Tuesday, February 10, 2009

This is my LIFE...

Ni gambar aku baru ambik tadi. Even skg pun aku tgh pakai baju biru tu. Minggu ni dah masuk minggu ke 4 praktikum aku. Tak terasa pun waktu berlalu, dah nak masuk sebulan praktikum, tapi pensyarah pembimbing lum datang melawat. Jalan di tutup sebab banjir dan laut bergelora. Susah jugak orang luar nak masuk sekarang ni. Tapi kalau kira bersihnya, baru masuk minggu ke tiga la sebab tolak seminggu cuti raya cina. Malam2ku dipenuhi ngan pemerahan otak untuk buat RPH + BBM + Lembaran Kerja. Sebab petang, aku online+tido. Paling awal aku leh tido, pukul 1am. Itupun selepas memaksa diri untuk menangguhkan keja ke hari esoknya.
TANGGUH...
huh! aku benci sungguh perbuatan itu, tapi itu jugak la yang selalu aku buat. Puratanya, aku ngajar 3 kelas setiap sehari kecuali isnin dan jumaat, 2 kelas pemulihan dan 1 kelas biasa, ngaja matematik. So, setiap malam aku kena sediakan RPH untuk 3 kelas. Bunyinya macam ringan ja kan? Aku pun masa mula2 arrangekan jadual tu memang terasa ringan jugak tapi bila kelas dah berjalan, ngan budak2 pemulihan yang diajar mengenal huruf kecil selama 2 minggu tak kenal2 lagi. Naik biul2 jugak otak aku fikirkan cemana lagi cara untuk buat dorang dapat apa yang diajar. Terima la hakikat yang dorang ni memang budak pemulihan yang sememangnya sangat memerlukan pemulihan..

No comments: