Ni aku nak cerita pasal pengalaman pertama aku ber water rafting. Sebenarnya sudah sekian lama jugak aku memendam rasa ingin mencuba rafting ni. Iaitu memula aku tau tentang Sungai Padas masa di Universiti dulu. Beberapa bulan lalu, semasa kunjungan aku ke Luanti, Ranau (tempat di mana ikan me'massage' badan manusia), mereka ada promosi untuk rafting, tapi sebab masa itu agak terhad so pospone dulu a.
Baru ni, aku n Arip ke Ranau, dan kami apa lagi... cuba lah!
Dengan bayaran hanya RM 60/ person, kami di bawa ke Sungai Liwogu, Ranau. Peralatan semua disediakan, kami just tau bayar jek.
Kira-kira jam 10 pagi, 17 September, kami di bawa menaiki van dari Luanti ke pesisir sungai Liwogu dan di sana, staff2 suda menunggu. Setelah memakai jaket dan helmet, bersedia dengan doa minta diselamatkan dari segala mala petaka, kamipun memulakan rafting.
Bertemankan dua lagi anak sedara aku, Along aka Farhana dan Adik aka Naqiyah. Memula, agak cuak jugak sebab tidak tahu macamana keadaan sungai tu. deras ke tak, ada buaya ke tak.
Anak sedara aku dah mula mengucap segala bagai.
Ia adalah pengalaman yang menarik untuk di ulang semula. Lepas ni nak try Kiulu dan Padas pya rafting pulak. Tengok thrill tak thrillnya kau! Tunggu...
Bagi yang berminat nak test power di Sungai Liwogu dulu, bole la contact staf di Ikan Tagal Luanti, Ranau.
Tapi tak ambik no. fon laa plak.. adeh.
No comments:
Post a Comment