Friday, March 30, 2012

Delayed


My 31st Birthday with him n baby!
Maaf kerana aku makin pemalas nak update blog la sekarang... Sepatutnya aku lagi excited sebab aku sedang dalam bulan-bulan kegembiraan. Bukan taknak share kegembiraan ini dengan anda semua tapi, bila aku try taip, lepas tu idea hilang balik... pastu, aku lagi suka kalau post aku ada gambar-gambar.. Tapi aku sangat malas untuk edit gambar.. Jadinya semua event-event yang berlaku dalam hidup aku tak terupdate di sini... 

Well, seperti ibu-ibu lain yang excited menunggu kelahiran baby first, macam tu jugak aku. Kalaupun lepas ni aku rajin update blog ni, mungkin almost all of the next posts akan berkaitan dengan baby... Atau kalau aku rajin pun, mungkin bukak blog lain macam ibu-ibu lain buat jugak. Iya la.. Supaya baby tu nanti, bila dia besar dia bole baca catatan-catatan ibu dia sebelum, semasa dan selepas lahir.. InsyaAllah.. Kalau kerajinan berblog kembali semula.. Nanti akan diusahakan...

Untuk hari ini, aku just kongsi perubahan-perubahan sejak hampir bergelar ibu.. 
60 kilo! 13 March 2012
1. Perasaan: Aku rasa semangat keibuan aku makin menebal sebab aku takleh tengok benda yang cute2.. mesti nak "awwoohhhhh... soo Cute!".. tgk anak kucing pun terasa mcm nak gigit2... Tengok iklan diapers pun rasa macam nak nangis.. ahahahahahaa... Perasaan cinta ngan kekasih aku pun  makin menebal.. Selalu jek sesak nafas bila teringat suami sendiri, sedangkan sebelum ini, selalu cool jek kalau lama tak jumpa.. ;p

2. Wardrobe: Ok.. Aku terpaksa banyak bershopping untuk diri sendiri. Aku memang suka shopping baju tapi bukan baju kurung ok. Aku selalu beli baju kurung masa aku mula-mula jadi guru aritu.. Yelah, kerja sebelum ni mana ada baju kurung.. Tahun2 pertama, memang berabis beli baju kurung... Bila dah banyak, aku stopkan and recycle jek.. Tak kiralaa trend kain baju kurung tu dah ketinggalan ke apa.. Aku tetap pakai.. Bayangkan, baju kurung aku masa aku tingkatan 5 pun, aku masih pakai mengajar.. sooo, outdated sungguh!.. Tapi sejak mengandung ni, aku terpaksa shopping baju balik.. Mostly skg pakai jubah jek. Kalau boleh, taknak beli maternity dress sebab lepas deliver pun aku masih bole pakai.. kannn :P

3. Jaga penampilan: Aku rasa sebelum ni pun aku selalu jaga penampilan. Tapi sejak mengandung ni, aku semakin rancak menjaga. Muka dan segala bagai.. Kakak yang tinggal sama2 dengan aku ni ckp, kalau ibu tu masa dia mengandung, dia suka jaga penampilan, kemungkinan baby nanti baby girl. 

Masa mengandung memang takda alahan langsung. Mengidam2 yang mcm ibu-ibu lain pun aku tak rasa.. Alhamdulillah.. mungkin baby ni tau yang ibu dia jauh dari abah.. so dia behave la sikit.. Taknak cerewet. Mudah-mudahan bila kuar nanti pun jadi budak baik.
Me, sedang di scan.. :) 15 March 2012

As for now, kami belum decide lagi untuk bagi nama baby... Belum ada pilihan, walaupun dah banyak surf sana-sini, beli buku nama-nama.. Still belum come up ngan nama lagi.. Maybe bila dah nak masuk 9 bulan nanti.. kena bersungguh memilih!


Kami dah scan pada 15 Mac, tapi baby taknak tunjuk jantina dia lagi.. InsyaAllah, ujung Mei nanti nak scan 4D lak.. 


3 comments:

Nurhaya Omar said...

Mama Jam dh 31st? Wah how times passes! Mama Jam sgt comel bila mengandung!

FrH said...

jamal comelll gileee perut bulat itewww. hihihi.

betullah. nnt kau dah duduk dekat dgn arip mesti ada alahan, so boleh mengada2 sbb ada org nk layan ;)

bln 5 dtg sini ke nnt? mari chill out bersama2!

MiszJamal said...

Haya: Dah 30an dah! hihihi..

Farah : InsyaAllah, dalam 26hb tu aku fly balik sana, mudah2an lepas aa naik flight, sebab masa tu dah masuk 27 minggu.. ;P