Friday, October 30, 2009

Rasengan! :D


Bulan lalu aku buat spek baru coz spek lama ni penuh scratch :P and aku baru tau rupanya degree kerabunan mata aku da meningkat. Pastu sejak ahad arituh, mata aku di serang penyakit mata, budak-budak sini panggil ‘bilas’. penyakit mata yang merah dan ber’najis’… hohoho.. Bila kali terakhir aku kena penyakit ni pun aku tak ingat. Masa budak2 ada kot.
Memang Dia dah tarik balik nikmat yang Dia bagi. Mesti ada sebab. Tapi oleh kerana aku ni manusia yang alpa, aku masih lagi tidak sedar akan pembalasanNya.
Napa aku tau aku tak bersyukur? Sebab, walaupun aku dah di beri penyakit mata dan dapat cuti rehat selama 3 hari, aku pulun tengok Naruto dari malam sampai ke subuh.
Aku abiskan 90 episod Naruto sampai muntah. Sampai aku dah hafal lagu intro dia. Sampai di kepala aku ni aku dengar ja Naruto menjerit “Rasengan!”. Hohoho… Esok hari sabtu, aku mau sambung lagi tengok beberapa episodes :D

No comments: