Thursday, December 11, 2008

Bravo Wrap up!!

Yah Thats it! Officially dah berakhir interaksi November-Disember 2008. Alhamdulillah, segalanya menghepikan, memuaskan dan meninggalkan kenangan baru. Thanks ngan geng-geng karas, unitmate, roomate, IPmate, ex-IPmate and segala mate la. Tak terasa pun dah sampai dah 4 minggu berkubang di IP ni.


Pejam celik tak sedar tetiba dah selesai, celik sepanjang malam, pejam sepanjang kelas pun ada.
Ketawa, ketawa sumbing, ketawa macam nak mati, ketawa ayu, buat-buat ketawa. Semua ada.
Geram, macam nak gigit orang pun ada. (ni semua Azrin punya pasal)
Buat-buat konsentret sampai sakit kepala pun ada (ni En. Shukor punya pasal ;))
Excited sampai terasa nak demam pun ada jugak.

Interaksi kali ni diakhiri ngan test TITAS dan Pembentangan BBM, tu yang nak cakap Bravo wrap up tu, ni ha, gambar ni: tengok dulu a.


Ni gambar pembentangnya, nampak ja ayu tapi hehehe... ;P (I feel good for being Jamaliah..)




Ni plak BBMnya, kecik ja n BBM ni digunakan untuk pengajaran bagi mengenal dan menulis bentuk huruf vokal aeiou. Tak payah la nak cerita panjang-panjang pasal BBM ni. Cukup sekadar aku cakap aku sangat berpuas hati ngan hasil ni. Walaupun nampak very simple yet very useful and aku nak tepuk Bravo untuk kami. Ada lagi cerita menarik pasal BBM ni, tapi bak kata Siti Nurhaliza (Pn Patima), Biarlah Rahsia... Betul tak Anis? ;)


Abaikan aksi-aksi melampau dan luar kawalan sepanjang pembentangan, semua pun adalah aku. Seperti yang aku cakap tadi I feel good for being myself. Yes, aku juga bangga menjadi Jamaliah anak kepada Encik Maripat.

Apa-apahal, aku GUMBIRA...

2nd last


Esok dah hari Jumaat and sepatutnya merupakan hari terakhir di IP, kalau BIG takda, sepatutnya aku dah boleh balik esok juga. Ada banyak benda yang menunggu aku di rumah, perlu dibereskan sebelum harinya sampai. Tapi aku sedih jugak tinggalkan IP. Mungkin sebab di sini aku ada banyak kenangan ngan kawan-kawan, lecturer and lain-lain. Memang la nanti Jun tahun depan kami akan masuk jugak tapi kemungkinan suasana akan lain sikit sebab kami jugak akan ada exam so kemungkinan kami akan ketiadaan masa untuk enjoy. Sekarang la masanya untuk kami mencipta kenangan yang kami akan bawa sepanjang kerjaya sebagai guru. Aku harap selama 4 hari yang mendatang memberikan kami sesuatu yang bermakna. InsyaAllah..

Wednesday, December 10, 2008

EidAdha

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Nasib baik aku asal Semporna, so aku tidak perlulah beraya di IP macam sesetengah pelatih yang lain. So, pagi-pagi 9hb aku baru bertolak ke IP. Malamnya agak free, so kami telah menyerang beberapa rumah di sekitar Tawau. Semua anggota Unit Pemulihan 1 beramai-ramai makan free di rumah2 berikut:
Rumah 1: Encik Shuhamly Suhaimi (KU Unit Pemulihan 1) - 7.30pm


Rumah 2 : Puan Fatimah Dullah (Penyelaras KPLI KDC Pml Amb Nov 07)- 8.30 pm


Rumah 3 : Cik Hasnawaty Habibuding (UnitMate)- 10.00pm

Tuesday, December 02, 2008

significant other

Bagi yang dah tau, Alhamdulillah, bagi yang tak tau lagi meh aku khabarkan:




DENGAN RASA BANGGA DAN BERBESAR HATI MENJEMPUT ANDA YANG SEDANG MENELITI BLOG INI KE
WALIMATUL ARSY:




Congrats!


Lama tak buat cerita pasal budak ni. Mungkin sebab aku selalu jauh dari dia so banyak cerita yang aku tak boleh kaitkan ngan dia. Baru-baru ni dapat khabar berita terbaru. He is getting married! Tahniah! Dengar-dengar dapat pasangan yang jauh. Masuk hari ni genap 27 hari lagi, so maknanya 27 Disember nanti dia akan berkahwin. Ni wish list untuk dia and bakal wife dia:

1. Semoga menjadi suami soleh yang dapat membimbing isteri ke jalan yang diredhaiNya.
2. Semoga beroleh isteri solehah untuk berkongsi segala-galanya.
3. Semoga beroleh anak-anak yang soleh dan solehah untuk bekalan di akhirat kelak.

InsyaAllah… Amin…