Sunday, May 28, 2017

Ramadhan 2017

Terus terang ok.

Aku dah nak masuk 5 tahun duduk sini. Malam semalam adalah 1st time aku terawih di surau sini. Akupun tak tau knapa selama ni aku tak pegi. 😣

Selamat berpuasa and selamat bercuti and selamat menjahit baju and everything lah!

Wednesday, May 24, 2017

Muzik of my life

Aku tak pasti knapa tiba2 aku agak slow dengar muzik. Mungkin sebab bila aku start ada anak. Smua kena control. Kalau pasang muzik nanti ganggu dia tido ke apa kan. Atau mungkin sebab radio kereta dah out. Ye lah, tu je time aku nak dengar pun. Kadang kalau pasang muzik dari fon pun, tak berapa dengar sangat. Sibuk pikir, sampai sekolah nnti nak buat apa. Nak masuk kelas terus ke atau p kantin dulu ke, BBM dah siap ke tak, budak smua hadir ke tak.

Pastu, baru ni Arip pasang lagu2 lama. Kira mcm mengimbau kenangan jugakla. Terus rasa rindu. Baru perasan balik yang muzik sangat bagi effect ngan mood.

Hari ni mood rindu suami sebab macam dah lama sangat tak jumpa dia. Jumaat lpas pegi naik Yong Belar. Balik isnin pagi. Selasa dah pegi PD, ada program plak d sana. Come on Thursday! Cepat sikit datang boleh??

Yup! He is the music of my life!

Tuesday, May 23, 2017

Kopi

Budak kampung macam Aku takkan ingat apa beza rasa cappuccino dan mocha. Tapi aku akan sentiasa ingat macamana rasa gabungan rasa manispahitpekat kopi yang nenek aku buat. Ever!

Selamat mengopi everyone!