Monday, November 01, 2010

011110 - Happy Birthday Sayang!

1 November 2010

Hari jadi encik suami yang tercinta dan juga peperiksaan akhir bagi murid-murid. Pagi ni aku jaga 1 kelas jek, BM kertas 2 tahun 6. Selama 1 jam 15 minit... Tapi sebenarnya kepala aku tidak berada di sini kerana aku ingin sangat berada bersama encik comelku yang menyambut hari jadi ke 28 tahun! Jadinya, selama sejam lebih tu jugak la aku menghabiskan masa menconteng2... ini adalah contengan pertamaku yang aku anggap menjadi walaupun tetap buruk dan tak seperti contengan encik birthday boy yang selalu buat aku nak cium2 jak lukisan dia.. hehehe...

Sebelum ni, kalau aku menconteng, hasilnya adalah katun2 berbadan kurus. Murid-murid aku pun selalu jek ketawakan lukisan aku yang kurus tapi still derang tetap faham apa yang aku lukis.. i am not that bad after all!.. hahahaha

Ok la, kepada encik kekasihku, Muhammad Arief bin Suparjo Noordin, semoga tahun 2010 dan tahun2 yang akan mendatang, kau akan sentiasa berada dalam lindungan Allah dan sentiasa diberkati, diampunkan dosa, dipermudahkan urusan, diberikan kesihatan, kejayaan, keselamatan, kebahagiaan, ketenangan jiwa, rezeki yang halal, anak yang soleh dan solehah serta isteri mithali yang sentiasa berada di sisi kau di dalam susah dan senang.. Aminnn...

2 comments:

@mn4ever98@ said...

heeppi besday ariepp..hehe tumpang wish kat blog jamal...

mal,besday arief awal sehari je dr m...so kite berkongsi suami yg dekat2 tarikh lahir....agak2nye perangai sama tak?..hehe

maisyah said...

1 November 2010 ka?

emm..next year mesti lagi cantik tarikh ni kan..1.11.11..!

*hepi besday to ur hubby too..