Tingat masa kecik2 dulu, rasanya peredaran waktu itu sangat lambat sekali. Berjalan kaki waktu pagi ke sekolah terasa sangat lama dan memenatkan. Nak tunggu bunyi loceng rehat berbunyi sangat menderakan dan perjalanan balik ke rumah rasa-rasanya sangat susah nak sampai. Laluan perjalanan aku ke sekolah masa sekolah rendah dulu agak jauh dan sekadar berjalan kaki sahaja. Masa itu memang waktu terasa sangat perlahan. Bila cuti hujung tahun berakhir, macam dah sejuta tahun tak gi sekolah.
Bila da besar ni, baru terasa yang tempoh sehari itu sangatlah singkat. Kejap ja masuk ngaja di kelas, loceng menandakan balik sekolah berbunyi. Aku even tak sedar yang aku dah dua tahun ngaja di sini. Betulla, tanda2 kiamat semakin hampir adalah apabila masa itu berlalu dengan sebegitu pantas. Tapi masih ramai lagi yang leka, aku tak terkecuali. Masih lagi berlumba-lumba melakukan dosa. Masih lagi tidak berusaha untuk menambahkan bekalan. Di usia 28 tahun ini, aku sedar yang aku dah banyak melakukan sesuatu yang boleh menjadikan aku salah seorang ahli neraka. MasyaAllah..
4 comments:
ive said this before.. time flies by too fast these days kan? just in a blink
setahun lg dah bole mintak posting sini.. kan? ;p
aku teringin nak ke terusan sugut.. :)
To surie: Kalau la molot ko tu masin, kan best... :(
To Azzah: Mari..mari... anta sekali buku e? ekekeke
Post a Comment