Sunday, August 21, 2011

Babi punya Anjing!

Nasib baik ada dua haiwan yang diharamkan di dunia ini. Senang sikit nak mencarut pakai haiwan haram jugak. Takkan la nak kutuk anjing jadi "anjing punya anjing!" atau "babi punya babi!" takpun, "kura-kura punya anjing!". Macam pelik jek kan? 

Ok, sebenarnya nak cerita pasal kasut :D

Aku baru jek beli kasut merah ini di Sandakan. Walaupun harga just RM 20 jek tapi aku sangat excited sebab kasut ni agak unik. Walaupun sebenarnya aku tak sesuai pun pakai kasut paras betis sebab fizikal aku yang tidak memungkinkan aku boleh menggunakan kasut sebegini (betis saiz XXL ;P). Tapi sebab nak bergaya punya pasal, padan tak padan.. bantai ja!

Masa masuk ke Terusan Sugut, budak-budak semua excited and mau cuba kasut aku. wahahahaa... nampak sangat yang sebenarnya kasut ini sungguh comel. Akupun dengan bangga riak menggayakan kasut aku depan dorang. Adeh.. apelaaa cikgu!.. hahahahaha

Tapi mungkin Tuhan tak suruh aku bangga riak sangat, so diperintahkanNya anjing-anjing yang berupa haiwan haram ini untuk mengigit-gigit kasut aku dan bagi aku peringatan bahawa menganjingkan budak-budak dengan menggunakan kasut adalah sangat tidak baik. 

Walaupun anjing ini gigit just part mulut kasut ni jek tapi aku takkan sanggup untuk memakainya. Ahli rumah aku sarankan suh samak pastu potong bagi sama rata balik. No way babe. Ni tinggal tunggu aku masukkan dalam tong sampah jek ni.

Jadi berakhir la riwayat kasut merah aku yang baru jek pakai sekali dan kemungkinan masih lagi ada tanda harga di tapaknya. Sekian. 

Friday, August 19, 2011

2005 - 2011

Masa tu dalam bulan Mei 2005 kalau tak silap. Tak ingat tarikh sebenar. Cyberkids Camp akan di adakan di Cherating Beach Resort, Pahang. Kami antara fasilitator yang suda lama berkhidmat di Warisan Global Sdn. Bhd. Masa tu aku dah stat keja dari 2004 lagi. Kami telah di appointed untuk menginterview beberapa orang fasilitator baru untuk kem ini. 

Masa tu, interviewer akan berganti-ganti antara aku, Ogy, Pipi, Kak Ida. Aku tak ingat sangat detail orang-orang yang datang interview masa tu, sebab aku sebenarnya mudah lupa ngan orang. 

Tapi ada seorang budak lelaki, pakai baju kemeja warna putih, neck tie, slack hitam dengan sneakers datang untuk interview dan dia agak lambat berbanding kawan-kawan yang lain. 

Perbualan yang aku boleh recall adalah:

Aku: Dapat tahu pasal kerja ni dari siapa?
Dia: Kawan, surie.
Aku: Ooo, yang di luar tu eh? (masa tu memang ada yang dtg interview nama suri tapi bukan Surie)
Dia: ...?
Aku: Girl friend eh? (apatah soalan aku ni?~ mcm tak sesuai jek, bunyi mcm nak ngorat jek ;P)
Dia : Eh, bukan. 

Esoknya kol balik suh datang keja dan kami semua naik bas ke Cherating beberapa hari kemudian.

Dalam perjalanan ke Cherating, ada sorang budak lelaki pakai baju kaler hitam duduk dekat seat paling belakang. Masa tu aku tak ingat sapa yang bawak gitar tapi budak lelaki pakai baju kaler itam tu bawak pick. Kalau tak silap, masa tu Zait yang memetik gitar. Nak dijadikan cerita tiba satu selekoh, bas yang kami naik berpapasan dengan sebuah lori. Tanpa disedari, bontot lori itu telah menyondol dan memecahkan tingkap cermin bas kami. Hoh! seperti hujan kaca! Alhamdulillah semuanya baik kecuali Bob yang betul-betul duduk dekat cermin tingkap pecah itu. Dia terpaksa dibawa ke hospital tapi ok jek. Bahagian mata je yang merisaukan.

Budak lelaki itu telah diberi tugasan sebagai decorator bersama dengan Maz. Agak kesian jugak dengan dorang sebab sebenarnya kerja decorator semasa pre-camp adalah agak berat. So, kami just tolong2 sikit and suh budak lelaki ni and Maz buat scoreboard. Punya laaa lama nak buat scoreboard!! mau dekat satu hari pun tak siap lagi. Aku ngan Erni siap gelak2 lagi.. Jahat betulla!

Hari pertama camp, semua fasilitator memperkenalkan diri kepada sekolah yang dipertanggungjawabkan untuk di jaga. Tiba budak ni memperkenalkan diri dan menyebut nama sekolah yang dia akan jaga, tetiba guru sekolah tu menjerit "Yeay, dapat hensem!!".. Kami semua gelak jek. Dalam hati aku "A'ah la, budak ni memang hensem".. ehem..ehemmm...

Hidup dalam camp memang sangat hectic. Biasanya dalam 11.00 pm baru peserta camp berehat tapi kami masih ada benda kena buat, de-brief!

Aku tak tau kenapa, setiap kali de-brief mesti dengan tidak sengaja duduk sebelah budak ni. Masa tu aku buat endah tak endah jek ngan dia. Tengok ujung mata pun tak.. ahahahahaha .. ;P

Bila camp Cherating selesai, kami semua balik ke KL dan budak ini pun masuk opis jugak untuk unpack dan bersedia untuk camp akan datang. 

Dulu WGSB tak pakai flash card kalau masuk keja.Just tulis nama jek dalam form. Aku selalu terkejut sebab bila aku sampai, nama budak ni mesti dekat bahagian paling atas. Jam 7.00 pagi dah sampai ofis!!! wahh.. rajin betul budak nih!

Kami bekerja bersama-sama. Di stor most of the time. Balik hala yang sama sebab masa tu aku tunggu bas dekat depan petaling street dan dia naik bas depan Kotaraya. So, bila berjalan dari Lebuh Ampang ke area Petaling Street selalu dengan tidak sengaja terbersama. 

Camp seterusnya adalah Cyberkids Camp Pulau Pinang. Bertempat di Tanjung Bungah Resort. Semasa kami naik bas ke Penang, budak ni pakai baju maroon plak. Tapi kesian sungguh dengan dia sebab masa tu tengah selesema yang teruk. Ke sana sini bawak towel kecik dia.

Selepas itu, semuanya adalah sejarah.. ;)

Aku berenti keja dari WGSB pada 16 Mei 2007. Tetapi budak tu masih lagi ada di situ.

Menjelang tahun 2011, sedar tak sedar suda 7 tahun budak tu kerja di situ. Sedar tak sedar rupanya dia sudah bergelar suami kepada seseorang. Cepat betul masa berlalu. Macam baru semalam aku nampak dia dengan rambut perang paras telinga masuk ke dalam bilik interview.

Hari ini pada 19 Ogos 2011, budak itu telah membuat keputusan untuk mencari angin di tempat lain.

Walaupun WGSB telah kami tinggalkan, namun kenangan tempat itu mungkin akan kekal di ingatan. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bersayang-sayang.. wahahahaha.. ok, ayat takleh blah.


Thursday, August 18, 2011

PTPTN?

Macam best jek kalau memang sebenar-benarnya baki akhir aku mcm tu kan?.. 

Aku baru ja bertukar ke Ujrah dan penyata baki aku kelihatan seperti di atas. Mula-mula terkejut jugak, wahhh!! takkan terus bayar habis. Hehehe.. Silap daaa.... angan-angan semata-mata ;P 

Rupanya PTPTN sedang kemaskini dan sepanjang pengemaskinian itu, akaun pinjaman lama akan dikosongkan dan dipindahkan/ diselaraskan ke akaun pembiayaan Ujrah dan diselaraskan dengan jadual bayaran balik pembiayaan yang baru. Kos pentadbiran yang dikenakan selepas tarikh kuatkuasa Ujrah akan dikecualikan sehingga tarikh semasa.  

Berikut adalah jadual bayaran balik:

Sebelum ini aku bayar sendiri melalui Maybank2u. Tapi iman aku  ni ada pasang surutnya, kalau kaya sikit bayar laa dalam 300 kalau tak beriman sikit adalaaa dalam 100 jek sebulan. Kalau lagi musim perayaan atau time tu aku terover spend memang 1 sen pun tak bayar. Memang tak istiqamah langsung kalau sendiri bayar. So, sejak awal tahun 2011 ni aku dah stat tolak dari gaji terus. Sebulan dalam RM 256 (sebelum di selaras dengan Ujrah). Tapi pemotongan ini dibuat sebelum aku ambil tawaran Ujrah, so kemungkinan akan bertukar la jumlah pemotongan ini kelak. Ok laa tu... Tengok penyata pun makin berkurangan tanpa sedar. Tapi still 21k jugak.. slow betul! 

Kalau mengikut perkiraan di atas, aku termasuk dalam kelompok 21k, so aku kena bayar dalam 10 tahun la. Tak pasti lagi cemana pengiraan untuk ujrah ini. Sebab kalau aku kira-kira balik bayaran RM 256 x 12 bulan x 10 tahun = RM 30,720. Banyak jugak untung PTPTN ek.. 

Biasa laa tu, semua pun nak duit kan. Riba sana-sini. 

Sejujurnya hutang aku dengan PTPTN masih sangat baaanyaaakkk ok... Kalau Nauzubillah aku meninggal esok lusa, cemana la agaknya nasib aku.. :( 

ada sesiapa di sini yang dapat membantu aku langsaikan semua2 ni? 


Monday, August 15, 2011

Kesilapan di bulan Ramadhan


Berikut merupakan kesilapan yang sering berlaku di bulan Ramadhan:-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.
5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)


di petik dari sini:

Wednesday, August 10, 2011

17 days till i see u

Each time I miss you.. 
a star falls down from the sky. 

So, if you looked up at the sky and found it dark with no stars, 
it is all your fault.

You made me miss you too much!

Monday, August 08, 2011

ignorant

I didn't realize how bad i am running my own life until you slapped me on my face. :( real hard.

Thanks to you. 

My ignorance does affecting other people's life. Pardon me for being selfish. I am not perfect and apparently didn't up to your expectation either. 

As what old people used to say "Bila terhantuk baru tengadah". I'll never understand your judgment if you just keep it in your head. Lucky you have a gut to say it and here i am telling you that i am getting your message loud and clear. I've sadden and touched by your words and in fact, i've crying all night thinking of the ugly truth, but i'll never hate you for being honest. I just want to fix things up. 

Tell me what should i do? Do as you say or lets have a detail conversation over issues that you brought up. Hope everything will be better between us. For the sake of our own life and happiness. 

I want to tell you that whatever you said and think of me, I still love you.

Sunday, August 07, 2011

family affair

Bagi sesiapa yang kenal aku, mungkin akan tahu bahawa aku sebenarnya seorang yang berat mulut. Kurang mesra. Aku tidak tahu bagaimana untuk menghidupkan suasana terutama kepada orang yang aku baru kenal atau dah kenal tapi sebab kurangnya pergaulan jadi perkara-perkara yang dibualkan agak terbatas. 

Even ngan family sendiri! yah! begitu la kroniknya aku ni. 

Sebagai contoh, aku ada ramai anak sedara. Dah besar panjang dah pun. Tapi aku masih lagi kekok untuk bermesra dengan beberapa orang sebab mungkin aku jarang jumpa. 

Teruk kan? 

Bukan sebab aku tak mahu ambik tau hal family aku tapi, kadang-kadang aku terlepas pandang dan aku tidak sedar yang aku kurang bermesra dengan keluarga. 

Pada aku, selagi aku tidak sakiti hati mereka dan kami masih lagi selesa duduk di bawah satu bumbung, aku masih menganggap kami keluarga bahagia. Setiap ahli keluarga ada karekter masing-masing. Ada kekuatan dan ada kelemahan. Ada baik dan ada juga yang tak baik [aku tak cakap buruk~ sebab bunyinya sangat tak baik]. Sebab itu setiap ahli keluarga mesti saling support each other. Mana yang tak baik, cuba diperbaiki tapi dengan cara yang berhemah. 

Semua orang menginginkan yang terbaik dari sebuah institusi keluarga. Tapi tidak semua akan dapat apa yang diharapkan. Tapi janganlah sampai mengutuk ahli keluarga sendiri. 

Tak baik ok! 

Bila hal itu terjadi, di mana perginya rasa sayang? Mana perginya rasa hormat? Kita bukan duduk sehari dua dengan family. Takkan la hanya kerana perkara kecil, rumah dirasakan seperti neraka. Jadi, cuba positifkan diri. Barulah, motto Rumahku Syurgaku dapat dirasa.

Setakat ini, aku tak pernah lagi ada masalah dengan keluarga aku. Alhamdulillah, keluarga kami masih lagi rapat. Tak pernah berkira atas semua benda, tak pernah saling mengutuk dan sewaktu dengannya. Masalah kami adalah, kami saling berjauhan. Ada di Semporna, Lahad Datu, Sandakan, Beluran, Ranau, KL. Semua merantau ke serata negeri + negara. 

Bagaimana pula halnya dengan keluarga mertua? 

Honestly, walaupun aku dah kahwin selama hampir 3 tahun. Tapi aku masih lagi dalam fasa mengenali. Tunggu aku pindah kot baru la boleh bermesra2 dengan bapa mentua. hehehe..

Kepada bapa mentua aku [macam la bapa mentua aku baca blog aku kan?.. ahahahaha],

Ampun maaf kalau menantu yang sorang ni agak tidak bertanggungjawab. Kadang-kadang bila balik Serdang, selalu ja keluar rumah dan ikut encik suami mencari rezeki. Jarang dapat bermesra2an. Fasa honeymoon aku belum lagi selesai. Jadi sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidil Fitri yang akan tiba ini, saya sebagai menantu perempuan paling teruk, paling baik, paling cantik, paling hodoh [aku la semua sebab aku sorang je menantu perempuan sekarang ni], menyusun dua puluh jari minta ampun dan maaf sekiranya saya pernah menyakiti hati papa.

Sekian.
Jagalah keluarga kita kerana merekalah yang akan jaga kita bila waktu memerlukan. ;)

Saturday, August 06, 2011

push to the limit

Aku bukan seorang atlit. 

Aku ingat dulu waktu aku sekolah rendah. Cikgu sekolah aku pilih aku sebab masa tu semua pelajar yg lagi hebat berlari dah full acara dorang. So, dengan terpaksanya cikgu tu pilih aku lari 4 x 200 kot kalau tak silap. Masa tu aku rasa bangga sebab aku pakai tag nombor tu, rasa mcm atlik olimpik la sangat. Aku memang agak mundur dalam sukan. 

Masuk sekolah menengah sama jek pasifnya. Aku just main bola tampar. Sedangkan masa itu, pasukan bola jaring sekolah kami adalah antara pasukan yang digeruni. Main bola tampar pun taklah terer sangat. Cukup untuk wakil rumah sukan pun ok laa.

Masa masuk universiti, aku join PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) @ ROTU (Reserved Officer Training Unit). Entah napa aku excited sangat masuk walaupun dari segi fizikal aku taklah tough sangat. 

Masa pemilihan, kami kena suh buat macam-macam. Lari 2.4 km dalam tempoh beberapa minit, push up, sit up dan ujian kecerdasan which is dinilai dari interview. Aku tak ingat berapa minit aku habiskan 2.4 km itu tapi memang agak semput jugak. 

Pilihan aku untuk join ROTU macam turning point bagi aku. Aku mula sedar bahawa sebenarnya aku suka aktiviti yang lasak dan memaksa aku untuk push myself to the limit. Aku jadi excited gila dan aku rasa 60% masa aku di universiti di dedicate untuk ROTU. Walaupun rank tertinggi aku dapat just Sarjan tapi pengalaman itu sangat mendalam bagi aku.

Setiap cuti hujung semester, di kala student lain balik kampung kami dikerah untuk latihan. Selama 3 tahun, aku jarang sangat balik rumah. Kami buat macam-macam, obstacle courses, jalan lasak 12 km, kawad kaki, kelas strategi perang, side roll, forward roll, star jump, kelas senjata, menembak M16, granade, mortar, GPMG dan macam-macam lagi. Itu belum masuk, PT setiap pagi keliling UMS. 

Kalau time praktikal strategi perang, rasa memang sangat-sangat tak larat. Dengan beg dan senjata, lari beberapa km and cari perlindungan. Sehinggakan, semasa latihan kadang-kadang rasa nak muntah pun ada. Tapi bila habis latihan, rasa puas sangat. 

Sejak itu, aku suka paksa diri aku push to the limit. Contohnya naik gunung. Masa naik, macam dah sangat tak larat tapi kena push diri sebab nak kena naik sampai ke puncak. Baru ada kepuasan. Walaupun taklah banyak kali aku naik gunungpun. InsyaAllah, kalau tulang empat kerat aku ni masih lagi mampu, mana-mana gunung yang boleh didaki, akan cuba ditawani. 

Monday, August 01, 2011

Ramadhan 1432 Hijrah

Alhamdulillah... Aku masih lagi bernafas pada bulan Ramadhan tahun ini. 
Moga amalan yang kita lakukan sepanjang bulan berkat ini akan diterima Allah dan diberikan ganjaran yang setimpal.

SELAMAT BERPUASA!

Nak makan sushi untuk berbuka, tapi mana nak cari di Sandakan eh?