Saturday, November 22, 2008

Micro Teaching

Sepanjang 5 hari pada minggu pertama di IP Tawau, banyak benda yang perlu aku fikirkan dan ada di antaranya tak mampu aku selesaikan. Kuliah dari jam 7.30pg sampai jam 5.00ptg, tapi rehat jam 10.30-11 dan 1.00-2.00. Jadi sepanjang hari, kami cuma ada masa 1 jam setengah untuk berehat. Minggu ni, kami banyak mengisi masa rehat itu untuk taklimat la, perbincangan la and sekali tu, kena cuci ngan penyelaras. Tau la guru pemulihan, and perangai pun sebijik cam budak pemulihan, sebab tu penyelaras naik hangin.
Minggu ni jugak kami mula Micro Teaching (mengajar macam ngajar kelas sebenar). Alhamdulillah, komen dari pensyarah agak memberangsangkan dan teguran beliau amat berguna untuk aku gunakan semasa praktikal yang akan bermula Januari tahun hadapan.
wish me luck ya... Bukan nak dapatkan A atau cemerlang, tapi bila ada orang care ngan pengajaran kita, kita lagi teruja untuk buat yang terbaik and dapat mengukur tahap pengajaran kita, ok ke tak ok... Buat masa sekarang, pengajaran yang aku buat di sekolah mengikut macammana yang terbaik untuk anak murid aku, mana la tau pensyarah pembimbing aku nanti boleh betul-betul bimbing aku and perbetulkan mana-mana. InsyaAllah, aku akan buat yang terbaik and sekiranya ada di antara anda yang terbaca post ni sorang guru bekas pelatih, bolehlah perturunkan apa-apa yang aku boleh praktikkan nanti k.

2 comments:

Anonymous said...

salam jamal...
aku pun byk belajar masa praktikal. masa tu kita mengajar, ada org tgkkan dan tegur bila kita buat silap.

masa tu la kita guna peluang tu betul². pensyarah bukan nak cari silap kita, tapi nak betulkan kita...:-)

skang ni, takde org tgk..kdg kdg tu syok sendiri je...

MiszJamal said...

thanks faz.. ;)