Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia
Kelas : Tahun 5
Hari : Jumaat
Bilangan Murid : 10 orang
Cikgu: Hari ini kita akan membincangkan tentang kebaikan dan keburukan menonton televisyen. Baiklah, apa rancangan kegemaran kamu?
Murid 1 : Kartun cikgu!
Cikgu : Selain kartun, apa lagi yang kamu selalu tengok?
Murid : senyap...
Cikgu : Baiklah, siapa tahu apakah rancangan yang disiarkan pada jam 8 malam?
Murid 2: BARISAN NASIONAL!! dengan penuh bangga.
Murid 3: 1 Malaysia!
Cikgu : erk... Nampak sangat laa berita Malaysia penuh ngan Barisan Nasional jek.
Friday, September 23, 2011
Thursday, September 22, 2011
Rafting at Liwogu
Ni aku nak cerita pasal pengalaman pertama aku ber water rafting. Sebenarnya sudah sekian lama jugak aku memendam rasa ingin mencuba rafting ni. Iaitu memula aku tau tentang Sungai Padas masa di Universiti dulu. Beberapa bulan lalu, semasa kunjungan aku ke Luanti, Ranau (tempat di mana ikan me'massage' badan manusia), mereka ada promosi untuk rafting, tapi sebab masa itu agak terhad so pospone dulu a.
Baru ni, aku n Arip ke Ranau, dan kami apa lagi... cuba lah!
Dengan bayaran hanya RM 60/ person, kami di bawa ke Sungai Liwogu, Ranau. Peralatan semua disediakan, kami just tau bayar jek.
Kira-kira jam 10 pagi, 17 September, kami di bawa menaiki van dari Luanti ke pesisir sungai Liwogu dan di sana, staff2 suda menunggu. Setelah memakai jaket dan helmet, bersedia dengan doa minta diselamatkan dari segala mala petaka, kamipun memulakan rafting.
Bertemankan dua lagi anak sedara aku, Along aka Farhana dan Adik aka Naqiyah. Memula, agak cuak jugak sebab tidak tahu macamana keadaan sungai tu. deras ke tak, ada buaya ke tak.
Anak sedara aku dah mula mengucap segala bagai.
Ia adalah pengalaman yang menarik untuk di ulang semula. Lepas ni nak try Kiulu dan Padas pya rafting pulak. Tengok thrill tak thrillnya kau! Tunggu...
Bagi yang berminat nak test power di Sungai Liwogu dulu, bole la contact staf di Ikan Tagal Luanti, Ranau.
Tapi tak ambik no. fon laa plak.. adeh.
Wednesday, September 21, 2011
Aidil Fitri 2011
Tahun ni giliran beraya di kampung aku di Kampung Tonggulangan, Semporna. Seawal 26hb Ogos, encik Arip suda fly ke Sandakan dan dari sana kami naik bas ke Semporna.
Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Namun hanya Allah yang menentukan. Menjelang malam takbir, kami di kejutkan dengan berita yang amat menyedihkan. Salah seorang makcik (isteri kepada adik bongsu mak aku) meninggal dunia. Oleh sebab itu, sebahagian besar ahli keluarga bergegas ke Sandakan.
Tinggallah aku, kak tie, suami masing-masing dan anak-anak buah yang masih lagi tinggal di rumah pada pagi raya. Walaupun sedih, kami masih lagi berusaha untuk menyediakan juadah sekiranya ada tetamu yang hadir.
Rancangnya tahun ni nak bergambar family (kami selalu terlepas bergambar family di hari raya) dan tahun ni pun macam tu jugak. InsyaAllah.. kalau lanjut usia, kita akan bertemu lagi di tahun akan datang. Jadinya, gambar pada tahun ini, aku dia dan kamu la. ehehehe... walaupun masih dalam keadaan sedih, tapi sempat la jugak melaram di pagi raya. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)