Sabtu - 9 Julai 2011 - BERSIH 2.0 Rally
Encik Suami suda menukar profile pic facebook kambing ke logo BERSIH beliau. Bagus.. at least beliau ada pendirian sendiri. Teruskan usaha mu!
Aku.. masih di Terusan Sugut ini. Buat-buat tak kisah. Bukan buat, memang aku tak kisah. Tetapi dengan sengaja aku mengenakan baju kuning semasa latihan sukan budak-budak hari ini. Bukan nak rally tapi saja suka-suka sebab kebetulan aku ada baju kuning. Agak-agak kalau aku pi bershopping di CM hari ni, aku dah masuk lokap kot eh.
Aku sebenarnya ada pendapat sendiri tentang rally ni. Bukan 100% sokong tapi ada relevennya jugak. Kalau mengikut apa yang aku baca di media (sudah tentu bukan media government-linkage ok). Media maksud aku adalah dari blogger-blogger yang tidak dikaburi dengan ayat-ayat "Yang Menurut Perintah". Mereka lebih telus dan tidak beralas. Kita terlalu banyak disogok dengan kebaikan-kebaikan yang ditabur media perdana, tetapi kena diingat bahawa zaman ini adalah zaman teknologi di mana maklumat hanya di hujung jari sahaja dan rakyat bukan sahaja bergantung kepada informasi yang dipaparkan di kaca televisyen. Mahu dan tak mahu ambik tahu sahaja. Kalau banyak buka blog rakyat ini, kita akan tahu apa yang cuba disembunyikan oleh "Yang Perlu di Turut Perintahnya ini". Jadinya, rally seperti ini adalah perlu agar bos-bos aku di atas ni bukak mata sikit dan muhasabah diri. Kena tengok di mana salahnya dan kenapa perlu ada rakyat yang memprotes. Mungkin dah banyak kebaikan yang dibuat oleh kerajaan tapi kemungkinan niat sudah jauh terpesong dari yang sebaliknya. Wallahualam... Kalau di mulut kata ikhlas tapi hati dikaburi dengan niat untuk menambahkan duit poket, baik balik rumah cuci piring, cuci rumah lagi baik biar BERSIH.
Tapi, all and all. Aku masih lagi menyokong kerajaan kerana aku adalah ahli "Yang Menurut Perintah".. hahahaha.. nampak sangat aku takut untuk keluar dari zon selesa. Kalaupun kadang-kadang mengomen tentang bagaimana kerajaan membelanjakan duit cukai RM 60 yang yang aku bayar setiap bulan. Projek kerajaan sekarang kalau tak ada perkataan "juta" tak sah!... Sehinggakan nak buka page Facebook yang berslogan "Its free, and its always will be" pun nak pakai sampai 18 million. Huh!... Kerajaan kena buat audit gila babi punya audit laa.. Jangan main pandang sebelah mata jaa...
Kadang-kadang terfikir juga, apa akan jadi sekiranya pihak pembangkang yang akan memerintah Malaysia ini? Mampukah Anwar dan pembangkang membawa keamanan di Malaysia sebagaiman BN sedang lakukan semenjak merdeka? Bagaimana kalau tuntutan Ambiga yang banyak berkaitan dengan isu-isu Islam itu akan ditunaikan? Apa akan jadi dengan agama Islam di Malaysia? Aku masih mahu Malaysia menjadi negara Islam dan mahu Islam kuat.
Sebenarnya, ia bermula dari dalam diri... Bersihkan hati each and everyone. dari pemimpin ke rakyat di pelusuk negara. Barulah apa-juga yang dilakukan akan bersih. Kalau sembahyang lima waktu kau pun tak bersih, baik takyah aa nak tunjuk yang kau tu bersih sangat. Jom! bersihkan diri supaya kita boleh bersihkan Iman dan Islam..
P/s: Hari ini hari Ahad, jom bersihkan rumah jom!
4 comments:
hehehe... sokongan aku terhadap bersih hanya terhadap apa yg di juangkan bersih, iaitu membersihkan sistem pilihanraya. bukan sokong orang2 atasnya seperti ambiga dan anwar.
Aku percayakan Utopiaku B-)
farah likes this!!
erkk, hari ahad mmg hari bersihkan rumah pon .. :P
Arip: Yah!.. Tuntutan itu perlu diwar2kan kepada pemerintah, dan biar sampai maksudnya... (tahun ni tetiba aku excited nak mengundi sebab nak tgk perubahan PRU)
Farah: Jangan lupa bersihkan kawasan taman jugak yeee.. tak ada la nnti nyamuk aedes membiak.. :)
apa pun aku suka gmbr kau melekat kt tiang tu..sgt gorgeous! that's Jamal i know :)
Post a Comment