Friday, May 16, 2008

Me job


Tak terasa dah sampai jugak bulan Mei. Hari ni genap lah setahun aku bergelar Cikgu Jamaliah. Tapi rasa macam baru ja minggu lalu aku mendengar taklimat dan mendaftar diri. Even sekarang ni aku masih lagi merasakan yang aku seorang guru baru sebab banyak lagi benda yang aku perlu pelajari. Hidup memang tak akan pernah habis belajar walaupun pekerjaannya adalah mengajar ;)

Ini jugak bermakna dah setahun aku berjauhan dengan mereka yang aku sayang. Jauh dari family and dia. Honestly, sometimes bila terasa rindu dan agak susah nak berhubung dengan dunia luar, aku persoalkan balik apa yang aku dah buat, adakah aku dah buat keputusan yang terbaik dalam hidup aku? Ada masa-masanya aku penat, tetapi ada masanya aku gembira. Namapun kehidupan, tak semua apa yang kita lalui akan sentiasa seperti yang kita harapkan. Kehidupan harus diteruskan, dan pastikan melakukan yang terbaik agar kepuasan akan berbalas balik ngan diri sendiri. Pastikan apa juga keputusan yang telah dibuat, akan membuahkan sesuatu untuk diri sendiri dan mereka-mereka di sekelilling.

Hei kamu, honestly, masa mula-mula aku datang ke Terusan Sugut dengan separuh hati sebab aku tahu aku akan terputus hubungan dengan dunia luar. Aku even tak boleh bayangkan yang tempat ni ada elektrik, thank God diorang dah ada and public phone yang sebiji itu adalah adalah benda kegemaran dan paling mengujakan di sini.

Bila dah terasa betapa perlunya kehadiran seorang guru seperti aku di sini, segala kekangan itu terlupa sementara. Bukannya bertahun2 tak kuar pun, setiap bulan pun akan keluar.
Tengok budak2 ngan pelbagai gelagat yang menyakitkan tapi menyeronokkan, damai ja rasanya… Insyaallah, kemungkinan aku akan stay sini 5 ke 10 tahun lagi. Hohooo…

Ada beberapa pelajar pada mula aku jumpa mereka, baru mengenal huruf and sekarang dah boleh membaca walaupun bacaan suku katanya tersekat-sekat. Tapi ada jugak yang masih lagi yang agak lambat, at least dah kenal huruf dan dah boleh baca 2 suku kata KVKV (Konsonan Vokal Konsonan Vokal). Alhamdulillah, dah ada pelajar-pelajar yang pulih tapi bila aku gitau dorang tak payah masuk kelas Pemulihan lagi, diorang tarik muka. Sebenarnya, bila dah tak masuk kelas Pemulihan, mereka akan terlepas peluang nak bermain permainan yang disediakan, sebab tu diorang insist nak gak masuk kelas pemulihan walaupun dah lancar membaca. Layan ja la…

6 comments:

jiwasintetik said...

10 tahun ka? aiya! mati la aku macam nie!

Anonymous said...

bersiaplah arip utk ko belajar kayuh sampan.. weh jamal ko ngajar pemulihan khas ke..laaa..rituh aku dok cari org sape nk tanya psl mende tu..

Anonymous said...

yeah wel dun cikgu jamal n selamat berjuang n 'semoga "doa itu" termakbul'.

Anonymous said...

selamat ari ciku. ciku jamal.....

hehehhe.... selamat mengajar....

::aza::

Anonymous said...

EncikSoul: Mau tunggu ka tidak nih?!

Nasrah: Apa hal cari guru pemulihan lak nasrah? Sedia membantu ;)

anonymous1: ofis kau dah ada floor and door. siap ada officemate lagi.hik..hik...

aza: thanks

Anonymous said...

lantai?=OK Pintu?=GOOD Rakan Pejabat?= ALAMAK!