Thursday, November 27, 2008

appreciation


Hidup manusia memerlukan penghargaan untuk membina keyakinan. Bila kita dihargai oleh seseorang, itu bermakna ada sesuatu dalam diri kita ini yang unik dan perlu bagi dia. Kita patut bangga and seboleh-bolehnya kita dapat memberikan respon terbaik untuk menunjukkan bahawa kita berterima kasih dengan penghargaan yang diberikan.


Aku menghargai kamu, aku berbangga jadi kawan kamu dan aku tak mahu kehilangan kawan seperti kamu. Bagiku itu adalah penghargaan terbaik yang aku mampu berikan untuk kamu. Adakah aku melampau dalam memberikan penghargaan? Maaf, kadang-kadang emosi itu melebihi akal fikiran waras hingga boleh menjadikan seseorang manusia bertindak keterlaluan. Atau kamu yang tidak tahu bagaimana untuk memberikan respon terbaik untuk itu. Yah! Kamu pernah jadi kawan aku, tapi jika aku selalu mengatakan kata maaf, itu bermakna aku tidak layak sebab seorang kawan tidak sepatutnya melakukan sesuatu yang memungkinkan untuk dia meminta maaf.


Aku sayangkan kamu sebagai kawan, sebagai teman, sebagai sahabat, sebagai pendamping atau sebagai apa jua yang kamu inginkan. Jangan pergi sebab aku masih menghargai kamu. Tapi bagaimana kalau kamu harus dan perlu dan wajib dan yang sewaktu dengannya, tinggalkan aku demi kebaikan semua pihak. Aku tidak tahu bagaimana dan dengan apa untuk meneruskan semua ini. Tapi aku masih macam dulu, aku masih merasa itu. Apakah kamu sudah lupa aku pernah wujud dalam hidupmu dulu?


Kawan, teman dan yang sewaktu dengannya, hidup ini sekejap ja. Semalam kamu jumpa aku, hari ini kamu jumpa dia, siapa tahu esok aku tiada lagi. Aku tahu kamu takkan sedih, sebab kamu punya ramai kawan seperti aku. Semua berpangkal dengan penghargaan, kalau kamu hargai aku, aku akan dapati yang kamu ada sentiasa ada di sisi. Merasa walau tidak melihat. Namun jika kamu sebaliknya, aku akan faham sebab kamu hanyalah manusia biasa yang punya hati dan perasaan dan tahap kesabaran kamu itu takkan mungkin menyamai tahap kesabaran malaikat.


Apa jua kehidupan yang kamu pilih, aku harap kamu bahagia..

4 comments:

dust said...

aku ke? hehe..

Anonymous said...

Yah! itu untuk kamu dan kamu jugak

Anonymous said...

hargailah nilai sebuah persahabatan...
terasa kehilangan bila dah takde kat dpan mata...
kawan gembira mudah dicari..
kawan sedih sukar dicari

Anonymous said...

Anonymous: Thanks.. Aku memang menghargai kawan n sahabat aku. Harap mereka pun hargai aku macam tu. I love my friends dearly!