Monday, April 02, 2012

Preggy Thingy.. :)


Barang-barang yang aku ada sepanjang mengandung:

1. Gambar-gambar wajah suami; Disebabkan suami yang jauh nunnn di sana, aku kasi print wajah dia banyak2 and lekat and letak merata2 dalam bilik. Salah satu sebabnya, konon kalau kita selalu tgk muka org tu nanti kena ngan baby. So, tgk laa nanti baby ni ikut muka sapa.. :)

2. Sketch pad + Glitter colorful pen : nak keep track event sepanjang mengandung secara manual. Tapi selalu kosong jek sebab.. selalu malas.. hihihi

3. Susu Anmum: Susu baik untuk baby n ibu. So, aku pilih susu Anmum. At least, 2 gelas sehari.

4. Kurma@kismis: Baik untuk bayi. Setakat ini, stok banyak lagi sebab mom and dad baru balik dr Mekah. Sehari at least 3 biji. Tapi biasa aku makan lebih jek. Jadinya stok akan cepat habis. :D

5. Buku-buku bacaan: Setakat ni aku baru ada 2 buku yang berkaitan ibu hamil, info lain pasal pregnen aku cari dari Mr. Google jek. Buku-buku lain utk bacaan jugak penting. 

6. CD Pilates: Tak pernah buat pilates sebelum ini. Tapi oleh sebab masa mengandung aku nak kurangkan aktiviti yang banyak melompat2 dan running. So, aku buat pilates jak. At least 10 minutes per day.

7. Buku Sudoku: Mengisi masa senggang, biasanya masa nak tunggu karan di Terusan ni on. Baik untuk menajamkan otak baby. Kalau ada soalan matematik, ok jugak. Tapi setakat ini Sudoku dulu la. 

8. Losyen Mustajab Pati Halia: Sejak masuk bulan ke-5 hari tu, kaki aku yang pernah terseliuh ni asyik nak terkehel jek. Jadinya, tiap2 malam sebelum tidur, aku pastikan aku sapu di kaki dan urut dulu. Setakat ini, baru sekali kena cramp kaki masa tidur. Tak tau la pulak nanti bulan2 akan datang.

9. Palmer's Massage Lotion for Stretch Marks & Bio-Oil: Aku memang selalu pakai Bio-oil sebelum ini. Sebab peha aku memang dah ada stretch marks (walaupun sebenarnya, setelah berbotol2, stretch marks tak hilang jugak.. ;P) Tapi untuk persediaan, aku sapu lotion di perut setiap pagi dan malam.

10. Pil New Obimin: Masa mula-mula ke klinik, nurse tu bagi aku pil berasingan. Vitamin B Compleks lain, Iron lain, Asid Folic lain.. Jadinya, aku fobia bila sampai masa utk makan pil sebab tablet-tablet ini rasanya sangat yakh!... Last2, beli New Obimin jek.. Senang, 1 pil untuk semua.

11. Salindah: Supplement homeopati yang dimakan/kemam mengikut aturannya. Setiap peringkat ada kegunaannya. Contohnya dia pya B1 untuk hilangkan loya2, muntah2 dan sebagainya, B2 untuk menguatkan tulang, menambah selera makan... Semuanya ada B1-6 untuk semasa mengandung, L7-L12 untuk semasa dan selepas bersalin.

12. Measuring tape: Rasa nyesal jek tak ambik ukuran pinggang sejak bulan 1st. Sekarang dah masuk bulan ke 6 baru terfikir nak ukur. Pinggang aku skg dah mencecah 38 inci. :) boroi!

13. Ipod & Speaker: Ipod haruslah dimasukkan dengan apps. Quran Recital, so bila ada masa-masa berehat, pasang.. Mudah2an baby akan dengar dan semoga jadi anak yang soleh/solehah.

14. Rekod Kesihatan Ibu: Buku ni aku ambik masa di Seri Kembangan, siap masih lekat ngan dia pya nombor giliran lagi. Hehehe.. 

So, ada apa2 keperluan ibu mengandung yang aku tertinggal ka? Atau amalan@produk@apapun yang baik untuk baby? Sila kongsi-kongsikan yee.. :)

6 comments:

FrH said...

jamal minum air kelapa lepas 6bln sampai bersalin (jgn minum sblm 6bln). insyaAllah kulit baby cantik & bersih.



p/s baby boy sunat dah besar xpe (kecik pon bole), tapi baby girl kene sunat masa kecik, fyi :) (menjawab kpd soklan kau hehe)

MiszJamal said...

Ada baca gak pasal air kelapa yang di minum sebelum bulan ke 7.. Agak2 kalau minum sebelum apa kesannya ngan baby ek? semua yg aku bc bgtau memang tak elok.. tapi tak mention lak napa...

(Fyi: aku dah stat minum air kelapa sejak masuk 5 bulan aritu) tapi tak tegar aa... Risau2 tapi minum gak.. ;P

FrH said...

ermm sbnrnya air kelapa ni mcm tajam so xsesuai diminum masa baby tgh fragile. 5bln aku xsure laa jamal. sbb depends pada baby jugak. kalau xselalu minum n baby xde apa2 insyaAllah ok.

Anonymous said...

http://darwishndarwisya.blogspot.com/

Ekin said...

hi there..suke bace blog u..sbnrnya i nak tanye psl klinik kesihatan ibu anak kat seri kembangan sbb i bace entry u ade psl buke kaler pink tue kan?buleh nak mintak pandangan n tips x before pegi sane since i br detect i peknen 4weeks.sorry ganggu u..=)

Anonymous said...

http://thegulagulakapas.blogspot.com/2012/05/confinement-lady.html