Tuesday, August 31, 2010

generous yet?

Terima kasih kepada kerajaan kerana membekalkan laptop dan broadband kepada SEMUA pelajar di Malaysia... Wow! sungguh bertuah pelajar sekarang... dulu, aku dapat pen, buku latihan, baju, kasut and susu percuma jek.. Sekarang.. laptop percumaa.. hebat2... diperhebatkan lagi ngan broadband setiap satu... hebatt2...

Even budak2 yang jauh di pedalaman seperti Terusan Sugut pun dapat kemudahan ini.. Esok mereka akan menerima sebuah laptop siap ngan broadband... Tahniah.. Aku ulang lagi... BROADBAND ok... nak tegelak pun ada... Broadband di Terusan Sugut? Yuhuuu?

yang mengharukan lagi, lepas ni derang kena bayar RM 11.00 setiap bulan untuk broadband itu.. what? memang aa RM 11.00 itu sgt murah... Tapi budak2 ni nak dapat dari mana duit tu? tangkap ikan sambil baca buku? Even nak makan nasi pun payah, apatah lagi nak bayar broadband yang sah2 takda faedah.

Jangan kan broadband, 3G, signal fon, evem public fon pun ada masa dia akan off...

Aku pun tak pasti sapa la yang sangat pandai... agaknya derang tak siasat dulu keadaan tempat sebelum membuta-tuli bagi benda tu.. Part laptop tu aku setuju sgt laa... memang berbaloi.. part broadband tu, kena difikirkan semula laa datok.. jangan sampai menyusahkan anak2 kampung yang jauh nun di pedalaman ni...


Apa2 hal pun.. Selamat Hari Merdeka!!!...

Wednesday, August 25, 2010

Cash

Subhanaallah... Maha Suci Allah..
Alhamdulillah... Segala puji bagi Allah...

Mari berdoa di bulan penuh berkat... tapi
Doa mesti ikhlas..
Kalau doa cemana pun, kalau tidak datang dr hati.. biar berbelas2 kali sembahyg hajat pun, kalau bukan datang dari hati... Maybe susah nak dimakbulkan...

Hari ni dah 15 hari dalam bulan Ramadhan, moga bulan penuh berkat ini membawa seribu keberkatan.. berubah dari buruk ke baik.. baik ke keadaan yg lebih baik...

Harap semua akan berubah kepada yang lebih baik... ;D

Friday, August 20, 2010

tergamak


Hukuman bunuh untuk yang membuang bayi.. Namun sejak diwar2kan hukuman itu, nampaknya makin menjadi2 pulak. Setiap hari ada ja berita tentang baby yang dibuang.. MasyaAllah.. tidak ka jatuh cinta mereka kepada wajah tulus bayi yang baru sahaja mengenal dunia... yang pasti kiamat semakin menghampiri.. adakah kita ini tergolong golongan yang terselamat atau mati katak dalam tiupan sangkakala...

Nilai diri dan cuba untuk hiasi peribadi...

Tuesday, August 17, 2010

mixed up mind

Hari ni aku sampai ke kemuncak keganasan self-destruktif. Cam bole kena heart attack anytime.. Nasib baik ada public fon yang berjaya menghubungkan aku dengan si dia yang setia mendengar. Meskipun aku tak harapkan dia untuk menyelesaikan apa juga ketensenan yang melanda di hati.. at least aku bole berkongsi air mata dengan seseorang... Sian dia, dia pun ada problem dia sendiri.. ampun ya sayang...

Sebenarnya banyak benda yang boleh menyebabkan aku semakin murung. yeah.. u heard it right... I am M.U.R.U.N.G... terima kasih... kalau anda2 sekalian mendengar aku kena penyakit serangan jantung aka hypertension aka mati mengejut aka almarhumah, so anda telah faham di sini...

Segalanya seperti bercampur baur... Melihat sumber keself-destruktifan dari semua arah.... dan aku rasa aku sangat terbeban dengan pemikiran aku sendiri yang tidak ada jawapan untuk penyelesaian semua sumber. Aku hanya mampu menangis.. yeah.. menangis babe... Jamal menangis.. terima kasih...

Aku harap Allah beri aku kekuatan untuk hadapi semua ini... minta dia permudahkan segala urusan dan di berikan aku jalan-jalan untuk menyelesaikan...

Monday, August 02, 2010

Konvo IPGM 2010

27 Julai 2010
Dewan Rafflesia
Institut Perguruan Kampus TawauThanks kepada encik suami dan puan ibu kerana sudi bertepuk tangan sama2 duduk di dewan bagi menyaksikan aku konvo.. walaupun diploma jek (diploma setelah mendapat ijazah?).. hehe terbalik daaa...