Monday, May 18, 2009

Lawatan Lecturer [sekali lagi??]


Pagi ni aku gembira ja, budak-budak pun perasan aku tgh dalam mood ceria. Hampir semua budak tanya aku kenapa aku agak tersenyum-senyum. Sesetengah ada pulak yang buat spekulasi. "Cikgu dan ada baby yaa... heheheh" kata mereka. Haiya ini budak...


Rupa-rupanya mood aku hari ini berkait dengan apa yang berlaku ngan aku menjelang waktu-waktu akhir sebelum tamat waktu sekolah. Kelas terakhir aku berakhir jam 11.40am jadi aku berkira-kira nak bukak internet and surf mana2. Tetiba plak, dari jauh aku tgk si Rosleh dan 3 orang lelaki yang agak di kenali. Hohohohoooo.... Rupanya Ustaz Wan Azmi, Encik Mazuki dan Encik Zeeree yang datang melawat.

Aku punya la terkejut. Aku ingat bila minggu praktikum dah abis, aku dah boleh letakkan fail2 yang berkaitan untuk pemunggahan keluar. Banyak lagi yang aku tak masukkan dalam fail tu. Terutama fail Gerko. Jurnal pun belum di print [sepertinya alasan bodoh bagi orang yang tak buat]. Aku ingat aku nak selesaikan sebelum Interaksi Jun nanti. Rupa-rupanya ada lagi penyeliaan yang aku sungguh tak sangka. Huhuhuhuhu.... tergamam aku seketika. [bukan seketika, even sekarang pun aku masih rasa lagi pening2 kepala kesan kedatangan mereka].
Aku tau banyak yang yang aku tak siapkan. Aku dah terbayang markah aku nanti... C or C-? minta2lah jangan D. Hohoho.. Aku insaf.... Aku memang teruk sangat. Ampun....

Selamat Hari Guru!

Hei Cikgu-cikgu sekalian, kamu itu adalah luar biasa. Kerana kamu mampu melukiskan wajah-wajah masa depan. Tanpa kamu, siapa yang mampu memimpin dunia seaman ini. Syukur dikurniakan kekuatan untuk mampu membimbing dan memimpin dalam jerih payah karenah 101 ragam yang menyakitkan dan membahagiakan. Selamat Pagi Cikgu…


Cikgu Oh Cikgu.. Cikgu Jamaliah sudah masuk dua tahun melalui kejerihan dan kebahagiaan itu. Alhamdulillah Cikgu Jamaliah masih lagi memiliki kekuatan untuk menjadikan anak-anak pedalaman ini seseorang yang celik ilmu. Sebelum menjadi cikgu, Cikgu Jamaliah tidak tahu yang menjadi seorang cikgu itu bukan mudah. Cikgu Jamaliah merasakan bila menjadi cikgu boleh lepak-lepak sebab kerja setengah hari ja. Tapi apa yang Cikgu Jamaliah tidak tahu adalah Cikgu Jamaliah perlu memerah otak sekreatif tahap maksimum supaya murid yang perlu dibetulkan kawasan neuron-neuron otak yang yang tak berapa nak bersambung tu dapat disambungkan supaya segala ilmu itu melekat dan tak mengalir keluar semula. Cikgu Jamaliah tidak tahu yang Cikgu Jamaliah perlu memikirkan cara yang paling berkesan dan menarik minat murid itu untuk mendengar dan memahami segala butir high pitch yang terlontar dari kotak suara yang kadang boleh terkehel disebabkan kenakalan anak-anak murid berlari-lari di dalam kelas.


Walaupun dah masuk dua tahun mengajar, banyak lagi tatacara mengajar yang Cikgu Jamaliah masih belum tahu. Cikgu Jamaliah masih perlu untuk mencari formula untuk menjadikan anak-anak ini tahu membezakan apa itu jin kepala toncet atau huruf M. Cikgu Jamaliah ini masih lagi memerlukan tunjuk ajar dari sekalian cikgu-cikgu yang ada di luar sana.

Cikgu Jamaliah juga ingin sangat berjumpa dengan guru-guru yang sebelum ini bertanggungjawab menjadikan Cikgu Jamaliah ini boleh membaca, menulis dan mengira. Cikgu Jamaliah ingin meminta maaf sekiranya pada masa Cikgu Jamaliah masih lagi budak yang neuron tak bersambung, Cikgu Jamaliah telah menyebabkan cikgu darah tinggi dan sakit jiwa. Cikgu Jamaliah tidak bermaksud begitu kerana pada masa itu Cikgu Jamaliah masih lagi alpa dan belum mengenal dunia. Kepada Cikgu Jahariah, Cikgu Salbiah, Cikgu Inda, Cikgu Jamaluddin, Cikgu Hussein, Cikgu Latif, Cikgu Salleh Musa, Cikgu Azman, Ustazah Rosmah, Cikgu Shahrul Hizam, Cikgu Hasnah, Cikgu Gambalidah, Cikgu Abi Safian, Cikgu Yahaya, Ustaz Shahir, Lalalalaa… [*ni senarai cikgu dan ustaz yang pernah mengajar aku.. Sedikit ja yang aku masih ingat… Teruknya aku ni.. patutlah anak- murid Cikgu Jamaliah semuanya ‘baik-baik’ belaka.]


Banyak la pulak cerita Cikgu Jamaliah ni, akhir kata. Selamat Hari Guru untuk sesiapa sahaja menyampaikan ilmu Allah di dunia ini tidak kirala kamu itu, cikgu, ustaz, pensyarah, tutor, pembantu tadika, atau mat rempit yang sudah insaf. Pada masa kita berenti menuntut ilmu adalah pada hembusan yang terakhir.

Tuesday, May 12, 2009

Angel & Demon


Release : 15th May 2009

Can't wait to watch it on a big screen.
Sedang membaca semula novel tersebut: Angel & Demon by Dan Brown.

Friday, May 08, 2009

Happy Mother's Day


Mak aku takkan baca blog aku ni, tapi aku nak jugak wish dia Happy Mother's Day. Harap mak aku sentiasa sihat dan sayangkan aku seperti dulu. Aku baru perasan yang aku tak banyak entri berkaitan family aku. Bukan sebab aku lupa, tapi aku jarang berada dekat ngan family. Balik Sabah pun, masih lagi duk jauh dari umah.
Baby comel di pangkuan aku itu bukanla hasil dari aku ya... Itu hanya la olok-olokan dan harap auranya akan tersebar kepada kedua2 hamba Allah yang berbaju hijau itu. hehhehhe... Thanks pada Jem dan isteri atas peminjaman baby [Arif], mungkin sekarang Arif kecik itu suda pandai berjalan ke sana ke mari..