Saturday, October 20, 2012

Aaira Safiyyah : Birthday

Setelah balik dari false delivery alarm and ditahan 2 hari di wad hospital Tawau,  aku menunggu hari di Semporna sambil membuat peercubaan menjahit bengkung sendiri. Yep! Aku jahit bengkung guna sekodi kain cotton hantaran masa aku kawin aritu (aku tak penah blog pasal hantaran aku ek? Typical barang yang parent aku minta masa kawin adalah : kain cotton putih satu kodi, setin minyak tanah, beberapa biji kelapa, dodol sabah dan barang-barang lain yang biasa. Tapi masa kawin aku aritu, bapa aku just minta satu kodi kain cotton jek. Mungkin sebab barang2 lain payah nak bawak dari semenanajung kot.

Balik kepada cerita pasal birthday Aaira. Aku stat kuar darah pada pagi 21 Julai, 1 Ramadhan dan hari Arief dijadualkan sampai. Aku sempat lagi bersahur, manalaa tau dapat puasa barang sehari. Tapi tengahari aku terpaksa membatalkan puasa dah. Huhuhuhu... Arief pesan ngan anak dlm perut tu suruh tunggu dia, so aku takda tanda-tanda nak bersalin lagi la. Arief sampai dalam jam 7 pm.

22 Julai, aku and Arief sempat lagi berjalan-jalan sekitar Semporna. 

23 Julai, selepas menemankan Arief bersahur ngan family, ttiba perut aku macam senggugut. Aku ingat mungkin sebab penat berjalan hari sebelumnya. Aku just ngadu ngan Arief jek pastu tido balik :p. Jam 6 lebih aku dah tebangun balik sebab perut and pinggang aku dah sakit semacam. Mak aku yang memang mudah panik dah tak tentu arah and panggil mak bidan depan rumah. Pastu dia suh makcik aku yg keja nurse tu datang time2 tu jugak. Sian makcik aku, biasanya dia gi klinik jam 7 lebih, aritu jam 6 lebih mak aku dah suruh Arief ambik dia. Makcik aku dah redi ngan tools nak check aku pya bukaan. Dia ckp still close lagi tapi sebab dah kuar darah and pinggang dah sakit2 memang akan bersalin dlm masa terdekat. 

Kakak aku insist suh aku pegi hospital Tawau sebab aku ada kes melintang and risau nanti klu ada apa2 jadi and hospital Semporna takleh nak handle. So, pagi tu aku, Arief, mak and ayah aku berangkat ke Tawau. Kami nginap di hotel Emas. Hotel yang paling dekat ngan hospital. Buka pintu jek dah depan pintu gerbang hospital.

Petang 23 Julai tu, perut aku dah tak sakit lagi. Aku jadi risau la plak. Buatnya tak terberanak2 lagi sampai beberapa hari kang tepaksa duduk di hotel ni jek laa. Petang tu kami sempat lagi jalan2 cari juadah berbuka puasa. Aku paksakan diri berjalan-jalan. Tapi sebab aku kesian ngan Arip, aku taklah ajak dia jalan2 sekitar town. Aku just turun naik tangga hotel and ulang alik koridor supaya sakit perut nak terberanak aku sampai. 

Jam 11 lebih, perut aku dah stat memulas. Masa tu aku dah takleh nak duduk. Kena jalan sana-sini barula sakit tu tak terasa sangat. Sampai jam jam 2 am lebih aku gagahkan diri untuk menidurkan diri walaupun sakit pinggang aku datang setiap sepuluh minit. Aku perlu tidur untuk dapatkan tenaga nak bersalin nanti. Setiap kali sakit, aku akan terbangun, mak aku akan tolong urutkan. Kesian dia, dia pun takleh nak tido. 

Jam 4 lebih, aku kejutkann semua orang untuk bersahur. Sempat lagi ambik gmbr dorang masa bersahur tapi sebab pakai kemra fon n fon aku plak takde wayar nak transfer so, post kali ini pun takda gambar la jugak... 

Masa dorang sahur, aku dah sakit yang teramat. Tapi aku tunggu sampai dorang selesai dan aku suap sikit untuk mengalas perut. Tenaga itu perlu! 

Jam 5 subuh, kami ke hospital. Walaupun hospital tu depan hotel jek tapi sempat lagi sesat :).. 

Masuk jek, bukaan aku dah 7cm tapi belum lagi pecah air ketuban. Doktor pecahkan and dia bagitau yang baby dah terminum air ketuban and air ketuban itupun dah bercampur najis. Dari alat mendengar jantung, sempat lagi kedengaran baby sesedu. 

Masuk wad bersalin dalam jam 6 lebih and doktor tunggu lagi sampai bukaan aku redi untuk mengeluarkan baby. Tapi sebab jantung baby macam semakin lemah, doktor suruh aku push and last2 dorang vakum sikit untuk kasi keluar baby. Walaupun tak dengar dia nangis masa keluar, tapi alhamdulillah semua selamat pada jam 7.28am, 24 Julai 2012

Next post: Aaira minggu 1 ~ Kenapa Aaira minum susu botol?

2 comments:

Unknown said...

Hotel Emas? The same hotel my wife and I stayed in when our first son had to be operated on when he was just 6 months old.

Anonymous said...

jamal.. tahniah dah setahun la baby ko ni.. ok pa lagi buleh buat satu lagi hihiii -ituk

jamal aku mau contact ko la macam mana ar.. ko kasi aku num ko ar di fb ka di email ka.. aldenhope 8 yahoo.com tenkiu