Tahun ni giliran beraya di kampung aku di Kampung Tonggulangan, Semporna. Seawal 26hb Ogos, encik Arip suda fly ke Sandakan dan dari sana kami naik bas ke Semporna.
Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Namun hanya Allah yang menentukan. Menjelang malam takbir, kami di kejutkan dengan berita yang amat menyedihkan. Salah seorang makcik (isteri kepada adik bongsu mak aku) meninggal dunia. Oleh sebab itu, sebahagian besar ahli keluarga bergegas ke Sandakan.
Tinggallah aku, kak tie, suami masing-masing dan anak-anak buah yang masih lagi tinggal di rumah pada pagi raya. Walaupun sedih, kami masih lagi berusaha untuk menyediakan juadah sekiranya ada tetamu yang hadir.
Rancangnya tahun ni nak bergambar family (kami selalu terlepas bergambar family di hari raya) dan tahun ni pun macam tu jugak. InsyaAllah.. kalau lanjut usia, kita akan bertemu lagi di tahun akan datang. Jadinya, gambar pada tahun ini, aku dia dan kamu la. ehehehe... walaupun masih dalam keadaan sedih, tapi sempat la jugak melaram di pagi raya. :)
4 comments:
wow merah .. i loikeeee. hehe. cantik baju kamu jugak turban itu. ehh kamu jugak sedondon dgn kerusi (mcm tema raya aku thn ni) hahaha ;)
mal, ape maksud 'aku dia dan kamu'? dah ade ker? hehe...
hahaha.. merah hitam kononnya.. tapi hitam sangat tak nampak di situ.
Weh.. gambar raya korang pun sama jek sedondon ngan langsir.. ahahahaa.. 2x5 jek!
man: alemak, statement itu nampaknya mengundang persoalan.. eheheh.. aku just maksudkan, aku(saya) dia (arip) dan kamu(org2 yg melihat gambar ini).
soalan untuk "dah ade ker?" itu.. belum berkesampaian lagi.. insyaAllah.. akan diusahakan di lain waktu dan ketika.. ahahahaha
Post a Comment