Hari isnin lalu aku balik KL jap selepas menyelesaikan 2 kem kat Melaka. Fuh! leh berehat sikit. Nak tido puas-puas... Nak balik.. Nak peluk my lovely Bing-Bing! Rindu sangat tido sambil ditemani My Mr Cool Bingbing. Banyak gak benda aku kena selesaikan sebelum aku kembali semula ke kem jumaat berikutnya... Nak tengok Pirate of Caribbean, Superman, Suparjo Men, heheheh... Tetiba aku rasa aku busy melayan itu dan ini. Sampai takda masa nak layan kakak aku yang tetiba tegezut aku balik. Adik derhaka betullaa! Balik taknak gitau! Tetiba dah Hai kat pintu. Layan sapa eh? Heheheh.. That's what I call Happy Days... Selasa aku tak pi ofis lagi, nak tido puas2... My Hubby nak amik half day... nak jumpa dia. Kesian dia, banyak benda yang dia kena siapkan pastu, kena lagi layan karenah aku... Sedar diri gak aku nih rupanya!
Dalam kesibukan aku di KL, tak sedar yang aku telah kehilangan sesuatu... Warggh!! My only basikal. Harta pertama aku sejak aku tinggal kat KL nih 2 tahun yang lalu. Mak aku pernah berpesan, biasanya gaji pertama kena beli something yang berharga and kekal. Biasanya mak aku suruh beli emas but, since aku jenis yang tak pakai emas, aku beli lah basikal. Untuk kemudahan dan kesihatan... kekal gak kan.. Walaupun lepas beli hari tuh aku jarang pakai, atas sebab kekangan tugas tapi aku harap sangat benda tuh kekal ngan aku.
Aku ingat lagi auntie cina kat umah aku sound sejak aku letak basikal kat bawah
"Awak punya basikal, letak elok2 nanti ada olang angkat". Aku ingat, but aku letak kat bawah gak. Worry but nothing happened... But sejak aku letak kat atas! Tingkat 3!!! Aku tak pernah risau benda tu akan hilang. Hinggala berlaku kejadian 2 hari lalu... Its gone!!! Lesap! dari tingkat 3 tuh!! mantap betulla pencuri tuh!
Aku baru nak berkira2, lepas dah habis semua kem leh aku concentrate ngan aktiviti berbasikal. sedih gak.. terpaksala aku beli yang baru. hmm.... Bad day!
No comments:
Post a Comment