Thursday, November 27, 2008

appreciation


Hidup manusia memerlukan penghargaan untuk membina keyakinan. Bila kita dihargai oleh seseorang, itu bermakna ada sesuatu dalam diri kita ini yang unik dan perlu bagi dia. Kita patut bangga and seboleh-bolehnya kita dapat memberikan respon terbaik untuk menunjukkan bahawa kita berterima kasih dengan penghargaan yang diberikan.


Aku menghargai kamu, aku berbangga jadi kawan kamu dan aku tak mahu kehilangan kawan seperti kamu. Bagiku itu adalah penghargaan terbaik yang aku mampu berikan untuk kamu. Adakah aku melampau dalam memberikan penghargaan? Maaf, kadang-kadang emosi itu melebihi akal fikiran waras hingga boleh menjadikan seseorang manusia bertindak keterlaluan. Atau kamu yang tidak tahu bagaimana untuk memberikan respon terbaik untuk itu. Yah! Kamu pernah jadi kawan aku, tapi jika aku selalu mengatakan kata maaf, itu bermakna aku tidak layak sebab seorang kawan tidak sepatutnya melakukan sesuatu yang memungkinkan untuk dia meminta maaf.


Aku sayangkan kamu sebagai kawan, sebagai teman, sebagai sahabat, sebagai pendamping atau sebagai apa jua yang kamu inginkan. Jangan pergi sebab aku masih menghargai kamu. Tapi bagaimana kalau kamu harus dan perlu dan wajib dan yang sewaktu dengannya, tinggalkan aku demi kebaikan semua pihak. Aku tidak tahu bagaimana dan dengan apa untuk meneruskan semua ini. Tapi aku masih macam dulu, aku masih merasa itu. Apakah kamu sudah lupa aku pernah wujud dalam hidupmu dulu?


Kawan, teman dan yang sewaktu dengannya, hidup ini sekejap ja. Semalam kamu jumpa aku, hari ini kamu jumpa dia, siapa tahu esok aku tiada lagi. Aku tahu kamu takkan sedih, sebab kamu punya ramai kawan seperti aku. Semua berpangkal dengan penghargaan, kalau kamu hargai aku, aku akan dapati yang kamu ada sentiasa ada di sisi. Merasa walau tidak melihat. Namun jika kamu sebaliknya, aku akan faham sebab kamu hanyalah manusia biasa yang punya hati dan perasaan dan tahap kesabaran kamu itu takkan mungkin menyamai tahap kesabaran malaikat.


Apa jua kehidupan yang kamu pilih, aku harap kamu bahagia..

Saturday, November 22, 2008

Sukaneka KDC



Sepanjang weekdays dalam minggu ni, aku rasa stress ja. Aku tau sebenarnya apa yang menyebabkan aku stress. Kepala rasa berat sangat, macam ada ketulan-ketulan dalam otak aku ni yang perlu dipecahkan, tapi tak tau camna nak pecahkan. Tapi tak apa la, at least masih lum gila lagi. Mungkin sebab 2 minggu sebelum cuti, aku dibebani dengan aktiviti yang memerlukan kudrat yang banyak, jadi segala bebanan itu ter'drag' sampai la masuk maktab. Masuk maktab pulak buat aku tension, yes I am tension plus stress. Sebab kamu la! Kamu patut bertanggungjawab.

Tapi Alhamdulillah, minggu ni berakhir dengan BOOM. Pagi tadi kami ada Sukaneka Antara Unit KPLI-KDC Pemulihan. Ada 3 unit semuanya dan setiap unit kelolakan setiap satu. Untuk sukaneka ni, Unit 1 (unit aku la), kelolakan permainan Pemukul (macam ala-ala kriket). Unit 2 pulak, kelolakan permainan sasaran ( Kena baling bola besar guna bola tenis sampai tergolek ke pihak lawan. Unit 3 kelolakan Permainan Bola Jengket (Seperti permainan bola tampar kecuali dalam permainan ni, pemain kena jengket kaki, kalau letak kira foul).

It was fun! and membantu aku mengurangkan keberatan kepala aku. Mungkin ketulan-ketulan di kepala aku dah pecah. Sekarang dah ok dah. Untuk games ni, Unit aku dapat 3rd place untuk game Sasaran dan 1st place untuk Bola Jengket. Games yang kami kelolakan, tak dapat apa-apa ;) tak apa la tu. Tapi Alhamdulillah, sukaneka ni banyak bantu kami mengeratkan kerjasama dan persefahaman antara kami. Yes, aku ngaku sebelum ini Unit 1 agak lembab dari segi kerjsamam berbanding unit lain. Tapi masa sukaneka ni, semua memberikan komitmen yang tinggi. Puan Norhayati (pensyarah PJK) pun puas hati ngan Unit kami and tak puas-puas memuji :) kembang gak sekejap.

Micro Teaching

Sepanjang 5 hari pada minggu pertama di IP Tawau, banyak benda yang perlu aku fikirkan dan ada di antaranya tak mampu aku selesaikan. Kuliah dari jam 7.30pg sampai jam 5.00ptg, tapi rehat jam 10.30-11 dan 1.00-2.00. Jadi sepanjang hari, kami cuma ada masa 1 jam setengah untuk berehat. Minggu ni, kami banyak mengisi masa rehat itu untuk taklimat la, perbincangan la and sekali tu, kena cuci ngan penyelaras. Tau la guru pemulihan, and perangai pun sebijik cam budak pemulihan, sebab tu penyelaras naik hangin.
Minggu ni jugak kami mula Micro Teaching (mengajar macam ngajar kelas sebenar). Alhamdulillah, komen dari pensyarah agak memberangsangkan dan teguran beliau amat berguna untuk aku gunakan semasa praktikal yang akan bermula Januari tahun hadapan.
wish me luck ya... Bukan nak dapatkan A atau cemerlang, tapi bila ada orang care ngan pengajaran kita, kita lagi teruja untuk buat yang terbaik and dapat mengukur tahap pengajaran kita, ok ke tak ok... Buat masa sekarang, pengajaran yang aku buat di sekolah mengikut macammana yang terbaik untuk anak murid aku, mana la tau pensyarah pembimbing aku nanti boleh betul-betul bimbing aku and perbetulkan mana-mana. InsyaAllah, aku akan buat yang terbaik and sekiranya ada di antara anda yang terbaca post ni sorang guru bekas pelatih, bolehlah perturunkan apa-apa yang aku boleh praktikkan nanti k.

Friday, November 21, 2008

Scout Out


Hari rabu adalah hari ko-kurikulum. Unit KDC Pemulihan 1 adalah anggota pengakap, tidak boleh tidak kena masuk pengakap jugak. Aku, pasal pengakap ni memang satu benda pun aku tak tau. Memang la penah dengar tapi tak penah terfikir nak masuk. Dari sekolah menengah tahun 2007, semua sekali pelajar-pelajar perempuan SMKA Tun Sakaran kena masuk Persatuan Puteri Islam. Itupun sekadar ahli ja. Tak aktif pun.

Pasal pengakap ni pulak, aku memang buta sikit la. Belajar teori ja tapi praktikalnya agak terkebelakang. Sampaikan nak lekat logo dekat baju aku pun boleh salah! huh! malu aku. Kepada anda-anda yang ahli pengakap di luar sana, abaikan logo di baju aku yang pelik ja rupanya tu sebab, aku pakai logo yang sepatutnya dilekat ke topi, aku lekat kat dada. Nasib baik yang tegur tu, kawan-kawan ja and bukan lecturer. Kalau kena lecturer yang tegur, ditambah lagi ngan lecturer yang jenis kalau menegur pelatih, tak kira malu tak malu.
Hari tu, Rabu (19 hb November 2008- Tahniah kepada anda-anda yang bergraduasi pada hari tersebut) kami semua 'lengkap' ngan uniform, beramai-ramai melawat pelatih-pelatih (KDPM-Kursus Diploma Perguruan Malaysia) yang berkhemah di Taman Bukit Tawau (Table) Tapi kami sekadar tengok ja la, nak buat tak lagi. Tak dapat dah kot sebab kalau tak buat interaksi kali ni, bermakna kami memang tiada harapan la nak buat. Walaupun lawatannya sekejap ja tapi agak memenatkan. Mungkin sebab aku pakai high heel (Apa kejadahnya aku pakai high heel pi masuk pusat rekreasi perkhemahan tu, salah aku jugak!) Alih-alih dapat penat yang berkesangatan. Di tambah lagi ngan stress yang ntah dari mana datangnya. Hmmm.... Tarik nafas ja aku.

Wednesday, November 19, 2008

Bye...bye.. teacher


Interaksi Nov-Dec 2008 versi 1.0

Interaksi Tutorial bagi sesi November-Disember telah bermula! Interaksi kali ni agak lain sebab batch yang (hampir) sama-sama ngan kami dah takda. Maknanya kurang la wajah-wajah yang dikenali di IP sepanjang interaksi ni. Macam tak best la pulak. Lagipun, kami dah boleh dianggap senior sebab dan setahun belajar sini walaupun setakat hanya 3 kali dah interaksi. Bila dah senior atau dah berpengalaman sikit jadi perangai pun nak kena jaga. Kalau interaksi pertama kami dulu (Nov Dec 2007), kami agak terkial-kial dan masih lagi kabur-kabur tentang banyak benda, sekarang ni kami lagi pandai mengawal situasi dan peranan. Cara mengawal penyiapan assignment jugak dah semakin matang ;P. Bukannya sebelum ini tak penah buat assignment masa di Universiti tapi cara pengurusan masa dalam interaksi sebelum ini agak membunuh diri sendiri. Jadi untuk interaksi kali ni, kami lebih berhati-hati terutama dalam pengurusan masa ni. InsyaAllah, interaksi kali ni akan lagi berseri dengan aktiviti BIG (Bina Insan Guru) yang akan dilaksanakan pada 3-6 November 2008 and bertempat di Borneo Paradise, Lahad Datu. Alhamdulillah, syukur sangat diorang dah awalkan dari tarikh asal (13-16 Dec), at least bila dah abis interaksi ni bolelah perbetulkan balik mana-mana urat yang terputus atau kulit yang dah terbakar. Mesti menjaga ke'ayu'an untuk masa depan! ;) hehe...

Tuesday, November 18, 2008

Kamu dan Cintaku

Aku yang lemah tanpamu. Aku yang rentan kerana cinta yang telah hilang darimu yang mampu menyanjungku. Selama mata terbuka, sampai jantung tak berdetak selama itu pun aku mampu untuk mengenangmu. Darimu, kutemukan hidupku. Bagiku, kau lah cinta sejati. Bila yang tertulis untukku. Adalah yang terbaik untukmu. Kan kujadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku. Namun takkan mudah bagiku meninggalkan jejak hidupku yang telah terukir abadi Sebagai kenangan yang terindah.
Yah aku adalah pencinta, aku sedang bercinta dan sedang mencintai seseorang. Aku tak kisah kalau kamu kata aku jiwang sebab aku adalah manusia dan aku punya anggota yang kita panggil hati. Hatiku adalah sesuatu yang agak sukar untuk aku kawal. Lalu aku biar ja hati aku melekat pada sesiapa yang ingin dipahatkannya. Kalau kamu cuba leraikan, maka rosaklah hati dan kamu kira masih adakah pengganti yang mampu memulihkan hati ini?

I am forever yours...

Well open up your mind and see like me/
Open up your plans and damn you're free/
Look into your heart and you'll find that the sky is yours/
Please don't, please don't, please don't/
There's no need to complicate/
Cause our time is short/
This oh this this is out fate, I'm yours!

I AM FOREVER YOURS...

Saturday, November 15, 2008

Comot&Comel


That boy with red arrow on his head is Mohd. DzulAzhar bin Nasran. But, well-known with his short but unrelated nickname: Arip (I wonder why...)

Hectic Weeks


Alhamdulillah.. selamat jugak aku sampai di Bandar Sandakan. Tak lama ja 3 minggu berlalu sejak aku outing hari tu. Mungkin disebabkan kesibukan yang berkesangatan. Lepas Deepavali (aku kuar) minggu tu adalah minggu exam jadi agak free sikit sebab aku just ajar 2 kelas perdana (BM tahun 4 dan Math tahun 3) selebihnya adalah kelas pemulihan yang tak termasuk dalam exam sekolah. Walaupun macam tu, aku agak lambat menanda kertas budak2 tahun 3 sebab aku perlu melakukan sesuatu yang hanya aku dan orang-orang yang berkenaan ja yang tau. Perangai cikgu-cikgu ni macam-macam, semata-mata nak nama famous, sanggup lakukan apa ja. Tapi benda tu biarlah dia dan Allah ja yang tahu. Taknak la cerita panjang2 tentang insiden yang memalukan organisasi tempat aku bekerja.

Second week, kerja agak bertambah sebab aku buat Program Bacaan Pantas untuk pelajar-pelajar pemulihan aku. Program khas untuk pelajar-pelajar yang dah pulih dan boleh membaca. Alhamdulillah, walaupun masih ada yang perlu diperbetulkan, tapi pencapaian mereka dah boleh menyaingi kawan-kawan yang lain. Cuma, untuk tahun 2009 aku akan tetap memantau diorang supaya tidak terus tertinggal. Then, minggu itu jugak adalah Minggu PPSMI, and kami buat Pertandingan Spelling B, Story telling, puzzle English dan puzzle Math. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Third week, memang giler hectic nak mampos. Hari isnin ada Program dari Persatuan Bahasa Malaysia pulak. Walaupun sehari ja, tapi hari itu jugak kami kena bersedia untuk Hari Anugerah Kecemerlangan yang tarikhnya terpaksa diawalkan memandangkan tarikh asal (12hb-Rabu) kami kena bersedia untuk event hari khamis. So, bermula malam isnin, tido aku dah tak tentu. Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar, macam biasala, event yang memerlukan komitmen semua orang. Walaupun guru di sekolah ni ada 11 orang dan 1 ktbm tapi huh.. hampeh tol (alemak, terbuka pekung la pula) takpa la tu, sekali lagi, biar mereka dan Allah saja yang tau.. Hari rabu kami kena update files dan clearkan mana yang patut sebab Pengarah sekolah Harian dari Kementerian datang melawat. Menurut mereka, lawatan itu untuk menanda aras bagi memasukkan guru-guru sandaran di sekolah. Kalau nak letak guru baru kat sekolah aku, please la letak guru Bahasa Inggeris, kesian betul budak2 ni terkontang-kanting sebab ketiadaan guru BI.
Apa-hal pun, mesti aku rindu budak2 ni masa 2 bulan di luar.

Aku masih merasa CINTA itu.

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramutersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada disana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu KEJUJURAN

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI

Tetapi Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA!!
Cintaku adalah kesakitan yang teramat... Mungkin hanya aku, Dia dan kamu yang tahu...