Wednesday, January 09, 2008

Niece+Nephew

Dah habis rupanya cuti ujung tahun 2007, haha… aku masih lagi di sini… Lari dari tanggungjawab? Hell no!.. Ada urusan yang perlu diselesaikan. Memang cepat betul masa berlalu, tak sangka yang sekarang ni dah masuk 2008, semua orang pun merasakan yang sekarang ni masa berlalu dengan pantas sekali, malam dan siang berlalu dengan sekelip mata saja, bukankah itu menunjukkan bahawa memang telah wujud tanda-tanda yang dunia ini akan berakhir? SubhanAllah… Aku sedar aku banyak buat dosa dan sebelum aku menemuiNya, aku harap aku dah bersedia.
Sejak akhir-akhir ni, kesensitifan aku makin bertambah, aku makin lembut. Yah! Anda-anda yang pernah mengenaliku jangan terkejut ya kalau Jamal ini bukan Jamal yang dulu. People changed, so do I. Naluri keibuan pun dah meresap dalam hati, mungkin dah sampai seru kot untuk mendapatkan sketul dua anak.. hehehe.. Tak kawin cemana nak dapat anak ek?. Sejak balik ke Sabah dan banyak habiskan masa di rumah bersama anak-anak sedara, aku rasa macam best ja kalau ada budak yang panggil aku selain Makcik atau Auntie. Anak-anak sdara aku semua panggil mak dorang dengan panggilan Umi, insyaAllah nanti kalau aku dah ada anak suruh diorang panggil ”Ina’” means ”ibu” dalam bahasa Bajau. Mengekalkan tradisi itu penting, sapa lagi yang akan menyambung adat kalau bukan anak-anak sendiri kan ;). Aku akan pastikan anak-anak aku nanti tahu berbahasa Bajau. Balik rumah nenek dorang, kena cakap Bajau ngan nenek and atuk. Huh! patriotik sungguh! Hehehe.. macam best ja perancangan aku kan? Kawin dulu lah weh! Apa-apa pun kita hanya boleh merancang tapi Dia Maha Mengetahui apa yang akan berlaku kelak.
Apa perancangan tahun 2008 pulak? Aku dah nak masuk 27 tahun!! Omigad! Apa aku dah buat selama 27 tahun aku hidup nih? Memang banyak sangat benda yang aku mau buat sebelum umur 30, nak buat itu dan ini dan begitu dan begini. Selama ini, aku suka sangat bertangguh dengan harapan aku akan melakukannya pada tahun seterusnya tapi hakikatnya aku makin tua dan ada kemungkinan aku tak sempat untuk melakukan segala benda-benda yang perlu diselesaikan. Mungkin aku perlu jadi seorang yang kuat semangat dan tabah untuk mendapatkan apa yang dihajati.

No comments: