuan. First attack aku ingat 4 ja, rupa-rupanya aku tak sedar yang aku dah bunuh sampai 20 lebih. Rupanya selama ini aku diperkotak-katikkan. Lepas tu aku lega…

Pagi besoknya, tetiba 2 ekor lagi lepak2 di bilik aku. Aik! Ada lagi? Akupun, takpa la biarkan ja dulu. Biar punya biar, da semakin ramai plak. Aku pun memulakan semula peperangan aku dibantu oleh hosmet. Kami tegelak ja masa acara bunuh2an itu. Kami just sempat bunuh dalam 7 ekor bila diorang balas balik serangan itu. Mungkin marah sangat ngan aku. Sekor dari diorang telepas pi kepala aku. Hoh! Bedenyut kepala aku serta merta. Seriyes! Macam mau pengsan ngan sengatan dia. Bisanya macam kena patuk ular [macam la aku penah kena patuk ular ;P]. Sepanjang hari tu kepala aku berdenyut2.

Pastu, esok nya, sengatan yang kena di kepala tu dah beralih ke dahi pulak. Hari Isnin hari tu, bengkak di dahi tak ketara sangat sebab tertutup dengan tudung. Hari Selasa, menular sampai ke mata. Huhuhu.. bengkak macam mata and dahi Hunchback of Notre Dame. Buruk tul muka aku. Setiap orang akan tanya apa jadi ngan muka aku. Then, one of guard sekolah tu offer nak halau tebuan2 tu. Dia alihkan almari, sembur lubang tikus dekat belakang almari aku then tutup lubang tu. Sampai sekarang lubang tu belum tebuka lagi and Alhamdulillah tiada lagi tebuan yang berterbangan sana sini di bilik aku. Tapi bisa sengatan beliau tetap dalam ingatan.
Sakit dooo

Saturday, April 25, 2009

La..la..la... Lagu Rindu

Ruang Rindu
Letto

Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke ujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada
Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi
Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut mencari makna
Tumbuhkan rasa yg sesakkan dada
Chorus 2x:
Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu
Bertemu
Aku sedang merindui kamu.

Saturday, April 18, 2009

Pep talk

Why should I trying be somebody else rather than me? Life is too short to not to be myself. There are times that I have to be someone else, act like someone else and speak like someone else. I am a teacher and teacher should model as best as we could.
Smile with tears inside, laugh with cry inside, calm with rage inside, happy with angry inside.

Yes, I am not living my dream but I am grateful with what I am doing. I do pray to Allah to make me the best teacher for my pupils and wipe all the dirt splashes on my heart. I am not an angel. I am a human, a priestess sometimes and a sinner most of the time.


I need a pep talk. *sigh*. Little bit down these few days..

Smarter Bird ;)


Don’t blame me if this bird is smarter than the others. It is going to school indeed. Got this flying greenish thingy on my hand while busy explaining math to those kids. Luckily, I got my camera ready and just snap..snap! I wonder what I am going to meet next time in the future. Monkey? Or a Bujang Senang.. hohoho.. my pleasure… Bole jadi Steve Irving jap.

Tuesday, April 14, 2009

Papa!


Hai papa! How are u? r u alright? I want to talk to you like it use to be. What r u doing today? Are u happy? Are u sad? or missed someone?

Saturday, April 11, 2009

1 week more

Seminggu lagi selesai la praktikum, 17hb April adalah hari akhir. Alhamdulillah. Tinggal nak tunggu interaksi Jun, seat for exam, gi btn, KISSM. owh... belum selesai lagi rupanya. Banyak jugak nak settlekan sebelum bergelar Guru Sandaran Terlatih. Still Sandaran ok... Nak tunggu jadi Guru Terlatih kena tunggu beberapa tahun lagi. Perjalanan karier aku baru bermula sebenarnya.

Hari rabu hari tu Pensyarah Pembimbing aku selamat sampai di Terusan Sugut. Aku pun agak terkejut jugak sebab menurut perancangan asal, beliau hanya akan sampai minggu depan. Alih-alih, lepas rehat hari Rabu tu dia dah sampai. Nak kata ready, taklah 100%. Ada beberapa RPH yang aku tak transfer ke komputer. Aku just pakai tulis tangan ja. Hohoho.... ini semua gara-gara sikap bertangguh aku yang terkutuk itu!. Huh! Harus dihapuskan... Nasib baik Encik Hussein itu baik orangnya. Memahami dan masih kosong dua lagi. hehehehe.... Apa-apapun, bila dia dah sampai dan melawat, aku pun rasa lega.

Thursday, April 09, 2009

Kamu! Shut Up!

Banyak bicara mungkin kan berdusta…
Diam mungkin kan berdendam…
Satu yang kamu dan aku tahu, berkata hanya apabila perlu…
Pedas yang kamu rasa? Mungkin kamu makan lada..
Aku cadang kamu makan gula atau muntahkan saja..

Hei kamu..

ya kamu!

Sudah-sudahla tu..

Trip|Honey

Mungkin agak kelambatan bercerita tentang triphoneymoon ke Penang hari tu [15-18 March 2009]. Tapi kenangannya seperti baru semalam. Kami dah janji nak jadikan trip itu relaks dan enjoy. Biar tak banyak tempat yang dilawat sebab kami dah penah pi sini sebelum ni. Aku even penah belaja 2 tahun di Penang. Keadaan tahun 1998/99 ngan 2009 memang berbeza, ngan KOMTAR yang semakin dimamah usia dan digantikan ngan Prangin Mall yang besar [tahun 1998, Prangin Mall masih lagi ceracak2 besi].

Makan Nasi Kandar di Little India

Lepak di Batu Feringghi [konon nak tgk sunset, tapi hampeh ja...]

Bercanda di I-dunno-what-de-name-of-de-temple, tapi ia dalam kawasan Air Hitam

Definitely, Bukit Bendera...

Thursday, April 02, 2009

Terusan Sugut's Wonder-Beach

Hujung minggu lalu kami Aku, Ijuk[hosmet] dan Steve [jiran] dapat pelawaan untuk bersantai2 di jeti darat. Host pada hari itu adalah, Family Nanung+Hamdan bersama ngan Mimi [adik ipar Nanung] and anak-anak buahnya yang comel [anak2 murid aku jugak]. Aku ingat just berlepak2 sambil memancing ja di tepi jeti tu. Alih2 kami naik bot and menuju ke kuala Terusan Sugut and terdampar di pantai yang dipenuhi ngan pasir. Serius babe.

Aku selalu nampak kawasan tu tiap kali aku kuar masuk tempat ni tapi memang bless tul bila diorang ajak pi sana. Kawasan pasirnya sangat luas bila air surut. Bole buat padang bola lagi. Tapi bila air pasang, kawasan tu dipenuhi air laut Sulu. Nak sangat kongsi ngan korang keseluruhan kawasan tu. Gambar2 di bawah pun tak dapat nak gambarkan kawasan sekeliling. Jadi aku just leh promote mana yang bole. Kalau nak rasa sendiri, jom! ikut aku pi Terusan Sugut.

Makcik ini sedang melakukan aktiviti 'Mengunau' [cari sejenis tiram]
Aku Ijuk[hosmet], Mimi, Farah dan Kamarul
Berenang di laut pada jam 2.30 petang!! Acara membunuh kulitku yang mulus


Pantai yang sedang dipasangi oleh air... heaven..

Netball Kick Start!

Sejak minggu lalu aku cuba mengaktifkan organ2 luar dan dalam badan aku ni ngan mengajak budak2 bermain bola jaring. Bermula Jumaat, sabtu dan ahad minggu lalu aku kembali mengganas. hehe.. dah lama tak bersukan. Sebelum ni, SK Terusan Sugut hanya aktif bila sampai Hari Sukan Sekolah. InsyaAllah, dengan kudrat yang Allah berikan, aku akan pastikan budak-budak dapat sesuatu sebelum diorang meninggalkan sekolah.
Akupun sebenarnya bukan terer sangat ngan netball ni. tapi depan budak2 ni yakin ja. Diorang pun terima ja apa yang aku bagitau diorang. Tapi bukan la aku main bantai ja, aku sempat gak selak2 buku Bola Jaring kat library.

Masa mula2 start main tu, 3 hari aku tepaksa tido awal. Sakit badan beb. Tebayang balik cemana bestnya kalau dapat massage 2 3 jam. Sama ada takda warm up atau pun memang badan aku dah lama tido. Next Session: Jumaat, sabtu and ahad.

aku tak buat lawak pun budak2 ni gelak.. muka aku ni ada campuran clown ke apa?

81?? ni nombor jersi apa ni? hahaha..


Team up: aku and Ijuk(hosmet aku) and those kids.