Saturday, March 12, 2011

Getaway or Get Away?... to Terusan Sugut ;)

Macam mana cara untuk 'get away' dari Terusan Sugut?

Langkah 1: Dari Jeti sekolah, naik bot menyusuri Sungai Sugut menuju ke Kampung Pantai Poring. Menggunakan enjin kuasa 30hp, perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 20 - 30 minit. Dengan bayaran sebanyak RM 70 (minyak =RM 50 & khidmat = RM 20)


Langkah 2 : Sampai ke Kampung Pantai Poring dan menaiki pacuan empat roda. Bagi pengguna kancil sila parking kereta anda elok-elok di luar yee. Bagi yang tiada pacuan empat roda, bole menumpang kawan je. Memula nak bayar minyak kawan tapi oleh kerana dia baik hati, so bagi free je. Tapi kalau ada pacuan empat roda, minyak yang diperlukan kira-kira RM 60 (full tank untuk diesel) untuk perjalanan pergi balik, tak termasuk jajan2 yang perlu dibeli untuk juadah sepanjang perjalanan.Langkah 3: Meredah jalan yang sangat "cantik" seperti yang anda bole saksikan di bawah ini, sepanjang 30km!!.. Bagi yang tak seronok dengan suasana sekeliling, boleh tidur ja tapi pastikan keliling anda ada bantal sebab kalau tak, anda bangun dengan kepala benjol sana sini.. so, lebih baik anda terjaga dan cuba untuk tidak menggeleng melihat keindahan sepanjang perjalanan yang dipenuhi tanah merah ;)





Langkah 4 : Setelah menempuh 30km yg penuh lumpur, sampailah anda di simpang ini. Kami panggil Simpang Obah sebab persimpangan ke Kampung Pantai Poring dan ke Kampung Obah. Masa ini pemandu2 boleh melihat2 kenderaan masing2 manalaa tau tercabut tayar ke, brake disk ke.. atau tercabut leher pun bole. Btw, lelaki yang agak hensem di bawah ini adalah Cikgu Steve. Cikgu baik hati yang saya maksudkan di atas sana. Beliau berdiri di simpang antara nak masuk Kg.Pantai Poring (kiri beliau) dan Kg.Obah (kanan beliau).
Langkah 5 : Setelah puas mengecek kereta2 anda dan mencongak2 berapa kos untuk memperbetulkannya nanti, anda tutup mata dahulu untuk menempuh jalan yang agak 'baik' sikit laa... gravel dengan batu halus sikit... Kira2 dalam 10km laa.. masa ni anda bole la bersedia dengan handset anda sebab bila2 masa sahaja telefon anda akan berbunyi menunjukkan bahawa anda tidak "out of coverage" lagi yeay!

Anda perlu melalui 2 gate (maaf, gambar gate tidak diambil kerana penulis sedang sibuk mengecek kalau ada line henfon)... Bagi kereta yang baru lalu, dorang tak akan bukak gate. Kena soal siasat dulu, kalau nasib malang, kena paw la dalam RM 10 untuk bayaran masuk. Kalau muka dikenali mcm Cikgu Steve yang setiap minggu keluar ni, dia just angguk dan angkat tangan, then pak guard tu akan bukak gate.. so, baik tumpang jek ngan dia...

Langkah 5: Setelah usai gate yang ketiga, anda akan jumpa jalan bitumen.. yeay! back to life!.. ini dipanggil kawasan Paitan.
Langkah 6: Alamak! mana langkah 6 nih? adohai.. rupanya aku dah tertidur dlm perjalanan.. ok laa.. langkah 6 akan bersambung kemudian nanti ;)

2 comments:

Kaki Bangau said...

post la pic ikan besar2 yang dapat di pancign dsna tuh..

Tc Yuhanis said...

Cikgu, ada line telefon tak spnjg pjalanan darat dan laut?