Monday, December 07, 2015

IKEA CHERAS

Salam sejahtera..

Sejak pertama kali menjejak kaki ke IKEA Damansara, hati memang dah jatuh hati. Sentiasa berangan untuk dapatkan ruangan yang selesa macam showroom IKEA tu. Sejak kami dapat rumah ni pada tahun 2010, secara berdikit-dikit kami penuhkan dengan barang-barang dari IKEA. Walaupun duit taklah banyak sangat tapi kami cuba dapatkan suasana yang selesa seperti yang kami bayangkan. Nasib baiklah aku dan Arip selalu setuju dalam banyak hal berkaitan rumah ni. 

Bila IKEA buat pengumuman akan buka cawangan baru di Cheras, aku ngan Arip lagi excited. Yeay!! Tak payah lagi menempuh perjalanan dan jem Serdang-Damansara. 

Dengan semangat berkobar2 pada Sabtu lalu (5 Disember 2015), selepas menghadiri 2 kenduri kawin yang dibuat di Bangi dan Uniten, kami pun menuju ke IKEA Cheras yang terletak di Jalan Cochrane. Mula bertolak dari Uniten pada kira2 jam 4pm. Sampai area IKEA dalam jam 4.30 laa.. kira ok laa tu... Tapi.. Mak aih!!.. Jem gila kotttt!! Tak tau nak masuk parking dekat mana. Kami dah sampai tapi takleh nak masuk. Terpaksa tawaf and then u turn balik nak cari parking. Kami tengok banyak kereta yang dah parking tepi2 and menapak je masuk dalam IKEA. Apa kah hal?? 

Maka kami tanpa putus asa, parking je dekat tepi... Tetiba.. pintu masuk parking terbuka depan mata.. Aik.. Mati2 Arip ckp dia nampak memang dia letak kon dekat depan tu. Hmmm.. Maybe dorang masih lagi buat construction dekat dalam sebab di luar bangunan masih banyak lagi area yang perlu di bangunkan.. Tak sabar betul la dorang ni nak bukak walaupun tak siap lagi. 

Pintu masuk adalah pintu yang menuju ke cashier, jadi bayangkan betapa sesaknya. Kalau nak masuk terpaksa menempuh orang dah lepas bayar pastu ada yang berbaris nak beli karipap sebelum balik. Flow memang tak berapa nak betul lagi laa.. Tapi masih boleh dimaafkan sebab dah tau belum perfect sepenuhnya.

Suasana di dalam sama je ngan IKEA Damansara. Sesak masa nak beli makanan pun sama je.. Redha ngan kesesakan ini. Harap2 suasana ni kejap je.. esok2 kalau semua org dah less excited ngan pembukaan cawangan ni, harapnya kuranglaaa orang yee.. Arip pun berjanji tak mau datang sini selagi belum siap sepenuhnya... 

Masa nak balik lagi huru-hara... Panjang gila kot barisan nak bayar parking. Dorang kena banyakkan lagi mesin autopay atau buat satu sistem masa buat payment di kaunter ke.. Tapi memang gila laa.. dekat sejam jugak tunggu Arip berbaris... Nasib baik Aaira boleh entertain diri sendiri dan Amin pun tak banyak songeh. 

Peringatan kepada yang lain, kalau nak tapau Swedish Meatball balik rumah, bawak bekas sendiri yeee...

No comments: