Hari ni dah masuk hari ke 10 aku berada di Terusan Sugut sejak bercuti sempena Raya Cina, dan semenjak itu jugak setiap hari hujan turun tak pernah berhenti dari awal pagi sampai petang dan selalunya sampailah ke malam and sampai ke pagi balik!. Melangkah keluar ja, mesti ada payung kat tangan. Tak pernah aku merasa musim hujan yang begini teruk. Lembab ja sepanjang hampir 2 minggu ni, pegi mana-mana asyik basah ja. Dahlah laluan ke sekolah dan kerumah serta bangunan lain becak ja, nak jalan pun tak best betul. Aku pakai selipar Jepun ja masa ngaja, hahaha... Laluan ke public phone pun dah banjir, tak boleh la menelefon orang-orang tertentu selalu.. sori ya ;). Lagi pun kalau hari hujan, public phone tu akan bagi warning: “Tiada Nada Dail, Letakkan Gagang”, Mungkin sebab awan tebal betul, jadi receiver takleh nak detect ngan satellite kat atas tuh.
Sejak hujan ni, sapi serta najis beliau yang selama ini ada di merata-rata tempat dah cair dan tenggelam di antara lopak-lopak air. Kalau nak jalan dah tak boleh beza dah sama ada terpijak najis lembu atau tanah gambut yang berwarna hitam. Lantak la.. bukan haram. Rumah aku tinggal ni pun sebab dah buruk, atap dapur memang completely bocor and kalau hujan tak henti-henti macam ni, memang keseluruhan dapur akan basah. Dekat ruang tamu, adalah dalam 2 bahagian yang bocor and dah sentiasa sediakan baldi kat situ. Nasib baik bilik aku masih selamat tapi, oleh kerana cermin tingkap yang tak leh ditutup, tempias hujan tu pun masuk jugak, habis langsir aku basah. Paras air sungaipun makin naik, silap-silap boleh banjir tapi mengikut cerita penduduk kampung sini, setakat ni walaupun hujan lebat macamana pun kampung ni takkan banjir punya. Harap-harap begitu lah. Kalau malam, sejuknya jangan ceritalah, nyesal bawak 1 selimut ja, bangun pagi nak ngajapun rasa macam berat hati nak keluar dari selimut, nak mandi dengan air sejuk lagi, bukannya ada water heater, kalau nak mandi dengan air panas, kena masak air dulu la, patutla tulang aku dah mula sakit-sakit, mungkin sebab selalu mandi dengan air sejuk dalam cuaca sejuk macam ni, nasib baik aku amalkan minum susu Anlene.. ehehe.. promosi susu jap ;) kalau tak, mungkin dah jalan bertongkat dah ;p. Rutin bermain setiap petang pun terpaksa dibatalkan. Balik umah tengahari lepas sekolah, just duduk umah tengok hujan turun, dengan takda letrik lagi, nasib baik aku dah angkut buku-buku kakak aku yang berlonggok di umah. Leh la aku habiskan masa ngan membaca. Bilik aku pun dah serupa library, hehe.. aku akan menambah lagi koleksi ni cuti nanti. Aku ingat nak lepak satu hari kat MPH (since dah ada member card ;p) ataupun dekat kedai buku uncle CM nanti.
Oh ya.. Aku akan bercuti di KL cuti sekolah bulan Mac nanti, insyaAllah dalam 9hb Mac aku fly ke sana. Buat kawan-kawan yang nak buat appointment, sila kontek number aku.. ekekekeke.. macam feymes betul sampai semua orang nak jumpa. Aku ingat nak buat reunion ngan kawan lama yang memang dah lama tak jumpa. Bila dah jauh, apa lagi kalau dah terpelanting di pedalaman ni, ingatan dengan kawan-kawan tu datang balik, baru la hargai masa-masa bersama dulu.

1 comment:
mal cuti sekolah nt jgn lupa singgah klang! tgk izzah hanaani...dia nk jumpe auntie yg amik pic kawin mak bapak dia ....see u on march!!!!
Post a Comment