Wednesday, May 31, 2006

MyTeam vs MAS

Program Myteam aku tengok sekali ja kat TV, slalunya tak sempat coz baru sampai umah memang tanak tengok. Aku pun tak ingat bila program tu on air. TApi last week 28th May aku tetiba excited sangat nak pi tengok kat stadium BUkit Jalil. Cian Hubby aku tepaksa berbaris panjang2 beli tiket. PAstu kena bergegas balik umah coz dia ckp ada assignment tak siap kena antar hari isnin. Alermak! Rasa bersalah lak coz aku yang paksa dia tengok game tuh.. NAsib baik dia cool ja.. tapi aku tau dalam hati, mesti dia risau n tebayang2 assignment dia. Untuk memudahkan lagi idup dia hari tuh, aku taknak dia amik aku kat umah. Suruh dia siapkan setakat yang mampu and aku pi sendiri pi Bukit Jalil.
Game stat jam 9 and maybe jam tangan pengadil tuh sama ngan minit and saat ngan jam aku.. memang menepati masa... :) Try gak cari muka2 yang dikenali tapi berapa kerat ja yang aku kenal kat KL nih.. Selain budak ofis and kakak2 aku. Tu jer... NAmpak sangat tak bermasyarakat... Hehehe... TApi takkan la aku tetiba ja ketuk pintu bilik amoi seblah umah nak berkenalan lak kan? Berbalik kat game malam tuh, sebenarnya sebelum aku masuk stadium tu aku blum decide lagi nak sokong mana satu. Tapi bila dah duduk and crowd semua nampak sokong Myteam, aku pun join je laa... Gempak tul crowd bila Myteam jaringkan gol pertama malam tuh!.. Hohooh... Jgn sangka budak mentah senang ditumpaskan.
Walaupun aku bukan la celik bola, tapi ada certain thing yang aku tak puas hati ngan permainan Myteam... Too defensive.. paling kesian bila GoalKeeper nak tendang bola jauh2 tapi takda sorangpun pemain kat situ. Semuanya masih kat depan pintu gol.. Hmm... Kesian gak ngan GK tuh! PAstu bila semua taknak naik, bila bola dah sampai ke atas, player yang bawak tuh tak tau nak antar ngan sapa. suma pakat stay kat bawah.
PAstu, malam tuh bukan saja perlawanan bola, tapi perlawanan siapa paling banyak injured... Lepas sorang, sorang terbaring, naik meluat pun ada...
Dan yang paling aku tak puas hati ngan orang teknikal malam tuh! Ntah sapa la tuh... Time nak replay je, mesti dia cut! Aku tgk suma orang memang meradang ngan skrin besar tuh. Spoil tul!...
TApi malam tuh memang best... Thanks to you... u know who you are.. ;)

Thursday, May 25, 2006

Woman Worth















Aku dah lama tinggalkan alam 'askar'. Walaupun aku minat tapi aku rasa aku dah tak sesuai ngan benda-benda lasak and panas. Hmmm... Nampaknya title Leftenen Muda akan terlucut kejap lagi.. Kalau nak gak, kena lapor diri and kalau dah kena lucut jawatan, kena pi commision balik!!.. MAk aih!! NAk kena berpanas-panas lagi laa... Aku nak sangat! tapi rasanya macam susah ja nak pi lapor. Dahla Bat C aku kena reject time aku lapor kat kem 516 lagi. Hehe.. aku pi gunting lak kad pengenalan tentera, sampaikan staff kat kem tuh menggeleng.. Hehehe... Loser! NAk kena muatkan dalam purse akibatnya, kena reject... Hmm... itu salah satu sebab aku dah tak lapor kat kem sini. Boleh ja kalau aku lapor kat kem sungai besi, tapi malu lak karang staff kat situ ketawakan aku, Puan pakai Bat C reject! Cheist!!!

Sekarang ni aku rasa aku penuh ngan ciri-ciri kewanitaan... Atau on the way ke arah itu.. Baik ke tak baik?? Hmmm.... Nanti aku fikirkan.... Hehhe

Tuesday, May 23, 2006

Love me? Never leave me...


Buat pertama kali...
Menjadi wanita sejati....
Adakah dengan sepenuh hati...
Atau sampai mati...

Ape tah!!??
Hehehe

Dancing in the moonlite

Happy 11th Anniversary!! Feel sand on my feet, under the moon and million stars... Just like an old time.. Just like fly back to the past... Just like turn the time to the wonderful moments that i have had, to the wonderful feeling that comes from the 2 heart.
Menari di bawah bulan purnama?? Macam lirik lagu jer.. YUp! Its happenned!... And I love it! and wanna do it again and again. Wish that night was never end...

Party at Port Dickson

17hb May 2006
The day before 11th Anniversary... Semua staff Warisan Global heading to Port Dickson coz, we gonna have a party!! Maxis nak buat midterm review then pastu meraikan tenaga kerja yang dah banyak menjayakan camp under MBC nih. Perjalanan selama 2 jam tak terasa pun bcoz aku tido jaa kat bahu Mau cian gak ngan dia sampai ngadu bahu dia teseliuh muahahaha... Kami stay kat pent house tingkat 10!! Pemandangannya.. Subhanallah.. MAcam aku nak duk kat sini jaa.. duduk kat beranda ni dari pagi sampai ke malam... How romantic!

Lpas abis sesi review jam 2 tuh, kami ada games, Explorace and sand castle.. Penat gak, tak pakai kasut lagi berlari2 sekitar hotel. Sakit but fun!
Main bola, girl vs VIPs.. Datuk Ahmad sebagai penjaga gol siap bersantai kat pintu gol but, Mr Dash sbg girl's goalkeeper tepaksa berhempas pulas tangkap bola... cian boss aku!! Ampun boss.
Malam tuh, for the first time aku pakai skirt!!! muahahaha.. Aku n My Hubby dah rancang nak pakai sedondon.. Siap pi kuar shopping sama2 lagi tuh! Bukannya selalu.. Aku tak tau pun yang sepatutnya malam tuh aku kena pakai baju kurung untuk performance koir. So, malam tu aku ja sorang pakai modern sedangkan yg lain2 pakai baju kurung. Bantai ja laaa...

That night was so happening!! semua orang memang happening sehinggakan Datuk said: Kalau dia nak pegi mendaki gunung, dia nak bawak team ni bersama2 dia!...

Tuesday, May 16, 2006

BJB 6843















Hari ni hari isnin... First day kerja selepas 3 hari bercuti... Aku masih terasa lagi cuti2 tuh! so, aku dengan rela hati menambahkan lagi cuti aku.. Nasib baik lepas balik dari Cherating hari tuh aku merajinkan diri trus masuk ofis, leh forwardkan cuti and taklah terganggu annual leave aku... And nasib baik gak Hubby aku berfikiran sama...

Hari ini aku kena pi JPJ... Kat Padang Jawa... Jauh gak la dari tempat tinggal aku. Nasib baik Hubbyku yang comel sedia membantu.. Thanks sayang... Dia amik cuti gak semata2 nak temankan aku pi sana.. Tapi aku rasa boyfriend semua orangpun buat macam tuh kan!? Takpala... Yang penting aku appreciate apa yang dia buat ngan aku..

Aku kat JPJ?? Napa ek?? Hehehe... Aku menambahkan title aku hari nih... "Minah Skuter". Taklah grand sangat dapat skuter sebijik, tapi since aku duduk merantau ni.. Jauh dari Mak and Ayah yang tercinta.. Itu ja yang aku mampu stakat nih... Kalau aku ada rezeki tambahan lagi, aku tambahlaa and besarkan sikit saiz kenderaan aku.. At least sekarang, aku taklah bergantung sangat ngan Hubby aku... Cian dia.. Kalau aku nak pi mana2, just ask him then 'pop!' dia datang! Pastu time jalan atau tgh duduk syok bercerita, tertido2.. cheist!! Penat sangat la tuh layan karenah aku yang aku akui banyak songeh!... ;)

Alemak aku lupa beli kipas angin!! Hmmm... susah jugak jauh dari mak ayah ni.... Semua kena buat sendiri. Takpa la tuh berdikariii... Dah tua dah punn.... Tak sedar diri!... Malam ni aku kena tido kat living room lagik laa... Cakap pasal kipas angin nih!! Aku lum beli lagik tapi... Bulan ni aku pya perbelanjaan memang ganas... Seram tul gaya aku shopping bulan nih! Aku pun tak tau kenapa?? Mungkin bila dah lama terperuk kat kem (2 minggu continously) buat aku balas dendam... duit yang aku tak spend slama 2 minggu aku habiskan dalam masa beberapa jam sahaja... Baru aku kenal siapa aku... Aku risau gak kalau aku ada lagi banyak duit (Aminn..).. Mesti aku jadik antu shopping nih!! Cian laa sapa jadik lagi aku nanti...

Bsok nak kena masuk ofis.. Kak Ida ada bagi assignment yang aku rasa simple... tapi bila buat aku rasa macam.. aiks! Camna ek! Haa tuh laaa... Lain kali kalau ada orang mintak tolong buat something, pastikan betul2 faham apa nak buat.. Jangan main angguk jaa pastu balik2 tanya ngan bos.. kan tak baik tuh!! Faham Jamal!!!?? Faham.....

Thursday, May 11, 2006

Power Rangers


Go!!!.....Go!!!!... Power Rangers!!....

Come out wrong!!

Seronok borak kan?? Setiap manusia berhak membicarakan apa yang ada dalam hati mereka samada benar atau tidak. Sometimes kita bercakap tanpa memikirkan yang apa kita katakan itu mampu menjadikan hati manusia-manusia lain terluka... Aku dah jumpa ramai orang yang macam tuh! The words just come out like that! Tanpa fikir apa yang di katakan itu mampu menjadikan hati-hati manusia lain menjadik kecik... Mungkin itu yang menyebabkan aku prefer lebih banyak berdiam dalam group unless benda tuh harus dikatakan.. Aku tak tau kenapa.. I used to be talkative but bila dah menjadi 'wanita' nih... aku rasa aku perlu kurangkan sedikit sifat2 yang mazmumah...
Honestly, aku pernah menjadikan someone kecik ati dengan apa yang aku katakan... And i'm still regret it!!... Aku tak sengaja!... Ampun... Like what I said, words just come out like that either right or wrong..

Wednesday, May 10, 2006

Alhamdulillah..

Setahun yang lalu, kecut perut gak bila bos panggil kami semua one by one masuk meeting room.. Kena brainwash ker?? Kami ada buat silap ker??... Hmm.. macam2 andaian. Tapi bila masuk kat dalam bilik tuh, bibir bertukar jadik senyuman :) ler.... dapat bonus rupanya! Ingatkan apa daa... Alhamdulillah... Itu kisah setahun yang lalu... Kisah pagi tadi, hampir serupa gak! Sorang-sorang kena call masuk bilik miting... Pastu dapat sekeping sampul surat.. Jeng..jeng... heheh.. lebar lagi... muahahaha... An.. d Alhamdulillah lagik coz kali ni naik sikit compare to last year... Yalah.... tahun berubah, so kenala ada peningkatan sikit.. Thanks Boss! Tabek skit!.. heheh

Tuesday, May 09, 2006

Everyday is a bad day??

Bad Day...

Where is the moment we needed the most
You kick up the leaves and the magic is lost
They tell me your blue skies fade to gray
They tell me your passion's gone away
And I don't need no carryin' on

You stand in the line just to hit a new low
You're faking a smile with the coffee you go
You tell me your life's been way off line
You're falling to pieces every time
And I don't need no carryin' on

Because you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
The camera don't lie
You're coming back down and you really don't mind
You had a bad day
You had a bad day

Will you need a blue sky holiday?
The point is they laugh at what you say
And I don't need no carryin' on

You had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
The camera don't lie
You're coming back down and you really don't mind
You had a bad day

(Oooh.. a holiday..)

Sometimes the system goes on the bling
And the whole thing turns out wrong
You might not make it back and you know
That you could be well oh that strong
And I'm not wrong

(yeah...)

So where is the passion when you need it the most
Oh you and I
You kick up the leaves and the magic is lost

Cause you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
You've seen what you like
And how does it feel for one more time
You had a bad day
You had a bad day

Monday, May 08, 2006

Here I come!!.... :0

Ellooowww.....
Thats it!! aku tak pernah terfikir nak create blog baru selain yang aku dah create kat friendster.. Yalah, idup aku bukan best sangat nak cerita kat semua orang... but since aku terbaca blog sorang member... aku rasa idea yang dia kemukakan dalam blog dia memang menarik dan beliau ada ciri penulis+pengkritik+pemerhati. Aku kenal dia masa kat kem, sadly kami just sempat sama dalam 1 kem saja. Pastu dia chow... hmm... knapa?? Usah ditanya... HAnya mereka dan keluarga mereka yang tahu... ;) Then, thats it!! Here come your new unofficial reporter... Maybe aku tak seterer dia menulis... Tapi aku ada hati... dan hati aku susah nak diluahkan melalui rongga kerongkong kerana... kerana... sukar.... Dan aku rasa cara ini adalah yang terbaik untuk aku keluarkan apa yang membelit hati dan perasaan yang slalu memberontak meneriakkan apa yang ada dalam kebuk yang paling dalam...