Monday, August 31, 2009

bodohs!

Aku paling avoid guna perkataan ini. Terutama di depan budak2. Tapi perkataan itu la best-described ngan apa yang aku buat kemarin. Bodoh. Aku tak tau cemana nak menangani emosi disebabkan kebodohan diri sendiri.

Aku tak pandai menulis, tak pandai bekata-kata. So, kadang2 and selalu aku menyakiti hati orang dengan dan tanpa sedar. Aku selalu terlalu berhati-hati dengan perkataan yang aku gunakan. Kenapa? Untuk memastikan akan ada orang sentiasa di sekeliling aku. Ada orang yang jaga perkataan bila bercakap ngan aku?

Aku melakukan kesilapan. Itu semalam. aku tidak tau bila lagi aku akan melakukan kesilapan yang sama.
Aku ni pemaksa kan?
Aku ni tak tahu malukan?
Bila la aku boleh letak tembok besar depan muka bulat tembam aku ni?
Tak tahu malu! Kalau kamu panggil aku perempuan durjana pun aku telankan aja.

Sorri sebab blah macam tu ja semalam. Tengok muka kamu macam kucing kena sembilit 25 tahun. Tak berani aku suh kamu duduk lama2. Lepas tu aku rasa aku nyesal jugak. Hahahaa…

AKu mau salahkan sapa? Salahkan sebab aku jumpa batu berangin itu? Atau mau salahkan setan-setan yang selalu teliur tengok hati hitam aku? Maka dengan bangga mereka-mereka ini mengorek-ngorek dan memecah-belahkan keimanan yang tak tau nipis tebalnya? Apa yang aku fikir eh?
Aku tau kamu baca blog ni walaupun kamu tak letak komen sini. Sebab kamu sendiri bagitau begitu. Aku tak salahkan kamu kalau kamu mendetikkan di dalam hati kamu itu yang kamu nyesal jumpa aku.
Hahaha.. itu roda sayang.... hari ni kamu jumpa pendosa esok mungkin kamu jumpa penoda. Kalau tamau jumpa manusia durjana, baik tidur dalam rumah and berfikir saja.
Kamu sakit hati? Takkan la kot? Palingpun, mesti lepas ni nombor fon aku kamu delete. Patut buat camtu masa mula2 sekali kamu dapat

Emo aku tak stabil sejak semalam, mungkin sebab tu moto abang rxz tunggang tebalik kena ngan punggung keta aku. Sori la bang. Cantik moto abang, exzos kemik tu anta kedai e. bilnya gitau ja by fon tak yah nak jumpa minum2 kopi lagi.
arini sahur ngan milo sejuk dan biskut inti nanas. selamat bepuasa.

Friday, August 28, 2009

final!


Selesai... Alhamdulillah.

Wednesday, August 26, 2009

BAckward

Menukar semula layout... Pelik ja aku rasa pakai layout sebelum ni. Satu lagi, aku tak pandai buat script, so banyak yang aku takleh nak insert. ;P. Back to basic! dan owh... esok final paper. Ilmu Pendidikan. Kalau aku dapat score paper ni, maknanya aku memang dah terer ngaja. Kalau tak score, maknanya aku kena tambahkan lagi ilmu. Tapi kan.. ilmu untuk jadi seorang pendidik paling banyak boleh di timba di sekolah. Sekolah tempat ngaja la. So, kalau tak score pun, aku masih lagi boleh belaja cemana nak ngaja. Ilmu itu takkan pernah selesai untuk ditimba. Just tunggu manusia-manusia mengorek dan menimba ja. Dengar itu ya wahai manusia sekalian.... ;)
Okeyla.. mau sambung study. Doakan aku dapat menjawab dengan heppy ya...

Tuesday, August 25, 2009

Struggling...

Finally!... Sampai jugak kami ke interaksi yang terakhir. InsyaAllah.. belum habis lagi. Tapi stat hari rabu ni, kami akan ada final exam. Rabu dan Khamis.

Hari ni da hari selasa. owh.. esok rupanya. hmmm.. sebab tu la kot sekarang da jam 2.47 pagi dan aku masih belum tido. Ngantok da... tapi nak kena abiskan jugak blaja. Sapa suh tak stadi awal2.. ambek kau jamal!.



Apa2 hal pun. Doakan yang terbaik buat aku ya. ;)

Wednesday, August 19, 2009

iStupid: Face it!

Memaafkan adalah membiarkan orang lain menyedari bahawa dia juga manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan. Memaafkan juga adalah melupakan apa juga kesalahan yang pernah dilakukan.

Melupakan itu lebih susah dari mengatakan maaf. benar..

Memaafkan itu lebih sukar dari melakukan kesilapan. benar?

Itu hidup.

Semalam itu biarkan ia tetap di belakang. Forgive is to forget. Yesterday is our history, tomorrow still hold a mystery but today is our gift, it its why it call present.

Friday, August 14, 2009

Apa masalah aku?

2 minggu lalu aku menderita sakit di pinggang kanan. Mula2 aku ingat kena apendiks. So, aku pegi la jumpa doktor. Kak ipar aku kata dia pakar. Masa tu memang sakit sangat. Sampai aku susah nak bangun. Bila jumpa doktor tu and dia check apa yg aku alami dia buat satu kesimpulan.

"Kamu ni sakit hati... sehingga murung"


Aik.. kalau hati mesti la kat bahagian dada ke, apahal pulak sakit di pinggang? Then dia tanya aku kalau aku ada masalah rumahtangga, keluarga atau apa juga yang aku terlalu memikirkan masalah itu sehingga badan aku takleh nak bawak. Aku nafikan la semua2 tu sebab setahu aku aku bahagia ja ngan hidup aku sekarang.




Tapi doktor tu tegaskan aku mempunyai masalah dan perlu selesaikan masalah tersebut di samping banyakkan rehat serta tenangkan fikiran. Aku nak naik marah pun ada.


Takkan la takda masalah nak selesaikan masalah. Masalah apa? Kenapa masalah beralih ke fizikal? Itu yang aku selalu persoalan dari saat aku keluar dari pintu klinik doktor pakar tu. So, aku pun ikut nasihat dia. Dia tak bagi ubat apa2 pun untuk sakit pinggang aku tu. Dia even tak suruh aku makan pil penahan sakit. Sakit doh!


So, aku pun mengambil cuti rehat selama dua hari and it came to me that the doctor is right. Di samping urutan dari kak ipar aku, aku pulih tanpa memakan apa2 ubat. Aku pun pelik ngan kejadian itu. Boleh ke masalah yang kita alami mengganggu fizikal dan menyebabkan kesakitan. Boleh ke orang yang tak bermasalah tidak menyedari yang dia bermasalah?


Apa masalah aku e?

H1N1?

Semalam Steve demam, dia dah outing coz nak check doktor di hospital. Harap2 dia ok. Harap2 bukan H1N1.

Sunday, August 09, 2009

Welcome

Alhamdulillah, hari jumaat aritu dah ada guru Bahasa Inggeris yang baru. Sekarang ni, sekolah agak kritikal ngan subjek english ni. Harap-harap dapat membantu. ;)