Tuesday, July 26, 2011

stress out!

Hari ni cerita pasal budak-budak aku.. 

Sebagai guru pemulihan, wajib ada kesabaran dan kemahiran untuk memanipulasi stress menjadi sesuatu yang boleh menjadikan senyuman. 

Untuk tahun ni, budak pemulihan aku sikit jek sebenarnya. Tahun 2 ada 7 orang dan tahun  3 ada lagi 3 orang tak lepas. Kena berusaha lagii!!!... Dalam 7 orang tahun 2 tu, satu dah lepas. Alhamdulillah... tinggal lagi 6 orang. Bunyi macam sikiiit jek kan? hehehhee... bunyi macam nak cakap "Bestnya Cikgu ni ngaja budak 6 org jek".. hehehe.. 

Dalam 6 orang tu, ada 1 orang yang kira dah boleh laaa membaca buku bersukukata, 1 orang masih peringkat mengeja kvkvkvkk (cth: belalang, senapang dll), 3 orang masih lagi peringkat kvkv (contoh: saya, buku dll), 1 orang masih lagi dalam proses mengenal abc dan membunyikan huruf vokal. 

Dalam kelompok 3 orang yang baru kenal kvkv itu, 
Satu orang budak yang sangat degil dan macam ada dunia dia sendiri which is kalau dia cakap "tidak" maka jangan la bercita-cita untuk memujuknya. 
Sorang lagi, agak mendengar kata juga dan agak rajin apabila diminta oleh guru membaca, tetapi takdir Allah menjadikan otak dia sangat lambat untuk menerima apa yang di ajar, bagitau dia sekarang dan tanya balik time tu jugak, time tu jugak dia akan lupa. Maha Suci Allah.
Budak yang sorang lagi, aku agak merupakan seorang OKU tapi mak bapak dia taknak aku bawak dia jumpa doktor sebab dia rasa anak dia ok jek walhal, bila masuk kelas pemulihan jek, tiada lain keja dia panjat meja, lompat-lompat, tarik tudung kawan dan pelbagai kerosakan di muka bumi ini. Sangat Hiperaktif.

Budak yang baru mengenal abc dan huruf vokal ini, sangat jarang nampak muka dia di sekolah. Sebenarnya semasa tahun 1, dia tidak pernah bersekolahpun. Dia sangat fobia dengan sekolah. Puas la mak dia pujuk dia tapi taknak datang. Walhal, petang-petang dia main di padang sekolah jugak.. adeh... Masa awal tahun 2 ni, mak dia datang sekali ke sekolah!.. ha! ambik kau.. mak dia masuk ke kelas, duduk sebelah dia di kelas. Beberapa bulan jugak mak dia ikut sekali ke sekolah. huhuhu.. baru beberapa bulan terkebelakang ni barulah mak dia dah bagi pelbagai alasan supaya dia takyah ikut dan dia pun suda ok. Tapi selalu jugak tak datang. Dalam seminggu, paling banyak dalam 3 hari la dia datang.

Ada satu hari tu, budak yang baru kenal huruf ni aku dah ajar bunyi-bunyi huruf vokal a,e,i,o da u. Dah ajar bahawa "a" untuk ayam, "e" untuk enam, "i" untuk ikan, "o" untuk obor dan "u" untuk udang. Keesokan harinya, aku bagi lembaran kerja, aku just letak gambar dan satu petak kosong di sebelahnya untuk tulis huruf vokal yang sesuai. Oleh kerana dia pun belum expert lagi, so aku kena pantau gak masa dia menjawab. 

Cikgu: ini gambar apa?.. sambil tunjuk ayam
Murid: ayam
Cikgu: Apa huruf yang bunyinya aaaaa.. untuk ayam?
Murid: A... sambil tulis..
Cikgu: Bagus...
Cikgu: ini gambar apa? sambil tunjuk ikan..
Murid: Ikan
Cikgu: Cuba bunyikan huruf depan iiiiiiiiikan?
Murid: ssssssshhhhhhhhh.... blop..blopp..bloopp...
Cikgu: Hahahahahaaa...... dalam hati: salah soalannnn daa.....

Memang kadangkala agak stress jugak mengajar murid yang begini, bayangkan sudah hampir 7 bulan, mengajar abc. Sampaikan aku suda kehabisan idea nak mengajar macam mana lagi. Kalau kaedah diulang, murid sendiri akan tegur "Cikgu, kita suda belajar ba ni".. hehehe.. kena la perah otak sehabis daya bagi memastikan yang mereka tidak sedar yang mereka belajar benda yang sama hampir setiap hari. Kadang-kadang aku berfikir jugak, teruk sangat kah aku mengajar sampai dah 7 bulan budak ni masih lagi tak kenal abc. huhuhuhu... :( sedih.

Tapi adalah satu kepuasan bila murid yang kita pernah ajar dari abc sampai dia lancar membaca dan masuk ke kelas perdana, pulak tu dapat top di kelas pulak. Bila tengok balik muka-muka murid yang pernah menjadikan aku stress sudah pandai membaca kadang-kadang buat aku terharu dan rasa nak peluk jek.

Walaupun aku bukanlah seorang guru yang perfect, tapi moga murid-murid ini akan ingat apa yang telah mereka dapat. Dan sekiranya mereka berjaya suatu hari kelak, moga-moga mereka akan sedar bahawa segalanya bermula dari seorang guru biasa .. seorang guru pemulihan... :)

2 comments:

jiwasintetik said...

Good luck Cinta!

Banyakkan bersabar yaa...

nuha said...

haha kelakar la jamal, so sweet budak tue hehe

"....jasa guru ku tak terhingga
.....aku tidak akan lupakannya.."