Wednesday, January 30, 2013

1st 2013 entry

Nak tunggu internet pasang di umah baru nak post memang bersawang laa blog ni.. and kalau dah pasang pun tak tau rajin ke tak.. tau2 jek laa.. orang baru nak berumah dan complete ngan tangga ni agak kucar-kacir sikit... ;P

Dah sebulan officially pindah mengajar di SK Jalan Semenyih 2, Kajang sejak 2 Januari hari tu. Alhamdulillah.. Walaupun agak penat berbanding mengajar di SK Terusan Sugut tapi kepenatan macam hilang begitu sahaja bila balik rumah dan boleh berehat bersama suami and Aaira.. Baru terasa kehidupan yang complete.. Syukur Alhamdulillah.. 
Sejak aku mengajar di sini, jadual semua orang dah berubah.. Jadual aku, jadual suami, jadual Aaira. Kalau di Terusan dulu, paling awal aku bangun jam 5, sebab subuh pun dah jam 4.40++.. So, bila bangun dah bole subuh and bersiap ke sekolah yang beberapa tapak jek dari umah. Kalau hari2 keuzuran, bangun jam 6.30am pun bole sampai ke sekolah seawal jam 7 pagi.. :).. sempat laa jugak sarapan, borak2 sikit ngan housemate pastu pegi sekolah.





Di sini, bangun jam 5 jugak tapi kena bersiap gile-gile pya.. lambat 5 minit jek, jadual akan berubah.. so, kalau aku decide tak buat breakfast, bangun kena sharp jam 5. Kalau buat breakfast, kena bangun awal lagi (baru sekali jek masak pagi2.. ;P tu pun sebab nak sahur).. Lepas subuh ja, gerak terus.. Oleh kerana kami masih hanya mampu memiliki 1 kereta, jadinya Arip yang sepatutnya masuk opis jam 8.30am pun, sekali gerak awallaa jugak.. Dalam jam 6.48 sampai aa di sekolah.. Patu dia anta Aaira plak di seksyen 3 bangi.. pastu gerak ke opis dia di seksyen 7..

Nak balik lak, abis sekolah jam 1.10pm, tumpang kawan ke seksyen 7, aku ngan Arip lunch sesama pastu ambik Aaira and hantar balik umah di Serdang, pastu Arip patah balik ke opis dia. So far mcm tu laa rutin kami selama sebulan ni. Kesian jugak tgk Arip kepenatan kehulu ke hilir. Kalau ada rezeki lebih, boleh la ambik satu keta lagi.. kalau tak, bertahan la dulu dengan rutin sekarang. Apa yang penting kami dah duduk bersama, semua akan ditempuhi bersama.. InsyaAllah .. :)


3 comments:

Anonymous said...

Τhanκs foг a maгvеlous
posting! I quite enjoyed гeaԁing it, уou ωіll be a
great authοr. I will make ceгtain to bοokmark youг blog and will cоme bаck in the
foreseeable futuгe. I want to encоurage that you contіnue your great posts, have a nіcе dау!
My website ... what causes snoring and how to stop it

Nurhaya Omar said...

Life is too sweet when the loved ones is here with us kan Jamal? Good luck on new life and schedule ye! :) Hugs for Aaira!

Anonymous said...

jamal.. ko masi guna contact num ko yg dulu tu ka? itukk :P