Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru!

Hei Cikgu-cikgu sekalian, kamu itu adalah luar biasa. Kerana kamu mampu melukiskan wajah-wajah masa depan. Tanpa kamu, siapa yang mampu memimpin dunia seaman ini. Syukur dikurniakan kekuatan untuk mampu membimbing dan memimpin dalam jerih payah karenah 101 ragam yang menyakitkan dan membahagiakan. Selamat Pagi Cikgu…


Cikgu Oh Cikgu.. Cikgu Jamaliah sudah masuk dua tahun melalui kejerihan dan kebahagiaan itu. Alhamdulillah Cikgu Jamaliah masih lagi memiliki kekuatan untuk menjadikan anak-anak pedalaman ini seseorang yang celik ilmu. Sebelum menjadi cikgu, Cikgu Jamaliah tidak tahu yang menjadi seorang cikgu itu bukan mudah. Cikgu Jamaliah merasakan bila menjadi cikgu boleh lepak-lepak sebab kerja setengah hari ja. Tapi apa yang Cikgu Jamaliah tidak tahu adalah Cikgu Jamaliah perlu memerah otak sekreatif tahap maksimum supaya murid yang perlu dibetulkan kawasan neuron-neuron otak yang yang tak berapa nak bersambung tu dapat disambungkan supaya segala ilmu itu melekat dan tak mengalir keluar semula. Cikgu Jamaliah tidak tahu yang Cikgu Jamaliah perlu memikirkan cara yang paling berkesan dan menarik minat murid itu untuk mendengar dan memahami segala butir high pitch yang terlontar dari kotak suara yang kadang boleh terkehel disebabkan kenakalan anak-anak murid berlari-lari di dalam kelas.


Walaupun dah masuk dua tahun mengajar, banyak lagi tatacara mengajar yang Cikgu Jamaliah masih belum tahu. Cikgu Jamaliah masih perlu untuk mencari formula untuk menjadikan anak-anak ini tahu membezakan apa itu jin kepala toncet atau huruf M. Cikgu Jamaliah ini masih lagi memerlukan tunjuk ajar dari sekalian cikgu-cikgu yang ada di luar sana.

Cikgu Jamaliah juga ingin sangat berjumpa dengan guru-guru yang sebelum ini bertanggungjawab menjadikan Cikgu Jamaliah ini boleh membaca, menulis dan mengira. Cikgu Jamaliah ingin meminta maaf sekiranya pada masa Cikgu Jamaliah masih lagi budak yang neuron tak bersambung, Cikgu Jamaliah telah menyebabkan cikgu darah tinggi dan sakit jiwa. Cikgu Jamaliah tidak bermaksud begitu kerana pada masa itu Cikgu Jamaliah masih lagi alpa dan belum mengenal dunia. Kepada Cikgu Jahariah, Cikgu Salbiah, Cikgu Inda, Cikgu Jamaluddin, Cikgu Hussein, Cikgu Latif, Cikgu Salleh Musa, Cikgu Azman, Ustazah Rosmah, Cikgu Shahrul Hizam, Cikgu Hasnah, Cikgu Gambalidah, Cikgu Abi Safian, Cikgu Yahaya, Ustaz Shahir, Lalalalaa… [*ni senarai cikgu dan ustaz yang pernah mengajar aku.. Sedikit ja yang aku masih ingat… Teruknya aku ni.. patutlah anak- murid Cikgu Jamaliah semuanya ‘baik-baik’ belaka.]


Banyak la pulak cerita Cikgu Jamaliah ni, akhir kata. Selamat Hari Guru untuk sesiapa sahaja menyampaikan ilmu Allah di dunia ini tidak kirala kamu itu, cikgu, ustaz, pensyarah, tutor, pembantu tadika, atau mat rempit yang sudah insaf. Pada masa kita berenti menuntut ilmu adalah pada hembusan yang terakhir.

2 comments:

dust said...

Selamat Hari Guru Cikgu Jamaliah..
muah2..
hahaha..

@mn4ever98@ said...

sori mal..lupa nk wish...
slmt hr guru!...guru yg cun dan sgt aktif...!!!