Masa tu dalam bulan Mei 2005 kalau tak silap. Tak ingat tarikh sebenar. Cyberkids Camp akan di adakan di Cherating Beach Resort, Pahang. Kami antara fasilitator yang suda lama berkhidmat di Warisan Global Sdn. Bhd. Masa tu aku dah stat keja dari 2004 lagi. Kami telah di appointed untuk menginterview beberapa orang fasilitator baru untuk kem ini.
Masa tu, interviewer akan berganti-ganti antara aku, Ogy, Pipi, Kak Ida. Aku tak ingat sangat detail orang-orang yang datang interview masa tu, sebab aku sebenarnya mudah lupa ngan orang.
Tapi ada seorang budak lelaki, pakai baju kemeja warna putih, neck tie, slack hitam dengan sneakers datang untuk interview dan dia agak lambat berbanding kawan-kawan yang lain.
Perbualan yang aku boleh recall adalah:
Aku: Dapat tahu pasal kerja ni dari siapa?
Dia: Kawan, surie.
Aku: Ooo, yang di luar tu eh? (masa tu memang ada yang dtg interview nama suri tapi bukan Surie)
Dia: ...?
Aku: Girl friend eh? (apatah soalan aku ni?~ mcm tak sesuai jek, bunyi mcm nak ngorat jek ;P)
Dia : Eh, bukan.
Esoknya kol balik suh datang keja dan kami semua naik bas ke Cherating beberapa hari kemudian.
Dalam perjalanan ke Cherating, ada sorang budak lelaki pakai baju kaler hitam duduk dekat seat paling belakang. Masa tu aku tak ingat sapa yang bawak gitar tapi budak lelaki pakai baju kaler itam tu bawak pick. Kalau tak silap, masa tu Zait yang memetik gitar. Nak dijadikan cerita tiba satu selekoh, bas yang kami naik berpapasan dengan sebuah lori. Tanpa disedari, bontot lori itu telah menyondol dan memecahkan tingkap cermin bas kami. Hoh! seperti hujan kaca! Alhamdulillah semuanya baik kecuali Bob yang betul-betul duduk dekat cermin tingkap pecah itu. Dia terpaksa dibawa ke hospital tapi ok jek. Bahagian mata je yang merisaukan.
Budak lelaki itu telah diberi tugasan sebagai decorator bersama dengan Maz. Agak kesian jugak dengan dorang sebab sebenarnya kerja decorator semasa pre-camp adalah agak berat. So, kami just tolong2 sikit and suh budak lelaki ni and Maz buat scoreboard. Punya laaa lama nak buat scoreboard!! mau dekat satu hari pun tak siap lagi. Aku ngan Erni siap gelak2 lagi.. Jahat betulla!
Hari pertama camp, semua fasilitator memperkenalkan diri kepada sekolah yang dipertanggungjawabkan untuk di jaga. Tiba budak ni memperkenalkan diri dan menyebut nama sekolah yang dia akan jaga, tetiba guru sekolah tu menjerit "Yeay, dapat hensem!!".. Kami semua gelak jek. Dalam hati aku "A'ah la, budak ni memang hensem".. ehem..ehemmm...
Hidup dalam camp memang sangat hectic. Biasanya dalam 11.00 pm baru peserta camp berehat tapi kami masih ada benda kena buat, de-brief!
Aku tak tau kenapa, setiap kali de-brief mesti dengan tidak sengaja duduk sebelah budak ni. Masa tu aku buat endah tak endah jek ngan dia. Tengok ujung mata pun tak.. ahahahahaha .. ;P
Bila camp Cherating selesai, kami semua balik ke KL dan budak ini pun masuk opis jugak untuk unpack dan bersedia untuk camp akan datang.
Dulu WGSB tak pakai flash card kalau masuk keja.Just tulis nama jek dalam form. Aku selalu terkejut sebab bila aku sampai, nama budak ni mesti dekat bahagian paling atas. Jam 7.00 pagi dah sampai ofis!!! wahh.. rajin betul budak nih!
Kami bekerja bersama-sama. Di stor most of the time. Balik hala yang sama sebab masa tu aku tunggu bas dekat depan petaling street dan dia naik bas depan Kotaraya. So, bila berjalan dari Lebuh Ampang ke area Petaling Street selalu dengan tidak sengaja terbersama.
Camp seterusnya adalah Cyberkids Camp Pulau Pinang. Bertempat di Tanjung Bungah Resort. Semasa kami naik bas ke Penang, budak ni pakai baju maroon plak. Tapi kesian sungguh dengan dia sebab masa tu tengah selesema yang teruk. Ke sana sini bawak towel kecik dia.
Selepas itu, semuanya adalah sejarah.. ;)
Aku berenti keja dari WGSB pada 16 Mei 2007. Tetapi budak tu masih lagi ada di situ.
Menjelang tahun 2011, sedar tak sedar suda 7 tahun budak tu kerja di situ. Sedar tak sedar rupanya dia sudah bergelar suami kepada seseorang. Cepat betul masa berlalu. Macam baru semalam aku nampak dia dengan rambut perang paras telinga masuk ke dalam bilik interview.
Hari ini pada 19 Ogos 2011, budak itu telah membuat keputusan untuk mencari angin di tempat lain.
Walaupun WGSB telah kami tinggalkan, namun kenangan tempat itu mungkin akan kekal di ingatan. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bersayang-sayang.. wahahahaha.. ok, ayat takleh blah.
Aku berenti keja dari WGSB pada 16 Mei 2007. Tetapi budak tu masih lagi ada di situ.
Menjelang tahun 2011, sedar tak sedar suda 7 tahun budak tu kerja di situ. Sedar tak sedar rupanya dia sudah bergelar suami kepada seseorang. Cepat betul masa berlalu. Macam baru semalam aku nampak dia dengan rambut perang paras telinga masuk ke dalam bilik interview.
Hari ini pada 19 Ogos 2011, budak itu telah membuat keputusan untuk mencari angin di tempat lain.
Walaupun WGSB telah kami tinggalkan, namun kenangan tempat itu mungkin akan kekal di ingatan. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bersayang-sayang.. wahahahaha.. ok, ayat takleh blah.
7 comments:
seb baik aku tak pegi intebiu masa tu. kalo tak mesti ko ngorat aku kan kan kan...hahhaahahahah!!
Eh, kau tak sama2 ngan maz eh?
Kau lambat masuk lg dr dorang ba kan.
Aku lupa la sapa lagi sorang geng korang yang tinggi2 tu. Gila pelupa aku neh!.. dia ikut kem cherating jugak.
arip dah benti keje meh? keje mana lps ni ..?
haha ayat last tu xbleh blahh .. tempat bertemu jodoh ;)
farah: arip da brenti, dia nak cari area serdang. skg dlam proses menanam anggur dlu.. hehehe
heih. geli. geli. patut pun mau pegi hanimuning sana cherating. rupanya. hahaha. iyelah. kimsalam cherating. nanti along pegi sana juga. someday :P
singgah jap! wah kita semua ada kenangan manis kat Warisan Global sbb jumpa our life soul mate kt situ kan Puan?
akak faci cyberkids dekat tg bungah tahun 2005 eh? PLEASE REPLY.
Post a Comment