Thursday, August 18, 2011

PTPTN?

Macam best jek kalau memang sebenar-benarnya baki akhir aku mcm tu kan?.. 

Aku baru ja bertukar ke Ujrah dan penyata baki aku kelihatan seperti di atas. Mula-mula terkejut jugak, wahhh!! takkan terus bayar habis. Hehehe.. Silap daaa.... angan-angan semata-mata ;P 

Rupanya PTPTN sedang kemaskini dan sepanjang pengemaskinian itu, akaun pinjaman lama akan dikosongkan dan dipindahkan/ diselaraskan ke akaun pembiayaan Ujrah dan diselaraskan dengan jadual bayaran balik pembiayaan yang baru. Kos pentadbiran yang dikenakan selepas tarikh kuatkuasa Ujrah akan dikecualikan sehingga tarikh semasa.  

Berikut adalah jadual bayaran balik:

Sebelum ini aku bayar sendiri melalui Maybank2u. Tapi iman aku  ni ada pasang surutnya, kalau kaya sikit bayar laa dalam 300 kalau tak beriman sikit adalaaa dalam 100 jek sebulan. Kalau lagi musim perayaan atau time tu aku terover spend memang 1 sen pun tak bayar. Memang tak istiqamah langsung kalau sendiri bayar. So, sejak awal tahun 2011 ni aku dah stat tolak dari gaji terus. Sebulan dalam RM 256 (sebelum di selaras dengan Ujrah). Tapi pemotongan ini dibuat sebelum aku ambil tawaran Ujrah, so kemungkinan akan bertukar la jumlah pemotongan ini kelak. Ok laa tu... Tengok penyata pun makin berkurangan tanpa sedar. Tapi still 21k jugak.. slow betul! 

Kalau mengikut perkiraan di atas, aku termasuk dalam kelompok 21k, so aku kena bayar dalam 10 tahun la. Tak pasti lagi cemana pengiraan untuk ujrah ini. Sebab kalau aku kira-kira balik bayaran RM 256 x 12 bulan x 10 tahun = RM 30,720. Banyak jugak untung PTPTN ek.. 

Biasa laa tu, semua pun nak duit kan. Riba sana-sini. 

Sejujurnya hutang aku dengan PTPTN masih sangat baaanyaaakkk ok... Kalau Nauzubillah aku meninggal esok lusa, cemana la agaknya nasib aku.. :( 

ada sesiapa di sini yang dapat membantu aku langsaikan semua2 ni? 


1 comment:

Anonymous said...

Salam.

Boleh tak Kak Jamal bagi contact emel?

Saya nak tanya pasal ptptn ni. Sedang bingung samada nak mohon ke tak. Tgh cari info ttg ptptn lah boleh tersesat kat blog Kak Jamal ni.

Tolong Kak Jamal explain sikit pasal ptptn ni, sebab tu nak emel senang nak bertanya.

Ataupun Kak Jamal emelkn kita kat alexstarrial@gmail.com