Aku ada tugasan maktab yang meminta aku menghasilkan sajak yang mengandungi unsur hiperbola, aliterasi and so on. Aku dah lama tinggalkan segala sastera and apa-apa yang berkaitannya. Tapi untuk kali ini aku cuba juga, so kepada anda yang terbaca sajak ni, and ada idea atau nak bagi komen, silalah tinggalkan di komen k. Sorry, aku tau sajak ini sucks tapi aku bukan penyajak k, ini ja yang aku mampu.. ;p. Sajak ini berkaitan seseorang yang cinta tulusnya ditolak tapi still dia masih mengharap namun dia dah redha jika sekiranya pilihannya itu bukan ditakdirkan untuknya. Yah! Aku telah menghasilkan sesuatu yang jiwang! Apa-apa ntah!...
Kerana Aku Telah Redha Untuk Dilukai
Indahnya kala debaran rindu ini melanda,
Indahnya getaran cinta yang bergolak di dada,
Indahnya kemilau cahaya yang aku terima,
Indahnya saat mencipta kenangan bersama...
Namun kamu tercipta hanya untuk kucintai,
Dan kamu tercipta bukan untuk kumiliki,
Kerana kuhanya mencintai bukan dicintai,
Namun aku telah redha untuk dilukai,
Aku relakan jua derita rindu ini,
Aku relakan jua keperitan ini,
Aku relakan jua kau melukai jiwa ini,
Namun, aku relakan jua kau masih terpahat di hati,
Kerana aku telah redha untuk dilukai,
Aku tak ingin kehilangan derita ini,
Aku tak ingin kau ubati rindu ini,
Aku tak ingin kau sembuhkan luka ini,
Kerana ku tahu kau takkan ingin mengerti,
Kerana aku telah redha untuk dilukai,
Kerana mencintaimu adalah kebahagiaan bagiku,
Kerana menyayangimu adalah ketenangan bagiku,
Kerana merinduimu adalah kedamaian bagiku,
Meski ku tahu kau takkan mungkin ingin dimilikiku,
Kerana aku telah redha untuk dilukaimu,
Takkan mungkin ku berjaya gapai hatimu dengan kata-kata,
Kerana ia telah terpahat pada dia yang lebih sempurna,
Kerana aku telah redha untuk diluka...
5 comments:
sejak bila la plak pandai bersajak ni!
rindu la!
*sob..sob..sob*...
mcm lagu pon ade..tp ko cite pasal aku ke? isk..isk..sedey menusuk kalbu..
er kesian lak
Mysoul: aku ex-sastera ok..
nasrah: Ko ker? alamak, sajak ni memang berkaitan dengan yang hidup dan mati laa pulak.
Anonymous; huk..hukss
Mysoul: aku ex-sastera ok..
nasrah: Ko ker? alamak, sajak ni memang berkaitan dengan yang hidup dan mati laa pulak.
Anonymous; huk..hukss
Post a Comment