Saturday, November 22, 2008

Sukaneka KDC



Sepanjang weekdays dalam minggu ni, aku rasa stress ja. Aku tau sebenarnya apa yang menyebabkan aku stress. Kepala rasa berat sangat, macam ada ketulan-ketulan dalam otak aku ni yang perlu dipecahkan, tapi tak tau camna nak pecahkan. Tapi tak apa la, at least masih lum gila lagi. Mungkin sebab 2 minggu sebelum cuti, aku dibebani dengan aktiviti yang memerlukan kudrat yang banyak, jadi segala bebanan itu ter'drag' sampai la masuk maktab. Masuk maktab pulak buat aku tension, yes I am tension plus stress. Sebab kamu la! Kamu patut bertanggungjawab.

Tapi Alhamdulillah, minggu ni berakhir dengan BOOM. Pagi tadi kami ada Sukaneka Antara Unit KPLI-KDC Pemulihan. Ada 3 unit semuanya dan setiap unit kelolakan setiap satu. Untuk sukaneka ni, Unit 1 (unit aku la), kelolakan permainan Pemukul (macam ala-ala kriket). Unit 2 pulak, kelolakan permainan sasaran ( Kena baling bola besar guna bola tenis sampai tergolek ke pihak lawan. Unit 3 kelolakan Permainan Bola Jengket (Seperti permainan bola tampar kecuali dalam permainan ni, pemain kena jengket kaki, kalau letak kira foul).

It was fun! and membantu aku mengurangkan keberatan kepala aku. Mungkin ketulan-ketulan di kepala aku dah pecah. Sekarang dah ok dah. Untuk games ni, Unit aku dapat 3rd place untuk game Sasaran dan 1st place untuk Bola Jengket. Games yang kami kelolakan, tak dapat apa-apa ;) tak apa la tu. Tapi Alhamdulillah, sukaneka ni banyak bantu kami mengeratkan kerjasama dan persefahaman antara kami. Yes, aku ngaku sebelum ini Unit 1 agak lembab dari segi kerjsamam berbanding unit lain. Tapi masa sukaneka ni, semua memberikan komitmen yang tinggi. Puan Norhayati (pensyarah PJK) pun puas hati ngan Unit kami and tak puas-puas memuji :) kembang gak sekejap.

7 comments:

sEapUt "c@ said...

wow! dpt hamper gembira sekali..
huhu..

jamal said...

3rd place pun ketawa gembira.. hahaha... hidup mesti gumbira!

Anonymous said...

hati suci..jiwa tenang...

jamal said...

Anonymous : Adakah awak menyatakan yang hati saya tidak suci sebab tu saya tidak tenang? Awak tahu apa yang boleh menyebabkan saya tenang kan? Mana pergi ketenangan itu?

syntheticsoul said...

huhuhu... aperplak nih

sEapUt "c@ said...

tenang².. bertenang lah kamu jgn bertendang lah kamu.. huhu.. *saje menyibuk =P

superior said...

I think I come to the right place, because for a long time do not see such a good thing the!
jordan shoes